Terima Kasih Mitsubishi Kerana Ringankan Beban Petugas Hadapan!
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia terus menghulurkan bantuan Covid-19 ketika Malaysia masih memerangi ancaman Covid-19.
Antara bantuan yang dihulurkan oleh syarikat itu ialah tiga buah kenderaan Mitsubishi iaitu sebuah trak pikap Triton dan dua kenderaan utiliti sukan Outlander.

Malah, MMM turut menyalurkan bantuan sumbangan bernilai RM20,000 kepada Mercy Malaysia.
Sumbangan RM20,000 akan digunakan untuk membeli sut Tyvek untuk petugas barisan hadapan yang ditempatkan di tiga pusat penilaian Covid-19 (CAC) iaitu Stadium Melawati, Stadium Jugra dan Klinik Kesihatan Gombak Setia.
Kenderaan Mitsubishi yang dipinjamkan itu pula bertujuan untuk memudahkan petugas barisan hadapan yang perlu berulang alik ke pusat vaksinasi. Kebanyakan petugas kini terlibat dalam program vaksinasi jangkauan umum.
Selain itu, sumbangan ini juga akan membantu petugas kesihatan dalam melakukan pemeriksaan secara besar-besaran, mengesan kontak rapat, mengasingkan yang dijangkiti, dan memberikan rawatan kepada mereka yang memerlukannya.

Dalam pada itu, MMM turut menghulurkan sumbangan barangan keperluan bernilai RM43,000 yang merangkumi khemah, meja, kerusi, unit pendingin hawa mudah alih, serta sistem pendawaian tugas berat untuk keperluan pusat CAC di Hulu Langat .

“Biarpun, asas perniagaan kami adalah menghasilkan kenderaan namun kami komited untuk melakukan tanggungjawab dalam memastikan negara dan pelanggan kami sentiasa selamat. Kesan peningkatan kes dan impak akibat pandemik COVID-19 menyebabkan peningkatan tekanan emosi dalam kalangan petugas baris hadapan.
“Kami akan terus berkomunikasi rapat dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi awam untuk melihat bagaimana Mitsubishi dapat terus menyumbang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif , Tomoyuki Shinnishi.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4819
SELANGOR
BSV2920
JOHOR
JH7613J
PULAU PINANG
PSH5424
PERAK
APN2134
PAHANG
CFJ4636
KEDAH
KGJ9130
NEGERI SEMBILAN
NEM6571
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB704Q
Terakhir Kemas Kini 23 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh
Penutupan itu membabitkan Seksyen 84.15 dan hanya lorong dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands.
22-11-2026
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


