- Berita
- Berita Auto
- Toyota, Honda, Isuzu & Mitsubishi Bakal Tubuh Kilang Di Thailand – Labur RM20.4 Bilion
Toyota, Honda, Isuzu & Mitsubishi Bakal Tubuh Kilang Di Thailand – Labur RM20.4 Bilion

Salah satu syarikat EV dari negara China, Changan Auto, telah memilih untuk mendirikan kilang di Thailand. Kali ini Thailand menjadi tumpuan syarikat automotif Jepun.
Empat syarikat automotif Jepun dilaporkan akan membuat pelaburan kira-kira 150 bilion baht (~RM20.4 bilion) untuk pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di negara Thailand. Berita ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Thailand dalam arena automotif global, tetapi juga membuktikan kejayaan polisi kerajaan tersebut untuk menarik pelaburan asing.
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin menegaskan komitmen kerajaan untuk menyokong sektor automotif Thai-Jepun. Objektifnya adalah untuk memudahkan peralihan daripada kereta petrol kepada kenderaan elektrik yang lebih mesra alam.
Jurucakap kerajaan, Chai Watcharong, berkata, kerjasama ini bertujuan untuk merangsang peningkatan pelaburan di Thailand dan menjadikan negara ini sebagai hab utama untuk pengeluaran kenderaan elektrik di rantau ASEAN.

Semasa mesyuarat ASEAN-Jepun yang berlangsung dari 14 hingga 18 Disember, Perdana Menteri terlibat dalam perbincangan penting dengan tujuh syarikat automotif utama Jepun. Hasil perbincangan ini, Lembaga Pelaburan Thailand (BOI) mengumumkan rancangan pelaburan yang besar dalam tempoh lima tahun akan datang di mana ketujuh-tujuh syarikat automotif tersebut telah mengesahkan hasrat mereka untuk menjadikan Thailand sebagai pusat pengeluaran utama di rantau ini.

Kilang pemasangan kenderaan (Gambar hiasan)
Empat raksasa automotif yang dijangka akan membuat pelaburan besar untuk pengeluaran EV di negara tersebut ialah Toyota, Honda, Isuzu dan Mitsubishi. Toyota melaburkan sebanyak 50 bilion baht (~RM6 bilion), Honda sebanyak 50 bilion baht (~RM6 bilion), Isuzu sebanyak 30 bilion baht (~RM3 bilion) dan Mitsubishi sebanyak 20 bilion baht (~RM2.6 bilion). Beberapa syarikat ini malah merancang untuk memulakan pengeluaran trak pikap elektrik dalam tempoh 2-3 tahun akan datang.
Kerjasama ini tidak terhenti pada rancangan pengeluaran, kerana syarikat-syarikat ini turut merancang untuk mewujudkan model pertukaran bateri (battery-swapping) bagi kenderaan komersial. Selain itu, Thailand juga sedang aktif untuk menjadikan persekitaran pelaburannya lebih kondusif dengan menawarkan pengecualian visa jangka pendek untuk pelabur Jepun yang melawat Thailand bagi tujuan perniagaan.

Srettha menjelaskan bahawa negaranya bersedia untuk menyokong dan berkerjasama dengan pengeluar kereta Jepun yang mencari peluang untuk berkembang lebih jauh, sekaligus merangsang peluang ekonomi untuk kedua-dua negara dalam industri kenderaan elektrik yang kini sedang berkembang pesat.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

