Pelancaran BMW 2-Series Coupe Makin Hampir: Imej Acah Didedahkan!
Imej acah kereta BMW 2-Series Coupe 2022 yang dinanti-nantikan ramai telah didedahkan dalam pelekat samaran. Imej kereta ini dikongsikan lebih awal daripada pengumuman besar yang diramalkan akan dibuat dalam bulan ini juga.

Coupe ini sedang melalui fasa terakhir proses pembangunannya yang mana uji kaji dan talaan yang dinamik bagi sistem suspensi dan pemanduannya sedang dijalankan.
Antara ciri menarik yang terdapat pada 2-Series Coupe ini ialah: setup pacuan roda belakang, pengagihan beban gandar yang hampir seimbang antara roda depan dan belakang (hampir 50:50), peningkatan kekakuan kilasan statik dan juga teknologi cesi yang direka untuk pemanduan dinamik.
BMW juga turut mengesahkan bahawa M240i akan menggunakan enjin enam silinder sebaris 3.0L turbo yang lebih berkuasa. Sistem ini digabungkan dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan. Ini membolehkan kereta mencapai sehingga 382 kuasa kuda, sementara kadar penggunaan minyaknya ialah 8.2L/100km.

Di samping itu, saiz track ataupun jarak antara titik tengah tayar kiri dan kanan pada gandar hadapan dan belakang juga ditambah, tujuan rekaan ini adalah untuk mengurangkan olengan badan dan turun naik beban roda semasa memandu di selekoh.
Peredam yang bergantung pada strok (stroke-dependent dampers) juga disediakan secara standard, sistem ini dapat mengoptimumkan keseimbangan antara keselesaan pemanduan dan juga kemampuan sporty kereta. Semasa melalui jalan yang berbonggol-bonggol, pergerakan badan dikawal oleh kuasa peredam yang tinggi.

Cesi Adaptif M juga ditawarkan sebagai pilihan tambahan. Penggunaan cesi ini membolehkan pengaktifan pemetaan yang diperlukan untuk pemanduan yang selesa dan sporty.
Selain itu, pilihan tambahan lain ialah Variable Sports Steering yang dapat meningkatkan kemudahan pengemudian, ini membolehkan stereng dikawal dengan lebih relaks. Seterusnya, reka bentuk badan kereta dapat memastikan aliran udara yang optimum, ketinggian gandar depannya juga dikurangkan sebanyak 50 peratus berbanding model terdahulu.

Informasi selanjutnya tentang model ini akan diumumkan tidak lama lagi, sama ada pada penghujung bulan Julai atau awal Ogos nanti.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiada Lagi Mercedes-Benz Dengan Gear Manual Mulai 2023
Mercedes-Benz dilaporkan akan menamatkan penghasilan kereta yang menggunakan transmisi manual.
01-06-2022
Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.
17-05-2022
BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas
BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.
28-03-2022
BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...
Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.
25-03-2022
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

