ETCM Anjur Pelbagai Program Menarik!
Kegembiraan berganda apabila Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan tiga berita yang menggembirakan secara serentak baru-baru ini.
Oleh itu, syarikat ETCM mengambil kesempatan itu dengan mengumumkan juara pertandingan ‘Nissan Buy Car Win Home” yang dijalankan pada Disember 2018 hingga Disember 2019.
Pertandingan yang mendapat kerjasama ETCM dan JKG Land Berhad itu dikatakan berjaya menarik lebih 11,000 penyertaan.

Dalam pertandingan itu, Balamurugan Suppiah dinobatkan sebagai juara “Nissan Buy Car Win Home”.
Dia kini pemilik baharu Apartment tiga bilik tidur yang bernilai RM665,000. Kediaman itu terletak di The ERA @ Duta North Kuala Lumpur.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta atas sokongan anda terhadap kempen ini dan tahniah kepada Balamurugan.
Di ETCM, kami komited untuk memberikan produk berkualiti dan perkhidmatan selepas jualan. Oleh itu, kami berharap dapat terus memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik untuk semua pelanggan,” kata Pengarah Pemasaran dan Jualan ETCM, Christopher Tan.
Berita kedua ialah ETCM melancarkan kempen ‘Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency Charity Drive’ dimana peserta berpeluang memenangi Lego Nissan GT-R atau edisi Beg Nissan Duffle.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemilik Nissan Almera 1.0 liter Turbo ialah memandu kenderaan itu dan mengemukakan resit hasil penjimatan penggunaan bahan api mereka.
Sementara itu, ETCM akan menghulurkan derma kepada pertubuhan amal yang terpilih berdasarkan jumlah tertinggi kilometer liter yang direkodkan setiap peserta .
Pendek kata, ia merupakan satu cabaran yang mudah dan menyeronokkan yang memberikan inspirasi kepada pemilik Nissan Almera dengan memberi kesan positif kepada orang ramai yang berhadapan dengan kesukaran akibat krisis Covid-19.
Kempen ini pula mula dijalankan sejak 1 hingga 30 September ini dan hasil keputusan akan dikongsi menerusi halaman Facebook Nissan Malaysia.
Akhir sekali ialah kempen September ETCM iaitu ‘Malaysia Day Treats Promotion’ namun ia hanya ditawarkan untuk model Nissan yang terpilih.

Ia turut menawarkan pengecualian cukai, ansuran bulanan rendah, pakej aksesori eksklusif dan servis penyelenggaraan.
Untuk makluman anda, semua bilik pameran Nissan kini beroperasi seperti biasa kecuali yang berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sudahlah Curi, Dibakar Pula!
Nissan Silvia 180SX yang dilaporkan hilang di Kepong, Kuala Lumpur semalam ditemui dalam keadaan hangus.
17-02-2022
Nissan Akan Memulakan Ujian Pengesahan Tidak Lama Lagi
Pengeluar kereta Nissan mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian pengesahan sistem pengurusan tenaga di Namie, Fukushima, Jepun tidak lama lagi.
16-02-2022
Nissan Bekerjasama Dengan Jaxa Untuk Bangunkan Kenderaan Inovatif Itu
Nissan menayangkan kenderaan prototaip jelajah bulan yang dibangunkan bersama JAXA.
15-02-2022
ETCM Ringan Beban Mangsa Banjir Dan Beberapa Pertubuhan Lain
ETCM menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.
10-02-2022
Jangan Lepaskan Promosi ETCM!
ETCM menawarkan promosi dan baucar hebat untuk dimenangi sempena Kempen Tahun Baru Cina yang akan datang.
07-01-2022
Nismo Dedah Nissan Z Untuk Era Baharu Super GT
Nismo melancarkan jentera baharunya, Nissan Z baru-baru ini.
10-12-2021
Jentera Ini Hadir Dengan e-Power
Nissan melancarkan Note Autech Crossover di Jepun yang didatangkan secara esklusif dengan trenkuasa elektrik, e-POWER.
11-11-2021
Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!
Ariya, model crossover elektrik terkini Nissan, hadir dengan sistem kawalan dengan teknologi yang inovatif.
17-09-2021
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

