Kaunter JPJ Dibuka Setiap Hujung Minggu – Ini Yang Penting Untuk Anda Tahu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan kepada orang ramai untuk melakukan urusan pembaharuan yang telah tamat tempoh iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV), sebelum 30 September 2021. Selepas tarikh ini, tempoh lanjutan pembaharuan bagi LKM dan LMM tidak akan disambung lagi. Bagi urusan ini, orang ramai perlu membuat janji temu secara dalam talian melalui sistem janji temu yang disediakan.
Memandangkan terdapat peningkatan dalam permintaan janji temu, JPJ mengumumkan pembukaan operasi kaunter pada setiap hujung minggu yang telah bermula pada 13 Ogos baru-baru ini. Waktu operasi bermula dari 9 pagi hingga 1 tengahari, dan urusan pembayaran tanpa tunai sahaja yang dibenarkan.

Hujung minggu bagi negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor ialah pada hari Jumaat dan Sabtu. Manakala bagi negeri-negeri lain pula ialah pada hari Sabtu dan Ahad.

Orang ramai diingatkan agar mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM semasa melakukan urusan dan berada di tempat awam.
Informasi Penting Pembukaan Kaunter JPJ
- Waktu operasi: Jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
- Hari operasi bagi negeri Kedah, Terengganu, Kelantan & Johor: Jumaat & Sabtu
- Hari operasi bagi negeri-negeri lain: Sabtu & Ahad
Sementara itu, bagi urusan yang boleh dilakukan di Pejabat Pos seperti pembaharuan lesen dan cukai jalan pula boleh diatur melalui Outlet Finder dalam laman web Pejabat Pos.
Diingatkan, walk-in tidak dibenarkan sama sekali. Semua urusan perlu diatur melalui janji temu berjadual. Senarai sistem janji temu dalam talian JPJ berdasarkan negeri boleh didapati melalui perkongsian di Facebook JPJ.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW1491
SELANGOR
BSU6516
JOHOR
JG4716J
PULAU PINANG
PSG8739
PERAK
APM5332
PAHANG
CFJ2557
KEDAH
KGJ6171
NEGERI SEMBILAN
NEM4186
KOTA KINABALU
SJU7488
KUCHING
QAB8464P
Terakhir Kemas Kini 28 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat
NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.
26-10-2026
Adakah ECRL Bakal 'Membunuh' Perkhidmatan Bas Ekspres?
Nampaknya, Ramai Akan Beralih ke ECRL, Apa Pula Nasib Bas Ekspres.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

