Beli Dengan Tenang: Honda Malaysia Lancarkan Kempen "I'm Vaccinated"
Honda Malaysia telah melancarkan kempen "I'm Vaccinated" untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan sewaktu berurusan dengan mana-mana pusat pengedaran Honda di seluruh negara. Kempen yang diumumkan ini menunjukkan betapa tingginya komited Honda untuk memastikan semua kakitangan syarikat telah menerima vaksin.
Dilaporkan kira-kira 80 peratus daripada kesemua kakitangan Honda Malaysia telah menerima vaksin penuh. Hanya mereka yang sudah lengkap dua dos sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan tugas dan akan dipakaikan dengan lencana "I Am Fully Vaccinated." Syarikat menyasarkan supaya kesemua kakitangan sudah menerima vaksin lengkap dalam bulan Oktober tahun ini.

"Kami percaya inisiatif ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelanggan semasa berinteraksi dengan kakitangan Honda, (ini dilakukan) dengan menunjukkan bahawa kami bersedia untuk bertemu dan melayani pelanggan dalam suasana yang selamat serta memberikan mereka ketenangan fikiran semasa berada di pusat pengedar Honda. Kami juga berharap agar lebih ramai orang mendapatkan vaksin, selain mematuhi SOP pada setiap masa. Dengan usaha ini, bukan sahaja dapat melindungi diri, tapi juga membantu negara mencapai imuniti kelompok secepat yang mungkin," ujar Pengarah Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.
Bersama-sama dengan penyambungan semula aktiviti jualan, Honda Malaysia turut melancarkan "Government Staff Program" (Program Kakitangan Awam) - yang menawarkan kakitangan awam dan juga pasangan diskaun sehingga RM1,000 berserta promosi bulanan bagi Honda Jazz dan BR-V. Sah dari 1 September hingga 31 Oktober ini. Pelanggan yang berminat perlu menyediakan salinan surat tawaran dan kad identiti untuk proses pengesahan.
Bersempena dengan Hari Malaysia, Honda Malaysia turut melancarkan promosi September Special Benefits yang iaitu ganjaran sehingga RM6,000 sepanjang bulan September.
Honda Malaysia memaklumkan bahawa mereka akan terus memantau situasi dan juga peka dengan arahan daripada kerajaan berkaitan pencegahan Covid-19.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

