- Berita
- Kereta Baru
- BMW i4 Versi Elektrik: Bergerak Sejauh 591 KM! – Ini Info Terperinci Mengenai Model Terbaharu BMW
BMW i4 Versi Elektrik: Bergerak Sejauh 591 KM! – Ini Info Terperinci Mengenai Model Terbaharu BMW
Telah lama dinanti-nantikan peminat kereta BMW, Bayerische Motoren Werke akhirnya mengumumkan kehadiran kenderaan elektrik (EV) Gran coupe empat pintu pertama mereka yang diberi nama BMW i4.
BMW i4 menggabungkan ciri sporty dengan reka bentuk yang elegan menjadikannya sebuah model kereta yang cukup versatile.

Ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu versi standard, i4 iDrive 40 dan versi berprestasi tinggi, i4 M50 yang juga merupakan saloon elektrik sepenuhnya yang pertama daripada BMW M.
Apa yang menarik tentang i4 eDrive 40? Model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang menggunakan teknologi eDrive generasi ke-5 BMW. Sistem ini memberikan kuasa mencecah 340 hp (250 kW) untuk ligatan enjin antara 8,000 ke 17,000 rpm dan tork 430 Nm pada 5,000 rpm.

Motor elektrik ini digabungkan dengan kotak gear automatik yang bernisbah tetap 1 kelajuan yang menyalurkan kesemua kuasa kepada roda belakang.
BMW i4 eDrive 40 yang menggunakan kuasa elektrik ini boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 5.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 190 km/j. Model ini turut menjanjikan jarak perjalanan yang agak jauh sehingga 591 km atau 367 batu berdasarkan kitaran WLTP.

Sementara itu bagi model prestasi, i4 M50 didatangkan dengan motor dwi-elektrik yang menggunakan teknologi eDrive generasi ke-5 BMW. Output kuasanya adalah lebih tinggi iaitu 544 hp (400 kW) pada 8,000 ke 17,000 rpm dan 795 Nm tork pada 5,000 rpm.
Salah satu daripada motor elektik berkembarnya diletakkan di bawah bonet untuk pergerakan roda depan dan satu lagi di bahagian belakang bagi menggerakkan roda belakang.

Dalam mod pemanduan Sport Boost, kedua-dua motor elektrik akan bergabung untuk bergerak daripada 0 ke 100 km/j dalam 3.9 saat dan seterusnya mencapai kelajuan maksimum pada 225 km/j. Namun begitu, jarak perjalanan dengan cas yang penuh bagi kereta ini hanyalah 508 km (361 batu), kurang daripada jarak yang dapat dicapai oleh i4 eDrive 40 iaitu sejauh 591 km.
Dari aspek pengecasan, BMW i4 telah dibangunkan supaya sesuai digunakan dengan pengecas awam yang berkapasiti 200 kW. Dalam hanya 10 minit pengecasan, i4 eDrive 40 boleh bergerak sejauh 164 km dan i4 M50 pula sejauh 140 km.

Untuk mengecas bateri BMW i4 sepenuhnya daripada 0 ke 100 peratus, pengguna boleh menggunakan pengecas wall box yang dipasang di rumah dalam masa 8.5 jam.
Dari segi reka bentuk, dapat dilihat pada bahagian depan BMW i4 eDrive 40 terdapat gril dua keping berbentuk oktagon yang dipadankan dengan corong udara pada bahagian bawah.

Di belakang, terdapat sebuah peresap yang besar dan sporty, berbeza daripada model petrol yang bersambung dengan ekzos.
Perbezaan lain yang terdapat pada model terkini berbanding versi petrol atau diesel BMW yang lain adalah penggunaan warna biru pada kebanyakan kemasan i4 eDrive 40.

Antara bahagian yang dimaksudkan ialah rangka gril depan, bahagian bawah profil kereta iaitu daripada dapra depan ke belakang, dan seterusnya pada peresap belakang.

Berkenaan rodanya pula, setiap varian didatangkan dengan rim yang berbeza. BMW i4 eDrive 40 menggunakan satu set rim aloi putih lima mid-gaped spokes bersaiz 17 inci atau 18 inci, dengan tayar 225/55 101Y XL.
Turut ditawarkan adalah versi M Sport yang eksklusif hanya untuk model ini. M Sport memiliki spesifikasi yang sama seperti standard namun menggunakan kit badan yang kelihatan lebih agresif diinspirasikan daripada model i4 M50.

Varian BMW i4 M50 memiliki reka bentuk sebuah coupe, sama seperti versi standard, namun ia diberikan lebih 'personaliti.'
Pada bahagian depan, terdapat sepasang gril yang sama seperti yang terdapat pada model standard tetapi kali ini diwarnakan dengan warna hitam berkilat. Ciri sporty kereta diserlahkan dengan kehadiran corong udara berwarna hitam, satu corong yang bersaiz sederhana di bahagian tengah dan dua lagi pada bahagian tepi.

