Isuzu Perkenalkan D-Max Auto Plus 4x2 1.9L, Lebih Bergaya & Canggih!
Isuzu perkenalkan D-Max generasi ke-3 yang tampil lebih berani, bergaya dan canggih.
Versi yang ditawarkan ialah varian dengan trenkuasa 4x2 dengan nama Isuzu D-Max Auto Plus 4x2 1.9L.
Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo memaklumkan, "Dalam saat-saat yang mencabar sekarang, Isuzu D-Max Auto Plus 4x2 1.9L memberikan kelegaan dalam harga mampu milik dalam pakej yang bergaya. Varian D-Max yang diperkenalkan pada hari ini akan menjadi satu-satunya model 4x2 dalam kelasnya yang didatangkan dengan transmisi automatik."

Pertama sekali, varian 4x2 ialah varian ideal yang menawarkan ketahanan olengan lebih rendah, kurang menggunakan peralatan yang perlu diselenggara dan lebih ringan.
Berat D-Max Auto Plus 4x2 1.9L ialah 1,830 kg, kurang 85 kg daripada berat trak 4x4 yang lain.
Dari segi prestasi, D-Max Auto Plus 4x2 1.9L menggunakan enjin RZ4E-TC 1.9L yang terkini.
Enjin ini boleh memberikan kuasa kuda mencapai 148 hp atau 150 PS pada 3,600 rpm dan tork 350 Nm pada 1,800 ke 2,600 rpm.
![]()
Enjin ini menerima pujian di peringkat global dari segi prestasinya yang menakjubkan walaupun kuasanya hanyalah disalurkan kepada roda belakang melalui kotak gear transmisi 6 kelajuan.
Selain itu, nisbah tune-up trak ini adalah sama dengan varian 4x4 dan telah dipadankan dengan penuh teliti supaya dapat memanfaatkan ciri prestasi enjin yang dinamik.
Menggunakan platform Isuzu Dynamic Drive, D-Maxx Auto Plus menawarkan kestabilan dan juga kekukuhan yang menakjubkan tanpa mengira berat beban yang dibawa.

Dari segi keselamatan, D-Max Auto Plus dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Mula-Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Sistem Override Brek (BOS).
Dari segi luaran, Isuzu D-Max Auto Plus 4x2 1.9L tampil gagah dengan rekaan yang dinamik.
Bahagian depannya terdapat gril berwarna kelabu pusam, lampu depan projektor bi-LED dengan lampu DRL LED, dan juga lampu kabus sisipan yang disatukan pada bahagian bampar.
Trak ini menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci dengan tayar 255/65 R17 HT.
Trak ini turut dilengkapi dengan kamera undur yang dipasangkan pada pemegang tailgate trak dan juga empat sensor undur pada bampar belakang.
Ciri ini didatangkan dengan amaran yang berbunyi kepada pemandu. Dalam masa yang sama, panel instrumen memaparkan grafik 4 zon yang memberi maklumat kepada pemandu berkenaan lokasi dan jarak antara kereta dengan halangan untuk memudahkan pergerakan dalam tempat yang sempit.
D-Max Auto Plus ditawarkan dalam lima warna badan berbeza iaitu Splash White Solid, Mercury Silver Metallic, Onyx Black Mica, Sapphire Blue Mica dan Valencia Orange Metallic.
Bergerak ke bahagian dalam, D-Max Auto Plus 4x2 1.9L menggunakan kerusi fabrik yang tahan lasak dan mudah dibersihkan.

Bentuk kerusinya juga direka dengan teliti untuk memberikan keselesaan dan juga sokongan yang diperlukan. Sementara itu, tempat duduk pemandu boleh dilaraskan secara menual dalam 6 arah berbeza.
Tidak cukup dengan itu, kesemua kerusi D-Max direka supaya dapat melindungi penumpang daripada kesan kecederaan kepala dan piat (whiplash) sekiranya berlaku kemalangan. Tempat duduk belakang pula lengkap dengan sistem ISOFIX untuk pemasangan kerusi kanak-kanak.
Pada stereng terdapat butang-butang yang memudahkan pemandu untuk mengawal fungsi-fungsi seperti audio, panggilan telefon dan juga paparan MID.
Berkenaan panel instrumennya, trak menggunakan paparan e-LUMAX yang mudah untuk dibaca dalam apa sahaja kondisi pencahayaan. Paparan ini juga lengkap dengan informasi yang komprehensif.
Pada konsol tengah terdapat sistem multimedia bersaiz 7 inci untuk hiburan yang dilengkapkan dengan 6 buah speaker.
Sistem infotainmen ini juga tampil dengan ciri sambungan lain seperti USB, Bluetooth, WiFi, MirrorLink, Miracast, Android Auto dan juga Apple CarPlay.
Di samping itu, untuk kemudahan pengecasan, terdapat soket kuasa 12V 120W di bahagian depan dan juga port USB untuk penumpang depan dan belakang.
USB port di bahagian belakang terletak di atas corong pendingin hawa.
Harganya hanyalah RM 100,999.20 (atas jalan, tanpa insurans) cukup berbaloi untuk sebuah trak yang dengan kualiti binaan, ciri keselamatan dan tahap keselesaan yang tinggi.
Isuzu D-Max Auto Plus 4X2 1.9L kini boleh ditempah, dan penghantaran akan dimulakan pada awal bulan November 2021.
Untuk mendapatkan lebih informasi berkenaan model ini dan juga varian Isuzu D-Max yang lain, boleh layari pickuptruck.isuzu.net.my.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5259
SELANGOR
BSN7647
JOHOR
JYU1425
PULAU PINANG
PSB1341
PERAK
APG3907
PAHANG
CFG592
KEDAH
KGF706
NEGERI SEMBILAN
NEJ9259
KOTA KINABALU
SJR1926
KUCHING
QAB4975N
Terakhir Kemas Kini 05 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden
Isuzu Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 4S serba baharu di Balakong. Cawangan terbaru ini menjadi pusat jualan, servis, alat ganti serta baik pulih badan dan cat dikendalikan oleh SV Prestige Auto.
24-11-2025
Isuzu Buka Cawangan Di Kuantan, Pahang
Isuzu Malaysia meraikan pembukaan cawangan baharunya di Kuantan, Pahang, sebentar tadi.
29-08-2025
Isuzu Malaysia Tawar Isuzu Insurance Pro – Insurans Komprehensif, Kelulusan Pantas
Isuzu Malaysia memperkenalkan program insurans baharu khas untuk para pelanggan, Isuzu Insurance Pro.
06-08-2024
Toyota, Honda, Isuzu & Mitsubishi Bakal Tubuh Kilang Di Thailand – Labur RM20.4 Bilion
Empat syarikat automotif Jepun dilaporkan akan membuat pelaburan kira-kira 150 bilion baht untuk pengeluaran EV di Thailand.
26-12-2023
Isuzu D-Max 2023 Dilancarkan – Lebih Ranggi & Moden, Harga Dari RM94K
Isuzu Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi trak pikap Isuzu D-Max 2023.
16-02-2023
Pembukaan Pusat 3S Isuzu Dengan Identiti Terbaharu Yang Pertama, Lebih Menyerlah!
Isuzu Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat 3S terbaharu minggu ini.
02-11-2022
Yang, Saya Tak Tinggalkan Awak!
Kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan semalam membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.
16-10-2022
Berita Terkini
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat