- Berita
- Berita Auto
- Apa Rahsia Toyota Corolla Sampai Mampu Jual 50 Juta Unit Di Seluruh Dunia, Ini Jawapannya!
Apa Rahsia Toyota Corolla Sampai Mampu Jual 50 Juta Unit Di Seluruh Dunia, Ini Jawapannya!
Jenama kereta ini sebenarnya telah menunjukkan potensi besar sejak awal lagi, jadi mari kita menyelami sejarah Corolla memandangkan Toyota meraikan jualan model itu yang ke-50 juta baru baru-baru ini.
Generasi pertama Corolla diperkenalkan ketika Jepun dan Malaysia memulakan pengeluaran kereta.

Oleh itu, Toyota merupakan syarikat pengeluar kereta pertama yang meminta kerajaan untuk menghasilkan produknya di Malaysia. Ketika itu, syarikat berkenaan memiliki model yang paling sesuai iaitu Corolla.
Syarikat itu kemudian meminta sebuah kilang pemasangan kereta Champion Motors yang terletak di Shah Alam untuk melakukan pemasangan Corolla. Kilang pemasangan ini kemudian dikenali sebagai Assembly Services Sdn.Bhd (ASSB).
Menurut Toyota, Toyota Corolla generasi pertama telah dilancarkan di Jepun pada tahun 1968. Corolla mencatatkan peratus peningkat pengeluaran kenderaan yang dihasilkan dari ASSB sehingga menjadikan model itu paling laris di negara ini.
Bukan hanya itu sahaja, syarikat berkenaan turut menjadi jenama nombor satu di Malaysia pada tahun 1970.
Tahukah anda, bahawa 50 juta unit Corolla telah di jual di seluruh di dunia manakala, 300,000 unit pula berjaya dijual di dalam pasaran Malaysia?
Walaupun kebanyakan generasi model ini dipasang di negara ini namun Corolla sebenarnya diimport sebagai unit CBU dari Thailand pada tahun 2008. Beberapa varian yang ditawarkan pada masa itu ialah sedan, station wagon dan Corolla Liftback.
Sasaran pasaran kenderaan itu dilihat sangat meluas menyebabkan ia dijual pada harga yang berpatutan. Kenderaan ini dikenali umum disebabkan teknologinya yang canggih dan harganya berpatutan walaupun ia cuma model peringkat kemasukan.
Susulan itu, ini sekali gus mendedahkan model generasi kesembilan iaitu, Corolla Altis yang menekankan kualiti, kemewahan dan saiz.

Corolla dikatakan sangat popular sehingga ia menyumbang sekurang-kurangnya enam peratus kepada jualan keseluruhan kenderaan Toyota di Malaysia sekitar tahun 2010 dan 2020.
Model generasi ke-10 turut menjadi generasi Corolla paling laris di Malaysia apabila 40,000 unit berjaya dijual antara tahun 2006 dan 2013.
“Kejayaan model tersebut adalah disebabkan ia menjadi standard baharu bagi kecemerlangan automotif dalam kelasnya dimana ia menawarkan pelanggan pemanduan yang dinamik dan kereta sedan canggih dengan gaya mewah.
“Ia juga dilengkapi dengan tahap keselamatan yang tinggi selain ia juga mesra alam,” kata Presiden Toyota Motor UMW, Ravindran K.
Setiap generasi Corolla dikatakan telah menjadi penyumbang kepada transformasi jenama.
Malah, sebanyak 63 peratus pelanggan menukar model lama mereka kepada model baharu setiap kali pengenalan model baharu.
Pelanggan Toyota dilihat yakin bahawa kereta ini berbaloi untuk dibeli, kebolehpercayaan, tahan lama dan nilai jualan semula yang baik.
Hari ini, model Corolla dilengkapi dengan TNGA (Toyota New Global Architecture) dan dilengkapi dengan lebih banyak ciri keselamatan yang canggih dan sambungan yang lebih baik.
Sejak tahun 1980, Toyota mengekalkan salah satu perkhidmatan selepas jualan. Syarikat ini adalah yang pertama menawarkan servis penjagaan pelanggan dan pengurusan perhubungan pelanggan.
Percaya atau tidak, Corolla telah wujud sejak 55 tahun lalu.
Ini kerana syarikat sentiasa memastikan keluarannya memenuhi cita rasa dan gaya hidup pelanggannya sekali gus menyebabkan ia telah berkembang menerusi beberapa generasinya. Misalnya, model terbaharunya, Corolla Cross yang diperkenalkan pada tahun lalu memandangkan populariti kenderaan utiliti sukan semakin meningkat.

"Corolla merupakan sebuah model global berkualiti tinggi yang melangkaui kelasnya. Dalam tempoh lebih 50 tahun menerusi 12 generasi, Corolla telah membawakan keseronokan kepada jutaan pemiliknya di seluruh Malaysia,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris
UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.
12-04-2025
Hilux Wide Tread, Garang, Lasak, Harga Pun Keras
Toyota Motor Thailand melancarkan satu lagi varian terbaharunya, Hilux Revo GR Sport Wide Tread.
21-03-2024
Jangan Bimbang, UMW Toyota Jamin Ketelusan
Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memberi menjamin kepada para pelanggannya bahawa pihaknya cukup komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus.
22-12-2023
Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!
UMWT telah mempamerkan satu daripada enam unit Toyota bZ4X yang dibawa masuk ke Malaysia.
12-05-2023
Toyota Makin Laku, Jangan Risau Jika Nak Tempah Vios
Jualan UMW Toyota meningkat pada bulan lalu berbanding bulan sama 2022.
08-05-2023
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge