ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Terima Pengarah Urusan Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengedar rasmi kenderaan di Malaysia,  Volvo Car Malaysia Sdn Bhd mengumumkan Charles Frump akan mengambil alih jawatan sebagai pengarah urusan daripada Nalin Jain.

Frump pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Volvo Car di India sejak tahun 2017 . Beliau memainkan peranan dalam mempercepatkan proses pertumbuhan bahagian pasaran dan pendapatan Volvo di India.


Beliau memulakan perjalanannya dengan Volvo Cars sekitar tahun 2018 dimana beliau ketika itu merupakan Pengarah Pemasaran Volco Car  di Jepun.  Frump dikatakan memiliki pengalaman selama 20 tahun dalam pelbagai pasaran di seluruh negara Asia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Beliau juga pernah menggalas beberapa jawatan dalam pemasaran, jualan, khidmat pelanggan dan pengurusan rangkaian.

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan  dengan Volvo terutamanya dalam pasaran baharu ini. Saya melihat Malaysia sebagai satu persimpangan kepada tempat-tempat yang pernah saya lalui dan saya berharap dapat bekerjasama  dengan pasukan tempatan secara individu untuk membina kekuatan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Frump memegang  memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Pemasaran Antarabangsa dari UCLA Anderson School of Management, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Beliau menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang ekonomi dan matematik dari Kolej St. Olaf, Minnesota, Amerika Syarikat.

Frump adalah peminat sukan dan gemar bermain hoki ais. Beliau gemar menjelajah ke negara-negara baharu pada setiap tahun dengan isterinya tetapi beliau kerap melancong ke Jepun dan Sepanyol kerana ia merupakan sebagai destinasi pelancongan kegemarannya sepanjang masa.





Untuk makluman anda, pelantikan Frump adalah susulan daripada pengumuman global Volvo untuk menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Malah, Volvo Cars baru-baru ini  melancarkan kempen “Ultimate Safety Test” untuk mengisytiharkan perubahan iklim sebagai cabaran keselamatan terbesar yang dihadapi manusia.

Ketika syarikat berusaha menuju masa depan yang lebih lestari, Frump dikatakan akan memainkan peranan penting dalam menerajui Volvo Car Malaysia sebagai peneraju kenderaan elektrik premium di Malaysia.

“Masa depan adalah elektrifikasi, ini adalah sesuatu yang sangat kami percayai. Anak-anak hari ini akan menjadi pemandu pada masa depan, dan mereka sedang membesar dalam persekitaran di mana perubahan iklim dan pemanasan global menjadi masalah utama yang akan mereka hadapi. 

Bagi memastikan mereka mempunyai Bumi hijau yang selamat untuk hidup, kami berhasrat  untuk mengurangkan jejak kitaran karbon untuk setiap kereta secara konsisten melalui tindakan konkrit dimana kami memindahkan seluruh portfolio kenderaan kami kepada elektrifikasi. Kami berharap dengan berbuat demikian, ia dapat membantu pelanggan kami mengambil langkah aktif dalam kelestarian bersama,” kata Frump.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE9456

SELANGOR

BSR4066

JOHOR

JYB9423

PULAU PINANG

PSD5483

PERAK

APJ6104

PAHANG

CFH146

KEDAH

KGG8524

NEGERI SEMBILAN

NEK8251

KOTA KINABALU

SJS8507

KUCHING

QAB1495P

Terakhir Kemas Kini 05 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

08-03-2026
Berita Auto

23-01-2026
Kereta Baru

03-01-2025
Global

05-09-2024
Kereta Baru

28-02-2024
Pandu Uji

24-06-2023
Pandu Uji

25-05-2023
Berita Auto

08-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Ramai Salah Faham Kos Kamera AWAS, MOT Tampil Dedah Angka Sebenar

Rupanya Ini Kos Kamera AWAS Setahun, Patutlah Sentiasa 'Flawless' Tangkap Gambar Saman.

03-07-2026
Berita Auto

8 Sami Maut Dirempuh Trak Pikap Dipandu Budak 11 Tahun

Angkara budak 11 tahun, nyawa 8 sami melayang dalam sekelip mata.

02-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Berita Auto

Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi

Smart Lane Kurangkan 50% Kesesakan, Kadar Kemalangan Juga Rendah.

02-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Lagi Maut Angkara Tayar Di Atas Jalan Raya

Seorang anggota polis maut akibat terjatuh dan terseret di jalan raya ketika motosikalnya melanggar tayar lori yang dipercayai tercicir.

02-07-2026
Berita Auto

Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.

01-07-2026
Berita Auto

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.

01-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.