Trak Pikap Ke-2 Terlaris Di China, JMC Virgus Pro Dilancarkan Di Malaysia!
Angka-Tan Motor Sdn Bhd, anak syarikat Warisan TC Holdings Bhd telah melancarkan trak pikap baharu, JMC Vigus Pro yang ditawarkan pada harga RM98,888 di atas jalan, tidak termasuk insurans.
"Kami di Angka-Tan Motor sangat gembira untuk menyambut kedatangan jenama baharu dan sebuah model serba baharu. JMC Vigus Pro ialah sebuah trak pikap yang bergaya dan versatil, dibangunkan melalui kejuruteraan bertaraf premium. Sama ada digunakan untuk tujuan kerja atau keseronokan, Virgus Pro bersedia untuk memenuhi kehendak pengguna trak pikap di Malaysia selepas berjaya membuktikannya sebagai trak pikap yang kedua terlaris dalam pasaran negara China," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd dan Pengarah Eksekutif Angka-Tan Motor, Tan Keng Meng dalam sebuah acara pelancaran maya.


Virgus Pro dikuasakan oleh enjin diesel Puma berpengecas turbo 2.0L yang mampu mencapai kuasa 139 hp dan tork 340 Nm pada 1,500 rpm ke 2,600 rpm. Ia digabungkan dengan transmisi automatik ZF 8 kelajuan.


Trak ini dilengkapi dengan lampu depan yang kecil bersama lampu DRL berbentuk C, pelindung bampar rendah, lampu belakang 3D, lampu brek ketiga yang dipasang tinggi, tempat pemijak sisi, cermin tepi lipatan automatik dengan indikator LED, rim dua tona bersaiz 16 inci, stereng pelbagai fungsi yang berbalut kulit yang lengkap dengan pedal penukar gear, gearshift selector elektronik, skrin sentuh berwarna 8 inci dan banyak lagi.






Dari segi keselamatan, Virgus Pro dilengkapi dua beg udara, pengunci diferensial limited-slip Eaton, kawalan turun bukit, bantuan mula-daki, sistem brek anti-kunci dengan agihan daya brek elektronik, program kestabilan elektronik dengan kawalan cekaman, kamera undur dan poin pemasangan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.
Terdapat empat pilihan warna - Steady Brown, Solid White, Brilliant Silver dan Glossy Black. JMC Vigus Pro hadir dengan perlindungan selama tiga tahun atau 100,000 km, mana-mana yang sampai terlebih dahulu.







Buat masa ini, Mayflower Car Rental Sdn Bhd merupakan pelanggan pertama syarikat dengan tempahan sebanyak 30 unit Virgus Pro.
"18 bulan sebelum ini merupakan tempoh yang mencabar untuk semua, kami gembira dengan kerjasama dan juga sokongan yang diberikan oleh Jiangling Motors Company (JMC) dan Tan Chong Group bagi menjadikan ini satu realiti. Selain itu, kami ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Mayflower Car Rental Sdn Bhd kerana menjadi pelanggan pertama kami. Kepercayaan dan keyakinan mereka merupakan bukti yang kukuh kepada Vigus Pro dan Angka-Tan Motor," kata Tan.

JMC Virgus Pro dipasangkan dalam negara di kilang Tan Chong Motor yang bertempat di Serendah, Selangor. Trak ini sudah boleh mula dilihat atau dipandu uji di kesemua 13 lokasi pengedar Angka-Tan Motor seluruh negara.

Penghantaran kepada pembeli dijangka akan dimulakan pada penghujung Oktober 2021.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQX5725
SELANGOR
BSP9552
JOHOR
JYW5143
PULAU PINANG
PSC2260
PERAK
APH4067
PAHANG
CFG4807
KEDAH
KGF8452
NEGERI SEMBILAN
NEK3843
KOTA KINABALU
SJR8723
KUCHING
QAB7479N
Terakhir Kemas Kini 16 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
ATM dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan Vigus PRO 4X4.
05-10-2021
Selain Trak Foton, JMC Vigus PRO Turut Dilancar
Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton, Foton Auman dan JMC melancarkan tiga trak baharu untuk kegunaan pelbagai sektor komersial
10-05-2024
TC Trucks Buka Bilik Pameran Baharu Di Johor Bahru
TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS) melancarkan bilik pameran yang berkonsepkan terkini dan moden di Bukit Indah, Johor Bahru baru-baru ini.
23-03-2022
Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
ATM dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan Vigus PRO 4X4.
05-10-2021
Berita Terkini
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
