ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Porsche Memperkenalkan 911 Targa 4S Heritage Design Edition

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Buat pertama kalinya di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan Porsche 911 Targa 4S Heritage Design Edition.

 

Reka bentuk luaran dan dalaman kereta ini dipengaruhi oleh elemen rekaan Porsche pada era lama iaitu tahun 50, 60, 70 dan 80-an. Elemen klasik ini telah diperbaharui dan digabungkan dengan teknologi terbaharu daripada Porsche Exclusive Manufaktur.


Ketua pengarah eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata, "Kami mengembalikan gaya ikonik daripada beberapa era berbeza dan membuktikan bahawa Porsche tetap setia kepada akarnya, walaupun melalui zaman elektrifikasi.  911 Targa 4S Heritage Design Edition mengembalikan memori daripada tahun 50, 60, 70 dan 80-an dan menterjemahkan elemen-elemen ini kepada kereta sport moden yang dapat membuat pelanggan teruja."

 

Struktur 911 Targa 4S Heritage Design Edition secara keseluruhannya adalah berdasarkan generasi 992 terbaharu 911 Targa yang digabungkan dengan teknologi canggih dari segi cesi kereta, sistem bantuan dan juga infotainmennya.

 

Untuk enjin, ia menggunakan enjin boxer biturbo 331 kW berteknologi tinggi yang digabungkan dengan transmisi dwi-cekam 8 kelajuan.

 

Dengan adanya sistem Launch Control, kereta boleh memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa kurang daripada 3.6 saat dan mencapai kelajuan maksimum mencecah 304 km/j.


Dari segi luarannya, 911 Targa 4S menampilkan grafik berbentuk seperti lembing atau Spears. Grafik lembing berwarna putih ini mengingatkan bagaimana kereta lumba Porsche pada zaman dahulu akan dicat dengan warna putih untuk menghilangkan kesan calar atau kecacatan selepas 'berperang' dalam satu-satu sesi perlumbaan.

 

Secara standardnya, 911 Targa didatangkan dalam warna Cherry Metallic dengan gaya 50-an bersama sentuhan moden.

 

Selain itu, model istimewa ini turut didatangkan dalam dua warna solid, satu warna metalik dan satu warna khas, contohnya, Black dan Guards Red, GT Silver Metallic dan Crayon.

 

Porsche turut menawarkan beberapa lagi pilihan warna lain berdasarkan permintaan pelanggan yang mendambakan rekaan luaran yang unik.


Terdapat grafik sukan permotoran dengan nilai bersejarah pada sisi model pengeluaran yang khas ini bagi memperingati pakej 911 Speedster Heritage Design pada tahun 2019. Penampilan sporty ditambah lagi dengan penulisan nombor perlumbaan dari 0 hingga 99 pada badan kereta atas permintaan.


Menyempurnakan keseluruhan rekaan kereta, 911 Targa 4S menggunakan set rim 911 Carrera Exclusive Design yang didatangkan dalam warna hitam berkilat atau dalam warna kilatan satin platinum.


Saiz rim yang ditawarkan ialah sama ada 20 inci atau 21 inci yang digabungkan dengan kaliper brek yang tampak klasik dalam warna hitam.

 

Bergerak ke bahagian dalam, ciri eksklusif kereta terserlah melalui tulisan 911 Targa 4S Heritage Design Edition yang terdapat pada panel alumininium  dan karpet Heritage Design.

 

Turut direka khas untuk edisi ini ialah balutan kulit upholsteri dua tona merah Bordeaux dan kulit kelab OLEA beige (kuning air) Atacama.

 

Pelanggan juga boleh memilih warna balutan upholsteri dua tona yang lain iaitu hitam dan beige Atacama.


Selain itu, fabrik Corduroy digunakan pada panel tengah  tempat duduk dan juga panel pintu. 

 

Gaya keseluruhan ruang dalaman kereta disempurnakan lagi dengan penggunaan elemen kemasan Alcantara® seperti yang dikatakan tadi, dalam warna beige Atacama pada bahagian depan serta tiang A dan B.

