- Berita
- Kereta Baru
- Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...
Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...
Beberapa hari yang lepas, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah merasmikan model B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888. Harga yang dinyatakan adalah untuk Semenanjung Malaysia, di atas jalan termasuk pengecualian Cukai Jualan Penjana, tidak termasuk insurans.


Kedua-dua varian 1.6 T-GDi dilengkapi dengan Smartstream G1.6 T-GDi yang berkuasa tinggi, enjin petrol 4 silinder sebaris berpengecas turbo yang digabungkan dengan Smartsteam 7DCT – Transmisi Dwi Klac 7 Kelajuan generasi kedua yang boleh menghamburkan kuasa sebanyak 198 PS pada 6,000 rpm dan 265 Nm tork pada 1,600-4,500 rpm. Enjin Smartstream yang digunakan mampu memberikan prestasi dinamik yang lebih lancar. Sistem ini juga dapat mengurangkan kadar pelepasan emisi dan menawarkan tahap penggunaan minyak yang lebih efisien.
Varian terbaharu ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan Hyundai Smartsense dan pelbagai teknologi bantuan pemandu. Set Hyundai Smartsense merangkumi Bantuan Mengelak Pelanggaran Titik Buta (BCA) dengan Bantuan Mengelak Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Ikut Lorong (LFA), Kawalan Pelayaran Pintar dengan Stop & Go yang mengekalkan fungsi SCC walaupun kereta sedang berhenti sepenuhnya. Ciri lain ialah Bantuan Mengelak Pelanggaran Hadapan (FCA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW) dengan Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LVDA), Amaran Penumpang Belakang (ROA), Amaran Keluar Selamat (SEW) dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA) yang mana kawalan tinggi-rendah lampu beroperasi secara automatik berdasarkan pengesanan lalu lintas hadapan.
Kona 1.6 Turbo memiliki ciri luaran dan dalaman yang sama dengan varian Kona 2.0 Active, kecuali dua ciri iaitu roof rack dan juga penggunaan dua warna pada badan kereta yang eksklusif hanya pada varian 1.6 Turbo. Ciri penting bahagian luar kereta ialah reka bentuk bahagian depannya yang cukup menarik perhatian, lengkap dengan lampu DRL LED yang lebar dan halus serta gril tengah dengan rekaan yang unik. Pada bahagian belakang, ia menggunakan lampu baharu dengan reka bentuk yang melintang.
Untuk versi KONA N Line pula secara keseluruhannya ia menampilkan gaya yang lebih sporty dan progresif. Versi N Line memiliki lip yang berbentuk aerodinamik N-style dengan sirip tepi yang rendah ke bawah.
Bampar belakang menggunakan peresap aerodinamik tengah yang besar dengan warna yang kontra daripada badan kereta. Fascia bampar memiliki reka bentuk tajam dan dilengkapi dengan sirip N-style untuk aliran udara.

-full.jpg)
-full.jpg)
Kona 1.6 Turbo N Line dan 1.6 Turbo didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu Surfy Blue, Dive in Jeju, Ignite Flame, Pulse Red, dan Misty Jungle. Setiap warna didatangkan dengan bumbung dua tona Phantom Black. Bumbung dua tona bagi versi ini turut didatangkan dengan perumah cermin yang serasi dengan rekaan kereta. Ciri ini menampakkan kereta lebih sporty dan bergaya, memberikan pelanggan lebih banyak pilihan untuk mengekspresikan diri. Selain itu, varian-varian terbaharu ini turut didatangkan dengan rim bersaiz 18 inci.
-full.jpg)


Kedua-dua varian Kona turut menampilkan reka letak baharu yang sama dengan Kona 2.0. Antaranya ialah ruang konsol, kluster digital 10.25 inci dengan skrin AVN 8 inci. Lengkap dengan fungsi sambungan kepada beberapa peranti Bluetooth dan juga sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay. Ciri lain ialah brek parkir elektrik, teknologi pencahayaan ambien terkini yang akan menyalakan lampu pada bahagian pemegang cawan tengah, serta tempat letak kaki tepi bahagian pemandu dan penumpang. Terdapat juga kemasan aluminium di sekeliling speaker dan corong udara.
Sebagai alternatif kepada rekaan dalaman yang gelap, Kona 1.6 Turbo turut ditawarkan dalam kemasan berwarna lebih terang dan menyegarkan pandangan iaitu warna kuning air cerah pada panel pintu dan tempat duduk.

KONA didatangkan dengan jaminan selama 5 tahun atau 300,000 km, yang mana terdahulu, dan juga servis penyelenggaraan percuma selama 3 tahun atau sejauh 50,000 km, yang mana terdahulu.
![]()
Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan dalam talian melalui platform beli belah Hyundai, Cl!ck to Buy atau hubungi mana-mana pengedar Hyundai yang sah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Careline Pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

