Subaru XV Kini Hanya Tinggal Dua Varian
Susulan lebih banyak sektor ekonomi telah pun dibuka sejak 16 Ogos lalu, Motor Image, pengimport, pemasang dan pengedar jenama Subaru turut mengumumkan pengoperasian semula bilik pameran di seluruh cawangan mereka.
Oleh itu, pasukan media Caricarz! juga berpeluang mengunjungi bilik pameran Subaru yang terletak di Petaling Jaya baru-baru ini.
Menerusi kunjungan kami di bilik pameran itu, kami berpeluang melihat Subaru XV Leather Suede Deluxe (LSD) iaitu 2.0i-P.

Melalui pengenalan varian LSD ini, syarikat telah menyingkirkan varian XV 2.0 i. Ini bermakna, hanya tinggal dua varian iaitu Subaru XV 2.0 i-P dan XV 2.0 Edisi GT.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai perbezaan kedua-dua model ini. Manakan tidak, jika sekilas pandang, tiada apa yang bezanya!

Untuk makluman anda, kedua-dua XV ini dibina di atas platform Subaru Global Platform (SGP) yang turut digunakan pada model Forester, Impreza, Legacy dan Outback.
Menyentuh mengenai harganya, XV 2.0 i-P dijual pada harga RM131,788 manakala, XV 2.0 Edisi GT yang hadir dengan tambahan body kit pula dijual sekitar RM 138,788.
Lain pula bagi XV 2.0i-P. Ia ditawarkan pada harga yang lebih rendah sekitar RM7,000 berbanding XV 2.0 Edisi GT.
Perbezaan harganya tidak begitu ketara namun model yang telah dinaik taraf itu menerima kemasan kulit Suede Deluxe pada tempat duduknya yang menggabungkan warna gloss black, matte black dan perak.


Ia juga diserlahkan lagi dengan jahitan benang berwarna oren.
Upholsteri baharu itu dikatakan hanya ada pada varian XV 2.0i-P serta eksklusif untuk pasaran Malaysia dan Thailand.
Crossover lima tempat duduk itu juga dipasang dengan rim aloi bersaiz 17 inci selain dilengkapi dengan sistem audio bersaiz 8-inci.

Sudah pasti anda tertanya-tanya mengapakan Edisi GT dijual lebih mahal berbanding 2.0i-P?
Nah, ini jawapannya!
Apa yang menarik mengenai Edisi GT ini adalah ia didatangkan dengan beberapa ciri yang agak unik.
Subaru XV Edisi GT ini hadir dengan pakej luaran yang meliputi empat elemen integrasi iaitu penambahan lapisan bawahan bampar hadapan dan belakang, 'skirts' sisi dan 'spoiler' bumbung untuk tampil dengan gaya yang lebih ranggi dan sporty.

Kit badan yang digunakan pula mempunyai jalur warna perak padanya bagi memudahkan untuk membezakan edisi GT ini.
Selain itu, ia juga dipadankan dengan rim aloi 17 inci dengan corak berbentuk kelopak bunga dan terdapat kemasan logo GT di tengah-tengah tayar Continental UltraContact bersaiz 225/60 R17.
Menjengah bahagian dalamannya, saya cukup tertarik dengan kemasan warna hitam dalam ruangan kabinnya.
Apa tidaknya, ambien kontra pada sulaman benang oren sekitar stereng, kerusi, konsol tengah, tombol gear, papan pemuka dan panel pintu menyerlahkan lagi ruang dalamannya.
Saya juga sempat menyentuh bahagian kerusinya, saya yakin balutan kulitnya yang lembut pada kerusi pasti dapat memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpangnya.
Malah, ia juga hadir dengan sistem audionya yang bersaiz lapan inci dan mampu menyokong sambungan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto.
Selepas membelek-belek kedua-dua varian ini, mata saya melirik ke arah beberapa helai baju yang digantung pada rak di bilik pameran itu.


Ketika ditanya mengenai perkara itu kepada pegawai perhubungan awamnya, ia rupa-rupanya salah satu produk cenderahati Subaru.
Selain baju, bilik pameran itu turut menjual cermin mata, beg, koleksi kereta perhiasan pada harga yang berpatutan.
Apa yang cukup menarik perhatian saya ialah bilik realiti maya dan teknologi augmented reality (AR).


Di sini pelanggan boleh melihat model Subaru secara 360-darjah, termasuk ‘boleh memasuki’ kenderaan berkenaan dengan menggunakan VR headset.
Ini bermakna pelanggan boleh menikmati pengalaman untuk memandu model berkenaan secara maya, sekiranya ia tidak dipamerkan di bilik pameran tersebut.
Selain itu, bilik pameran itu juga menempatkan beberapa model Subaru dan terdapat tempat khas yang dikenali sebagai Subaru Loves Children & Babies Forest. Ia disediakan khas untuk pelanggan yang memiliki anak kecil.


Malah, terdapat ruang istirehat untuk para pelanggan sementara menunggu kereta diselenggara.
Pendek kata, bilik pameran Subaru yang telah dinaik taraf sekitar dua tahun lalu ini menawarkan keselesaan dan pengalaman yang cukup untuk pelanggannnya.
Sehubungan itu, bagi yang berhasrat untuk mengunjungi bilik pameran Subaru, pastikan anda lengkap dua dos suntikan vaksin.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Subaru.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7298
SELANGOR
BSQ8606
JOHOR
JYY8209
PULAU PINANG
PSD1520
PERAK
APJ2690
PAHANG
CFG7951
KEDAH
KGG5423
NEGERI SEMBILAN
NEK6708
KOTA KINABALU
SJS4392
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
