ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apa Rahsia Toyota Corolla Sampai Mampu Jual 50 Juta Unit Di Seluruh Dunia, Ini Jawapannya!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Jenama kereta ini sebenarnya telah menunjukkan potensi besar sejak awal lagi, jadi mari kita menyelami sejarah Corolla memandangkan Toyota meraikan jualan model itu yang ke-50 juta baru baru-baru ini.

Generasi pertama Corolla diperkenalkan ketika Jepun dan Malaysia memulakan pengeluaran kereta.



Oleh itu, Toyota merupakan syarikat pengeluar kereta pertama yang meminta kerajaan untuk menghasilkan produknya di Malaysia. Ketika itu, syarikat berkenaan memiliki model yang paling sesuai iaitu Corolla.

Syarikat itu kemudian meminta sebuah kilang pemasangan kereta Champion Motors yang terletak di Shah Alam untuk melakukan pemasangan Corolla. Kilang pemasangan ini kemudian dikenali sebagai Assembly Services Sdn.Bhd (ASSB).

Menurut Toyota, Toyota Corolla generasi pertama telah dilancarkan di Jepun pada tahun 1968. Corolla mencatatkan peratus peningkat pengeluaran kenderaan yang dihasilkan dari ASSB sehingga menjadikan model itu paling laris di negara ini.  

Bukan hanya itu sahaja, syarikat berkenaan turut menjadi jenama nombor satu  di Malaysia pada tahun 1970.

Tahukah anda, bahawa 50 juta unit Corolla telah di jual di seluruh di dunia manakala, 300,000 unit pula berjaya dijual di dalam pasaran Malaysia? 

Walaupun kebanyakan generasi model ini dipasang di negara ini namun Corolla sebenarnya diimport  sebagai unit CBU dari Thailand pada tahun 2008. Beberapa varian yang ditawarkan pada masa itu ialah sedan, station wagon dan Corolla Liftback.

Sasaran pasaran kenderaan itu dilihat sangat meluas menyebabkan ia dijual pada harga yang berpatutan. Kenderaan ini dikenali umum disebabkan teknologinya yang canggih dan harganya berpatutan walaupun ia cuma model peringkat kemasukan.

Susulan itu, ini sekali gus mendedahkan model generasi kesembilan iaitu, Corolla Altis yang menekankan kualiti, kemewahan dan saiz.





Corolla dikatakan sangat popular sehingga  ia menyumbang sekurang-kurangnya enam peratus kepada jualan keseluruhan kenderaan Toyota di Malaysia sekitar tahun 2010 dan 2020.

Model generasi ke-10 turut menjadi generasi Corolla paling laris di Malaysia apabila  40,000 unit berjaya dijual antara tahun 2006 dan 2013.

“Kejayaan model tersebut adalah disebabkan ia menjadi standard baharu bagi kecemerlangan automotif dalam kelasnya dimana ia menawarkan pelanggan pemanduan yang dinamik dan kereta sedan canggih dengan gaya mewah.

“Ia juga dilengkapi dengan tahap keselamatan yang tinggi selain ia juga mesra alam,” kata Presiden Toyota Motor UMW, Ravindran K.

Setiap generasi Corolla dikatakan telah menjadi penyumbang kepada transformasi jenama. 

Malah, sebanyak 63 peratus pelanggan menukar model lama mereka kepada model baharu setiap kali pengenalan model baharu.

Pelanggan Toyota dilihat yakin bahawa kereta ini berbaloi untuk dibeli, kebolehpercayaan, tahan lama dan nilai jualan semula yang baik.

Hari ini, model Corolla dilengkapi dengan TNGA (Toyota New Global Architecture) dan dilengkapi dengan lebih banyak ciri keselamatan yang canggih dan sambungan yang lebih baik.

Sejak tahun 1980, Toyota mengekalkan salah satu perkhidmatan selepas jualan. Syarikat ini adalah yang pertama menawarkan servis penjagaan pelanggan dan pengurusan perhubungan pelanggan. 

Percaya atau tidak, Corolla telah wujud sejak 55 tahun lalu.

Ini kerana syarikat sentiasa memastikan keluarannya memenuhi cita rasa dan gaya hidup pelanggannya sekali gus menyebabkan ia telah berkembang menerusi beberapa generasinya. Misalnya, model terbaharunya, Corolla Cross yang diperkenalkan pada tahun lalu memandangkan populariti kenderaan utiliti sukan semakin meningkat.



"Corolla merupakan sebuah model global berkualiti tinggi yang melangkaui kelasnya. Dalam tempoh lebih 50 tahun menerusi 12 generasi, Corolla telah  membawakan keseronokan kepada jutaan pemiliknya di seluruh Malaysia,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

23-04-2026
Berita Auto

07-08-2025
EV

01-05-2025
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

09-05-2023
Berita Auto

06-04-2023
Berita Auto

13-03-2023
Kereta Baru

24-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto
Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto
JPJ Cipta Sejarah

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.