Pada bahagian belakang kereta pula, terdapat lip spoiler dalam warna hitam berkilat. Berbeza dengan model standard, peresap udara yang dipasangkan memiliki gaya yang lebih kurang sama tapi dengan garis bentuk atau kontur yang nampak lebih gagah.
Sebagai versi prestasi, bahagian-bahagian kemasan yang berwarna biru elektrik dalam versi standard dicatkan dalam warna hitam berkilat. Di bahagian tepi, terdapat liang kemasukan udara yang disepadukan pada binaan dapra kereta, bahagian ini turut bergabung dengan skirting yang memanjang sehingga ke belakang.

Untuk membezakan varian i4 M50 dengan i4 standard, profil tepi kereta turut memiliki kemasan sporty berwarna kelabu gelap seperti yang terdapat pada perumah cermin sisi dan lip spoiler.
Eksklusif hanya untuk i4 M50, versi ini menggunakan rim aloi dua tona lima double-spoke yang bersaiz 18 atau 19 inci. Tayarnya pula ialah tayar 245/45 100Y XL pada bahagian depan dan 255/45 103Y XL di belakang.

Bergerak ke bahagian dalam, kabin baharu bagi model i4 menggunakan sistem infotainmen Live Cockpit Professional yang terkini daripada BMW. Paparan skrin lebar ini adalah gabungan antara skrin digital pemandu yang bersaiz 12.3 inci dengan skrin sentuh tengah bersaiz 14.9 inci yang berbentuk melengkung di sepanjang papan pemuka.
Sistem ini menggunakan perisian infotainmen BMW versi iDrive 8 yang terkini. Dengan perisian ini, pengguna dapat memanfaatkan fungsi pengaktifan suara 'Hey BMW' dan beberapa lagi menu terbaharu yang lain.
Selain itu, sistem ini turut menyokong fungsi pencerminan Apple CarPlay dan Android Auto. Pengemaskinian perisian boleh dilakukan secara automatik dalam masa hanya 20 minit tanpa sambungan wayar.

Di samping itu, sistem baharu ini tidak lagi menggunakan butang atau punat fizikal untuk kawalan iklim seperti yang terdapat pada kabin terdahulu. Segalanya tampil lebih canggih kerana boleh dikawal sama ada melalui menu pada skrin atau menggunakan suara.
Khas bagi model i4 eDrive 40, model ini lengkap dengan kamera undur, penyejuk udara automatik dan pencahayaan ambien, manakala bagi versi M Sport pula salah satu ciri khas untuk ruang kabinnya ialah tempat duduk yang dibaluti upholsteri Alcantara.
Sementara itu, model i4 M50 pula menggunakan tempat duduk sport balutan kulit yang memiliki fungsi memori. Ciri menarik lain yang terdapat pada model ini ialah pad pengecasan tanpa wayar.

Mengenai sistem keselamatannya pula, kedua-dua model i4 menampilkan ciri keselamatan aktif yang standard untuk BMW seperti Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Automatik (ASC) dan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC).
Selain itu, model ini turut dilengkapi teknologi ARB (near-actuator wheel slip limitation), Kawalan Brek Pembelokan (CBC), Kawalan Brek Dinamik (DBC), Fungsi Dry Braking, Fading Compensation, Bantuan Drive-off, Kawalan Menurun Bukit (HDC) dan Kawalan Kestabilan Treler (TSC).
![]()
Untuk ciri keselamatan pasifnya pula, BMW i4 dilengkapi beg udara depan, tepi dan di bahagian kepala untuk kedua-dua tempat duduk depan, tali pinggang keledar jenis inersia 3 titik untuk kesemua tempat duduk dengan ciri pra-regangan dan pengehad beban, sensor pelanggaran dan penunjuk tekanan tayar
BMW i4 eDrive 40 ditawarkan pada harga £51,905 (RM 298,746) untuk versi standard dan £53,405 (RM 307,314) bagi M Sport. Sementara itu, varian BMW i4 M50 pula berharga £63,905 (RM 367,783).

Model terbaharu ini dijadualkan bakal memasuki pasaran Eropah pada bulan November akan datang.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE4077
SELANGOR
BSL409
JOHOR
JYN2436
PULAU PINANG
PRW7096
PERAK
APD4764
PAHANG
CFE4955
KEDAH
KGD4892
NEGERI SEMBILAN
NEH9565
KOTA KINABALU
SJP3604
KUCHING
QAB7750M
Terakhir Kemas Kini 20 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800
Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.
25-06-2025
Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.
BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.
13-03-2024
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023
BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.
04-05-2023
BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?
Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.
29-09-2022
BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring
Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.
15-08-2022
9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!
BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.
15-07-2022
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi
BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.
29-06-2022
Berita Terkini
Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?
OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.
17-12-2025
Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100
Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.
17-12-2025
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat
Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.
17-12-2025
Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?
Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).
16-12-2025
Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal
SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.
10-12-2025
SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.
09-12-2025
Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.
09-12-2025
Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen
Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo di Cyberjaya, Selangor semalam.
07-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
