Hadir Dengan Dua Varian, Inspiring dan Impressive

Nampak gayanya, BMW Malaysia kini ligat memperkenalkan model-model kenderaan elektrik (EV) sejak kebelakangan ini. Apa tidaknya, terbaharu syarikat berkenaan mengumumkan ketibaan generasi BMW iX3 yang pertama di Malaysia.
Kenderaan Aktiviti Sports (SAV) bersaiz sederhana ini menawarkan dua varian eksklusif dan sudah boleh ditempah di pengedar sah BMW di seluruh negara.

Pengarah Urusan Kumpulan BMW Malaysia, Hand de Visser berkata, ketibaan BMWiX3 adalah sangat penting bersama dua varian berbeza ini.
“Ia menawarkan Kuasa Pilihan kepada pelanggan setia dan peminat kereta elektrik di Malaysia termasuk kuasa, prestasi dan ciri keselamatan. Setanding dengan bariasan kenderaan BMW yang akan datang, BMWiX3 dilihat bakal melahirkan generasi pemilik kenderaan elektrik di Malaysia,” katanya.

Ia hadir dalam varian Inspiring dan Impressive. Kedua-dua varian ini dilengkapi dengan pakej M Sport sebagai standard selain menawarkan bahasa reka bentuk luaran yang serba ekspresif dan lebih dinamik.
Bagi varian Inspiring, ia didatangkan dengan rim aerodinamik bersaiz 19 inci (842 Bicolour) manakala, Impressive pula hadir dengan rim 20 inci.

Seterusnya adalah peralatan pencahayaannya, bagi Inspiring ia menerima lampu hadapan adaptif jenis LED manakala Impressive pula, ia digandingkan dengan lampu hadapan laser.
Menyentuh mengenai aspek keselamatannya pula, Inspiring hanya menerima Bantuan Parkir dengan Bantuan Undur dan Kawalan Jarak Parkir Aktif (PDC) dan kamera pandang belakang.

Sementara itu, Impressive pula didatangkan dengan ciri keselamatan seperti Bantuan Parkir Tambahan, PDC dan kamera pandangan sekeliling.
Menyentuh mengenai prestasinya, kedua-dua varian ini dengan motor elektrik iaitu bateri ion litium 80 kWj, sekali gus menawarkan jarak operasi sejauh 461 kilometer (WLTP).

Dari segi pengecasannya pula, kedua-duanya disokong pengecasan DC dengan kadar setinggi 150 kW termasuk pengecasan sehingga 80 peratus hanya dalam tempoh 32 minit.
Dengan adanya pengecasan AC, ia dapat meningkatkan kadar pengecasan setinggi 11kW dan disokong oleh sambungan Type 2 untuk pengecasan sehingga 100 peratus dalam tempoh tujuh jam setengah.
![]()
Akhir sekali ialah mengenai harga kedua-dua jentera mewah ini. Varian Inspiring ditawarkan pada harga RM335,800, manakala Impressive RM354,800.
Setiap pembelian didatangkan dengan tawaran servis dan pembaikan termasuk lanjutan waranti lima tahun, pakej servis enam tahun dan Pakej Power pula ditawarkan dengan BMW i Wallbox dan kabel pengecas.

Bukan itu sahaja, pemilik BMW iX3 juga akan menerima tawaran waranti bateri selama lapan tahun/160,000 kilometer.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6079
SELANGOR
BSU9023
JOHOR
JH1295J
PULAU PINANG
PSH2802
PERAK
APM7831
PAHANG
CFJ3602
KEDAH
KGJ7418
NEGERI SEMBILAN
NEM5341
KOTA KINABALU
SJV856
KUCHING
QAB9604P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiada Lagi Mercedes-Benz Dengan Gear Manual Mulai 2023
Mercedes-Benz dilaporkan akan menamatkan penghasilan kereta yang menggunakan transmisi manual.
01-06-2022
Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.
17-05-2022
BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas
BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.
28-03-2022
BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...
Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.
25-03-2022
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge