ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lexus ES 250 Tahun 2021 Tampil Lebih Canggih & Hadir Dengan Versi Lebih Sporty

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Model sedan mewah keluaran Lexus, Lexus ES 250 kini tampil dengan beberapa penambahbaikan untuk model keluaran 2021.

 

Untuk keluaran terbaharu ini, model telah dinaiktaraf dari segi rekaan, keselesaan dan juga tahap keselamatannya, di samping pengenalan varian terbaharu, F SPORT. 


Presiden Lexus Malaysia, Ravindran Kurusamy berkata, "Sebagai salah sebuah sedan eksekutif yang paling berjaya, Lexus ES 250 disukai ramai kerana kesempurnaan dari segi kejuruteraan dan juga rekaannya yang dapat memuaskan mereka yang bercitarasa tinggi. Digabungkan dengan perincian yang begitu teliti serta usaha Lexus yang tak pernah henti untuk mencapai kecemerlangan, pembaikan untuk model yang terkini tetap mengekalkan identiti Lexus ES 250 sebagai sedan yang menjadi pilihan ramai."

 

Dari segi luarannya, Lexus ES 250 kini dikurangkan dengan ciri rekaan bentuk bar yang menegak dan juga corak L, namun gril spindle yang menyerlah pada kereta ini masih dikekalkan kerana ini merupakan ciri eksklusif penting atau signature jenama Lexus.


Walau bagaimanapun, bagi varian F SPORT terbaharu, tampil dengan corak L yang berkait antara satu sama lain dalam warna metalik gelap. 

 

Varian Lexus ES 250 Premium terdapat unit projektor bi-LED dengan rekaan bezel baharu. 


Sementara itu, lampu depan projektor LED 3 lampu suluh ultra kompak pada Lexus ES 250 Luxury dan F SPORT kini memiliki rekaan lampu DRL terbaharu yang unik. 


F SPORT pula turut tampil dengan rim aloi bersaiz 19 inci dalam warna Dark Premium Metallic. 

 

Lexus ES 250 Premium dan Luxury kekal dengan rim aloi bersaiz 18 inci, namun ES 250 Premium hadir dengan rekaan baru dalam warna Dark Grey Metallic.

 


Varian Lexus ES 250 Premium dan Luxury ditawarkan dalam lapan pilihan warna termasuklah dua warna baharu iaitu Sonic Iridium dan Sonic Chrome .

 

Pilihan warna sedia ada seperti model sebelum ini ialah Sonic Quartz, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake, Red Mica Crystal Shine, Ice Ecru Mica Metallic dan Deep Blue Mica.

 

Trim F SPORT tampil dalam warna Heat Blue Contrast Layering, White Nova Glass Flake atau Sonic Iridium, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake, Sonic Chrome dan Red Mica Crystal Shine.


Bergerak ke bahagian dalam, Lexus EX 250 Premium dan Luxury menggunakan warna kemasan yang elegan iaitu hitam dengan Walnut Black atau pun Walnut Brown dengan upholsteri Hazel.

 

Varian Luxury boleh ditempah dengan kemasan berwarna Walnut Black dan upholsteri Mauve iaitu warna coklat sederhana yang tampak moden.

 


F SPORT tampil dengan kemasan aluminium dan juga upholsteri sama ada dalam warna Flare Red atau Black.

 

Selain itu, Lexus ES generasi terbaharu ini turut memiliki banyak ciri menarik lain di samping ruang dan juga keselesaan yang lebih baik daripada dahulu, terutamanya untuk penumpang di tempat duduk belakang.


Bukan itu sahaja, rekaan pada bahagian kokpitnya juga telah ditambah baik dengan ciri yang lebih canggih melalui paparan multimedia terbaharu. 


Luxury dan F SPORT dilengkapi paparan skrin sentuh bersaiz 12.3 inci, varian Premium dengan skrin bersaiz 8 inci. 

 

Seperti sebelum ini, sistem multimedia turut lengkap dengan sistem navigasi (varian Luxury dan F SPORT).

 

Memandangkan banyak peranti kini menggunakan sambungan USB Type-C, Lexus ES 250 juga telah dikemaskini dengan ciri sambungan terbaharu ini untuk memudahkan pengguna.

 

Selain itu, model terbaharu ini turut dilengkapi penjana ion negatif Nanoe-X yang meningkatkan kualiti udara kabin kereta. Ciri ini didatangkan secara standard buat pertama kalinya pada model ini.


Menonjolkan lagi gaya rugged pada F Sport ialah jam analog pada papan pemuka kereta yang berbentuk L, manakala meter kereta pula terdapat cincin logam elektrik yang bergerak dengan efek 3D.  

