Jom Tengok Apa Yang Ada Dengan Jentera ini!
-full.jpg)
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd melancarkan Sedan Kelas-A dengan menawarkan dua varian: Mercedes-Benz A 200 Progressive Line dan Mercedes-Benz A250 AMG Line.
Harga jualan bermula dari RM219,888 untuk A 200 Progressive Line, hingga RM249,857.88 untuk varian A 250 AMG Line.
-full.jpg)
Ia ditawarkan dalam lima pilihan warna Polar White, Cosmos Black, Mountain Grey, Iridium Silver dan Denim Blue, di mana untuk A 200 Progressive Line didatangkan dengan trim ala gentian karbon, sementara A 250 AMG Line pula hadir dengan kemasan trim aluminium linear-grain
Menyentuh mengenai enjin pula, A 200 Progressive Line dijana dengan enjin 1.3 liter sekali gus menghasilkan 163 kuasa kuda manakala, A 250 AMG Line pula hadir dengan enjin 2.0 liter. Ia pula mampu menghamburkan kuasa 224.
Ia yang hadir dengan reka bentuk yang cukup hebat selain digandingkan dengan enjin berkuasa tinggi membuatkan Mercedes-Benz Kelas-A ini tampak lebih bergaya.
-full.jpg)
Jentera ini hadir dengan rim aloi AMG bersaiz 18 inci, lampu hadapan berprestasi tinggi.
Model berkenaan juga dikatakan telah meningkatkan ciri-cirinya terutamanya panel ambang pintu iluminasi dengan perkataan Mercedes-Benz dan A250 pula dilengkapi dengan lampu ambien.
Menjengah bahagian dalamannya, model ini menggunakan fungsi elektrik dan memori untuk bahagian kerusi.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Kemasan kerusi hadapan dilihat memiliki suasana yang agak mewah dengan stereng sporti yang dibalut dengan material kulit.
Bagi sistem multimedia pula, ia dipasang dengan unit MBUX yang merangkumi skrin paparan 10.25 inci dengan sokongan fungsi tambahan MBUX, serta sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.
Kedua-dua varian ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan yang agak canggih seperti PRE-SAFE untuk penumpang hadapan, sistem pemantauan tekanan tayar, sistem penggera anti-pencuri, bantuan brek aktif, bantuan titik buta, amran keluar lorong, bantuan parkir dan kamera undur.
Malah, terdapat paparan status untuk tali pinggang keledar belakang di b kluster instrumen termasuk kawalan pelayaran dengan Pengehad Kelajuan SPEEDTRONIC.
Lebih menarik, waranti perbatuan tanpa had diberikana selama empat tahun untuk setiap kereta Sedan Kelas- A Mercedes-Benz.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dilancar: Mercedes AMG GT 63 4Matic+Coupe, Harga Berjuta, 585 Hp
MBM akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-AMG GT Coupe generasi kedua ke pasaran tempatan., sebentar tadi.
05-06-2025
Mercedes-AMG SL 63 4Matic+ Kini Di Pasaran Malaysia – Enjin V8 Cecah 585 HP, Dari RM1.9 Juta
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan Mercedes-AMG SL 63 4Matic+. Roadster ikonik ini kini boleh dibeli pada harga yang bermula dari RM1.9 juta.
06-11-2024
AMG C43 4Matic, Masih Belum Ada Harga Tapi Katanya "Murah"
Model- C Class W206 ditayangkan kepada media baru-baru ini.
05-04-2024
180 Pemilik Mercedes-AMG Berhimpun
Perhimpunan terbesar Mercedes-AMG diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.
01-07-2022
Harga AMG GT, AS$25,000 (RM 109,940)
AMG GT 63 SE Performance Edisi F1 menyertai barisan AMG sempena memperingati ulang tahun Mercedes-55th AMG .
26-05-2022
Imej Risikan SUV Mercedes-AMG EQE, Beberapa Ciri Kereta Terbongkar
Beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah model Mercedes yang dipercayai ialah SUV Mercedes-AMG EQE terdedah.
14-04-2022
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