 

Dari segi peralatan, edisi ini dipasangkan dengan dua buah kluster instrumen moden beresolusi tinggi yang bersaiz 7 inci. Instrumen ini didatangkan dengan kaunter rev analog bersama jarum penunjuk klasik.

 

Apa yang menarik tentang kereta ini adalah apabila enjin dihidupkan, warna jarum dan juga digit pada kluster instrumen akan berubah daripada putih kepada hijau. Warna hijau pada skala kereta ini sebenarnya diambil daripada Porsche 356. 

 

Jam daripada pakej Sport Chrono yang diletakkan di bahagian atas panel instrumen juga turut memiliki digit yang berwarna hijau.

 

Dapat dilihat perincian yang diberikan pada Porsche edisi warisan ini sungguh menakjubkan. Lambang Porsche dalam bentuk tulisan yang timbul terdapat pada bahagian tempat letak kepala dan juga stereng.


Selain itu, tulisan Porsche Exclusive Manufaktur turut dapat dilihat pada bahagian penutup ruang simpanan. 

 

Kehalusan rekaan kereta dapat dilihat daripada lambang edisi terhad pada panel hiasan kereta di bahagian atas laci kecil (glove compartment) yang dihasilkan dengan tangan. 


Sementara itu, peralatan lain yang turut didatangkan bersama-sama dengan kereta juga diberikan perhatian yang sama. Kunci kereta Porsche edisi khas ini diwarnakan dengan warna yang sama seperti badan kereta dan kantung kunci dibuat daripada kulit dua tona dengan lambang Porsche.

 

Selain pengenalan kepada 911 Targa 4S, Porsche turut menawarkan pakej Pure Heritage Design untuk kesemua model 911 yang merangkumi beberapa elemen dalaman kereta.

 

Dalam pakej ini, antara pilihan yang disediakan ialah upholsteri kulit dua warna iaitu hitam atau kulit kelab OLEA merah Bordeaux dan beige Atacama. Selain itu, panel tengah tempat duduk dan panel pintu dalam fabrik Corduroy, dan akhir sekali tali pinggang dalam warna beige Atacama.

 

Turut ditawarkan sebagai sebahagian daripada pakej tambahan Sport Chrono ialah kluster instrumen dalam rekaan Heritage Design dan jam Heritage Design Sport Chrono.


Dalam pakej ini juga peminat boleh mendapatkan lambang Porsche pada tempat letak kepala, logo Porsche Exclusive Manufaktur pada penutup ruang simpanan, logo 911berwarna silver pada ambang pintu.

 

Harga pasaran bagi Porsche 911 Targa 4S Heritage Design Edition di Malaysia dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula daripada RM 1,677,409.


Hunter menyimpulkan, "Di samping kedatangan 911 Targa 4S Heritage Design Edition yang baharu, Porsche Centre Johor Bahru bakal menjadi Classic Partner Centre pertama di Malaysia yang dijadualkan untuk dilancarkan pada penghujung tahun ini. Ini dapat mempertingkat pengalaman pelanggan di mana peminat Porsche kini boleh membaik pulih dan menjaga Porsche klasik mereka di fasiliti baharu."




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQX9302

SELANGOR

BSQ1105

JOHOR

JYW6625

PULAU PINANG

PSC2981

PERAK

APH4606

PAHANG

CFG5090

KEDAH

KGF9334

NEGERI SEMBILAN

NEK4103

KOTA KINABALU

SJR9361

KUCHING

QAB7595N

Terakhir Kemas Kini 19 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

03-02-2026
Global

27-01-2026
Global

20-01-2026
Global

15-12-2025
Global

24-11-2025
Global

20-11-2025
Teknologi

27-10-2025
Global

22-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Adakah DENZA B8 SUV Paling 'King' Tahun Ini?
Kereta Baru
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru
SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.