 

Pakej F SPORT dilengkapkan lagi dengan stereng khas dalam balutan kulit serta footrest dan pedal aluminium.


"Lexus ES 250 menunjukkan kebolehan jurutera Lexus dalam menghasilkan kereta yang seimbang dan diperhalus sehingga menarik perhatian ramai.  Ia merupakan sebuah kereta yang dibangunkan dengan penuh kehalusan, membawa kemewahan permotoran kepada mereka yang menghargai kecemerlangan dalam aspek kejuruteraan sesebuah kenderaan..." komen Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia, Akio Takeyama.

 

Dari segi prestasi, kesemua tiga versi Lexus ES 250 dikuasakan oleh enjin petrol A25A-FKS DOHC 2.5L. 

 


Ia lengkap dengan penyuntik terus multi-hole, pam minyak continuously variable-capacity, sistem penyejukan boleh ubah, dan VVT-iE pada injap kemasukan.  

 

Kelengkapan ini membuktikan enjin 16 injap 4 silinder kereta telah dihasilkan dengan terperinci untuk memantapkan kuasa pecutan kereta di samping menjanjikan penggunaan enjin yang lebih efisien.

 

Enjin canggih yang digunakan ini dapat menjana kuasa setinggi 204 hp pada 6,600 rpm dan tork 247 Nm pada 5,000 rpm. Sistem transmisi yang digunakan ialah transmisi 8 kelajuan Direct Shift yang menyalurkan kuasa kepada tayar hadapan. 

 


 

Dari segi pecutan, Lexus ES 250 dapat mencapai kelajuan tertinggi 210 km/j selepas pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 9.1 saat.

 

Sistem Drive Mode Select membolehkan enjin untuk sama ada memberi keutamaan kepada mod Economy, Sport atau keseimbangan pada kedua-duanya sekali.


Selain itu, platform yang digunakan, Global Architecture-K (GA-K) turut menyumbang kepada kemantapan prestasi kerana membantu menstabilkan kereta supaya dapat dipandu dengan lurus, serta melakukan belokan dan pembrekan dengan lebih baik.

 

Varian Luxury dan F SPORT turut dilengkapi peredam prestasi yang dapat menyerap kompresi kerangka walau sekecil mana sekali pun. Ini membantu untuk menjadikan kereta lebih senyap.

 

Dari sudut keselamatan kereta, kesemua versi Lexus ES 250 tampil dengan Lexus Safety System+ (LSS+) sebagai ciri standard.

 

Sistem ini merangkumi kemudahan kawalan jelajah radar dinamik (DRCC) dengan fungsi Start & Go, bantuan kekal lorong, bantuan pengesanan laluan (LTA), amaran keluar lorong (LDA) dan sistem lampu suluh tinggi adaptif (AHS).

 


Sistem lain yang turut ditawarkan pada kesemua versi Lexus ES 250 ialah amaran lintasan trafik belakang (RCTA) dan juga brek sokongan parkir (PKSB).  

 

Bagi versi terbaharu ini, sistem pra-pelanggaran (PCS) telah ditambahbaik dengan pengesan penunggang basikal siang dengan radar gelombang milimeter dan juga kamera sensor monokular.

 

Turut ditambah baik ialah pengesan pejalan kaki ketika dalam beberapa situasi cahaya rendah. Tambah baik dilakukan dengan meningkatkan sensitiviti kamera dan juga jarak dinamik kamera.

 


Untuk harganya, Lexus ES 250 Premium bermula daripada  RM 295,663.50, manakala Lexus ES 250 Luxury pula daripada RM 329,910.50.

 

Bagi yang ingin tampil lebih rugged atau lasak, boleh memilih F SPORT yang bermula daripada harga  RM 345,134.00. Semua harga yang dinyatakan ialah harga atas jalan tanpa insurans, dan tanpa SST sehingga penghujung tahun ini.


Lexus ES 250 2021 kini sudah tersedia untuk tempahan di kesemua enam cawangan sah Lexus Malaysia di seluruh negara.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM7292

SELANGOR

BSG8294

JOHOR

JYE5934

PULAU PINANG

PRT1522

PERAK

ANY8048

PAHANG

CFD1142

KEDAH

KGB6714

NEGERI SEMBILAN

NEG6533

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8643L

Terakhir Kemas Kini 07 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.94

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.14

+0.03

Terakhir Kemas Kini 07 Aug, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

29-07-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Global

23-06-2025
Global

23-04-2025
Global

17-04-2025
EV

12-03-2025
Global

24-01-2025
Global

21-01-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.

06-08-2025
Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.