Ferrari Portofino M Dirasmikan Di Malaysia!
Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Ferrari Portofino M untuk pasaran negara. Model ini pertama kalinya diperkenalkan secara dalam talian pada bulan September 2020.

Kalau anda tertanya-tanya, huruf 'M' dalam nama kereta ini membawa maksud ‘Modificata’. Bagi jenama Ferrari, ‘Modificata’ adalah merujuk kepada kereta-kereta yang telah melalui proses evolusi yang meningkatkan prestasi kereta.
"Cabaran dan sekatan yang berterusan di negara kita telah menyebabkan kelewatan yang tidak dapat dielakkan dalam rancangan pelancaran, jadi kami sangat berbesar hati kerana akhirnya mendapat peluang untuk memperkenalkan Ferrari Portofino M kepada pasaran tempatan untuk menyertai barisan kereta lain Ferrari Malaysia.

Pelanggan kami telah pun menunjukkan minat terhadap model versatil ini dan telah lama menantikan evolusi yang sempurna Portofino," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan.
Enjin yang digunakan ialah enjin turbo berkembar V8 3.9L yang boleh menghamburkan kuasa mencecah 611 hp (peningkatan sebanyak 19 hp berbanding Ferrari Portofino) pada 5,750 ke 7,500 rpm dan 760 Nm tork pada 3,000 ke 5,750 rpm.

Kuasa disalurkan melalui transmisi 8 kelajuan, dengan nisbah tukaran gear lebih panjang dan juga gear undur mekanikal. Portofino M boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 3.45 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 320 km/j.
Ciri luaran yang menarik pada kereta ini ialah bampar depannya yang dipasangkan dengan gril yang diberikan pembaharuan. Bahagian lain yang turut diberikan sentuhan lebih segar ialah bampar belakang, peresap belakang dan juga rim.



Bergerak ke bahagian dalam kereta, bahagian-bahagian yang menarik ialah struktur papan pemuka multi-level, pengudaraan tiga tahap untuk tempat duduk, serta pemanas leher (neck warmer) dengan tiga tahap kepanasan.

Human-Machine Interface (HMI) Portofino terletak di bahagian tengah kluster digital iaitu pada dua paparan TFT yang terletak di sebelah kaunter rev.
Sistem infotainmen kereta ini adalah merangkumi skrin kapasitif multi-sentuh HD sepenuhnya dengan Split View yang boleh disambungkan dengan Apple Carplay dan Android Auto.
Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan pemasangan skrin 7 inci berwarna yang HD sepenuhnya dan Full Touch pada papan pemuka bagi penumpang di sebelah. Paparan ini disambungkan secara terus kepada skrin utama dan memberikan informasi sama berkaitan kelajuan kereta, rpm dan juga gear yang sedang digunakan.
Berkenaan ciri keselamatannya, Ferrari Portofino M didatangkan dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang merangkumi Kawalan Penjelajahan Adaptif dengan fungsi Stop&Go, Sistem Brek Kecemasan Prediktif, Pemantauan Titik Buta, Amaran Keluar Lorong, Lampu Suluh Tinggi Automatik, Pengecaman Tanda Lalu Lintas, paparan pandangan 3D dan keliling dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Ferrari Portofino M, layari Facebook rasmi Ferrari Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

