UMW Toyota Motor Capai Jumlah Jualan Membanggakan!
Sektor automotif nampaknya sudah mula rancak dan menunjukkan perkembangan yang positif sejak operasi perniagaan mula dibenarkan.
Bagi UMW Toyota Motor (UMWT), syarikat ini baru sahaja mula beroperasi sepenuhnya pada bulan September namun telah pun menunjukkan peningkatan prestasi yang membanggakan dari segi jumlah kenderaan yang dihasilkan, dijual dan dihantar kepada pelanggan.
Syarikat berjaya mencapai angka jualan sebanyak 8,033 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 5,509 unit berbanding bulan Ogos.
![]()
Jumlah jualan ini adalah membabitkan sebanyak 7,931 unit Toyota dan 102 unit Lexus. Jumlah yang dicapai ini juga adalah 43 peratus lebih tinggi daripada bulan yang sama pada tahun 2020 yang mencatatkan angka jualan sebanyak 5,605 unit.
Secara keseluruhannya, sehingga September, jumlah jualan tahunan yang berjaya dicapai Toyota dan Lexus di Malaysia sudah mencecah 43,594 unit.
Jika dibandingkan dengan jumlah jualan dalam sembilan bulan pertama pada tahun 2020, angka keseluruhannya adalah lebih rendah iaitu 25,978 unit disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kami sememangnya gembira melihat pergerakan pasaran yang menuju ke arah normal memandangkan beberapa bulan ini cukup mencabar bagi kami. Bilik pameran telah dibuka dan menerima ramai pelanggan setiap hari, tempahan untuk model terbaharu juga semakin bertambah. Hasilnya, jumlah jualan untuk bulan September bagi Toyota dan Lexus menunjukkan pencapaian luar biasa sehingga 223 peratus lebih tinggi daripada bulan Ogos," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K.
Selain itu, UMWT juga sedang bersedia untuk melangkah masuk ke dunia masa depan apabila Hybrid Electric Technology diperkenalkan bersama model kereta CKD Toyota.
Menurut Toyota, model baharu ini akan menggunakan trenkuasa yang lebih efisien dengan kadar emisi yang lebih rendah dan enjin yang lebih senyap.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, "Toyota Hybrid Electric Vehicles (HEV) pada hari ini berada pada tahap yang tercanggih dan merupakan penyelesaian terkini yang menjimatkan bagi pengeluaran dan jualan dalam pasaran besar-besaran dari segi pengurangan kadar emisi CO2, praktikaliti penggunaan dan juga penerimaan harga. Kami sangat positif bahawa HEV ialah pilihan yang paling mudah untuk diakses dan paling realistik untuk pengguna Malaysia dari segi praktikaliti dan infrastruktur."
Dalam perkembangan lain, UMWT meraikan kedatangan semua pengunjung ke bilik pameran Toyota di seluruh negara dengan promosi 'Visit & Win' yang mana sejumlah hadiah bernilai RM 30,000 menanti untuk dimenangi.
Selain itu, sesiapa yang merancang untuk membeli kenderaan Toyota baharu boleh menikmati bayaran ansuran yang rendah melalui Toyota EZ Beli.

Khas untuk pekerja kerajaan, UMWT telah berkolaborasi dengan Toyota Capital Malaysia bagi menjayakan program Jom Drive yang menawarkan manfaat istimewa dan juga beberapa pilihan pelan kewangan.
Ravindran menyimpulkan, "Pelanggan kami yang telah menyokong jenama lebih daripada lima dekad juga tidak akan dilupakan. Kini kami menyediakan program Toyota Loyal-T dengan servis yang lebih hebat dan tawaran yang lebih besar. Program ini menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memudahkan pengguna berkomunikasi dengan UMWT."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB2365
SELANGOR
BSQ5174
JOHOR
JYX7367
PULAU PINANG
PSC6905
PERAK
APH8742
PAHANG
CFG6719
KEDAH
KGG3342
NEGERI SEMBILAN
NEK5530
KOTA KINABALU
SJS1912
KUCHING
QAB9317N
Terakhir Kemas Kini 06 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit
Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.
03-02-2026
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.
23-01-2026
Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia
Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.
22-01-2026
Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut
Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.
21-01-2026
Berita Terkini
KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini
Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!
03-06-2026
XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000
XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.
03-06-2026
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok
Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.
03-06-2026
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan
Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...
03-06-2026
JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan
Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.
03-06-2026
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM
Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.
03-06-2026
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem
Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.
01-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat