SUV Tiga Baris Tempat Duduk Buat Kemunculan Semula
Bermaz Motor Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mazda di Malaysia memperkenalkan model Mazda CX-9 serba baharu baru-baru ini.
Mazda ini dilihat lebih memfokuskan kepada ciri praktikal namun ia masih mengekalkan penggayaan dan pengalaman pemanduan yang terbaik!

Untuk model keluaran tahun ini, CX-9 menerima satu senarai penambaikan termasuk Edisi Ignite yang memadankan rona hitam kilat pada perumah cermin sisi, reka bentuk gril hadapan baharu, rim aloi hitam metalik 20 inci.

Menjengah bahagian dalaman pula, ruang kabin pula kelihatan premium dengan kerusi material kulit berwarna Burgundy dan trim hitam pada papan pemuka, pemegang dan panel pintu.
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) baharu ini hadir dengan enjin SkyActive-G 2.5 Turbo selain digandingkan dengan pacuan dua roda atau i-Activ AWD yang mampu menjana kuasa 228 kuasa kuda dan tork 420 Nm.
Kuasa itu disalurkan ke kotak gear dengan enam kelajuan automatik bersama sistem G-Vectoring Control Plus yang merupakan salah satu ciri standard. Antara penambahbaikan yang ditingkatkan ialah ciri tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, Pengecas Tanpa Wayar dan penukaran gear.
Sistem keselamatan i-Activeness kini terdiri daripada Sokongan Brek Pintar dan Pelayaran Radar Mazda yang hadir dengan lampu hadapan LED adaptif, Kawalan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik di Belakang, Amaran Penukaran Laluan dan Bantuan Kekal Lorong.
Ia juga dilengkapi dengan Amaran Perhatian Pemandu, Sokongan Brek Pintar, 10 larasan tempat duduk pemandu dengan ciri memori, stereng dan tombol gear dibaluti dengan kulit.
Malah, ia juga kini dipadankan dengan kawalan penyaman udara tiga zon, lampu nyalaan siang dan lampu belakang jenis LED termasuk pengelap cermin automatik.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai Edisi Ignited. Edisi ini adalah model import (CBU) dari Jepun.
Ia hadir dengan enam pilihan warna: Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Sonic Silver, Deep Crystal Blue dan Jet Black.
Harga bermula dari RM319,847.40 dan termasuk Pengurangan Cukai Jualan (SST) sebanyak 50 peratus (model CBU).
Bagaimanapun, pelepasan cukai itu adalah sehingga 31 Disember ini.
Model ini juga mendapat jaminan pengeluar selama lima tahun, penyelenggaraan percuma lima tahun dan had perbatuan 100,000 kilometer.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT9370
SELANGOR
BSP2438
JOHOR
JYU7857
PULAU PINANG
PSB4246
PERAK
APG6447
PAHANG
CFG2184
KEDAH
KGF3280
NEGERI SEMBILAN
NEK1353
KOTA KINABALU
SJR3802
KUCHING
QAB5481N
Terakhir Kemas Kini 19 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
