- Berita
- Berita Auto
- Ini Rancangan Volvo Cars Bagi Penghasilan Kereta Mereka Demi Menjaga Bumi Sebelum Terlambat...
Ini Rancangan Volvo Cars Bagi Penghasilan Kereta Mereka Demi Menjaga Bumi Sebelum Terlambat...
Pengeluar kereta daripada negara Sweden, Volvo Cars nampaknya semakin serius dalam usaha mereka untuk memastikan supaya konsep pembangunan dan pembinaan yang mampan menjadi teras syarikat. Inilah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan laporan The Rise of Conscious Design, yang telah dikongsikan oleh Volvo Cars bersama The Future Laboratory, sebuah syarikat konsultansi yang mengkaji tren masa depan.

Dalam laporan ini, Volvo Cars mengumumkan bahawa model kereta elektrik sepenuhnya yang terbaharu mereka adalah bebas daripada penggunaan sebarang balutan kulit. Model kereta pertama yang akan menjadi bukti kepada idea ini ialah C40 Recharge.

Turut diumumkan, Volvo Cars sedang giat mencari bahan yang berkualiti tinggi daripada sumber yang diuruskan secara mampan untuk digunakan dalam industri. Menjelang tahun 2023, syarikat menyasarkan 25 peratus daripada bahan yang digunakan oleh kereta Volvo terbaharu adalah bahan yang dikitar semula dan merupakan bahan berasaskan bio.
"Kami memiliki visi tentang di mana arah tuju kami di masa hadapan, dengan langkah pertama untuk menguasai bahan yang diuruskan secara mampan, semulajadi dan yang telah dikitar semula. Cabaran seterusnya ialah untuk mengubah apa yang kami lakukan kepada bahan ini, sama ada untuk menghasilkan bahagian-bahagian kereta yang dapat kekal selamanya, memasuki semula ekonomi 'circular' atau masuk kembali ke dalam bumi," ujar Ketua Rekaan Volvo Cars, Robin Page.

Di masa hadapan, Volvo Cars akan menawarkan pelanggannya dengan pilihan lain yang dapat menggantikan balutan kulit untuk kabin dalaman kereta - seperti Nordico, bahan baharu daripada Volvo yang menggunakan tekstil diperbuat daripada botol PET, bahan berasaskan bio daripada hutan (yang diuruskan secara) mampan di Sweden dan Finland serta gabus yang dikitar semula daripada industri arak, dan sebagainya.
Volvo Cars juga akan menawarkan beberapa pilihan bulu/benang sayat yang hanyalah diambil daripada pembekal yang disahkan dan yang menguruskan sumber dengan bertanggungjawab. Ini dapat memastikan syarikat kekal telus dan demi menjaga kesejahteraan haiwan yang terlibat dalam pembekalan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9305
SELANGOR
BSQ9152
JOHOR
JYB433
PULAU PINANG
PSD1857
PERAK
APJ3062
PAHANG
CFG8124
KEDAH
KGG5705
NEGERI SEMBILAN
NEK6837
KOTA KINABALU
SJS4608
KUCHING
QAB223P
Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volvo Cars Perkenal Tali Pinggang Keledar Multi Adaptif pertama di dunia Untuk Volvo EX60
Volvo Cars bakal memperkenalkan teknologi pertama di dunia, tali pinggang keledar multi-adaptif yang akan disediakan dalam model Volvo EX60, mulai tahun depan nanti.
05-06-2025
Volvo Cars Buang 3,000 Pekerja, Pasaran EV Terlalu Sengit
Volvo Cars mengumumkan bahawa syarikatnya bakal mengurangkan kos operasi dengan merancang pemotongan kira-kira 3,000 jawatan pentadbiran.
27-05-2025
Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road
Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?
11-02-2025
Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan
Volvo dedah pelan hala tuju produk Volvo bagi tahun 2025, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima model baharu bakal diperkenalkan.
10-02-2025
Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...
Jenama automotif Sweden, Volvo Cars, mengumumkan bahawa ia telah membatalkan sasaran asalnya untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.
05-09-2024
Volvo C40 Recharge Dikemaskini – Bateri Lebih Berkuasa, Jarak Lebih Jauh
Volvo C40 Recharge yang telah diperbaharui bagi tahun 2024 kini sudah boleh ditempah.
29-02-2024
Volvo Henti Bantu Polestar Bangunkan Kereta Sports Elektrik – Tindakan Bijak?
Volvo Cars mengumumkan keputusannya untuk menghentikan sokongan kewangan kepada Polestar Automotive Holding.
02-02-2024
Volvo Tamatkan Pengeluaran Kenderaan Diesel pada 2024
Volvo mengumumkan pada Minggu Iklim New York untuk menamatkan pengeluaran semua model kenderaan berkuasa diesel menjelang awal 2024.
19-12-2023
Berita Terkini
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat