Kia Niro EV Dan Hibrid Dilancarkan: Gerak Sejauh 384 KM Sekali Cas?
Ogos merupakan bulan yang agak sibuk bagi Kia selepas mengumumkan secara rasmi kehadiran tiga buah model terbaharu dalam portfolio mereka: Niro EV 2022, Plug-In Hybrid dan Sorento. Setiap model yang dikeluarkan telah dihasilkan khas untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna yang berbeza-beza.
Niro EV 2022

Niro EV 2022 mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 384 km dengan hanya sekali cas mengikut data EPA. Dua varian diperkenalkan, varian EX dan EX Premium.
Model terbaharu ini dipasangkan dengan logo Kia yang terbaharu pada gril hadapan, pintu belakang, hab stereng dan juga pada rim. Bergerak ke bahagian dalam kereta, kabin dilengkapi dengan paparan skrin sentuh bersaiz 10.25 inci sebagai ciri standard, dengan fungsi seperti navigasi, UVO link, radio satelit Sirius XM dan sistem audio Harman Kardon.
Kereta ini dikuasakan oleh bateri 64 kWj dan juga motor elektrik 201 hp dengan MPGe 105. Dari segi keselamatan, model terbaharu daripada Kia ini dilengkapi DriveWise - merangkumi kawalan jelajah pintar dengan fungsi Stop and Go, kawalan jelajah pintar berasaskan navigasi, bantuan pengelakan pelanggaran hadapan, bantuan pemanduan lebuh raya dan sebagainya.
Niro EV 2022 ditawarkan pada harga yang bermula daripada $39,990 (RM167,558) untuk EX dan $44,650 (RM187,083) untuk EX Premium.
Niro Plug-In Hybrid 2022

Sementara itu, versi PHEV juga didatangkan bersama-sama untuk Niro model tahun 2022 ini. Versi hibrid ditawarkan dalam tiga varian: LXS, EX dan EX Premium.
Niro PHEV mengekalkan jarak perjalanan sejauh 41 km (mengikut data EPA) dengan hanya sekali cas. Dari segi ekonomi bahan api (MPG), ketiga-tiga varian mencatatkan kapasiti gabungan 46.
Hibrid kereta ini dikuasakan oleh enjin GDI 1.6L dengan motor elektrik bersama-sama bateri polimer lithium-ion 8.9 kWj. Ini membenarkan kenderaan untuk menghasilkan kuasa mencecah 139 hp dan tork 264 Nm, dengan gabungan prestasi sistem hibrid.
Kalau diikutkan, tidak begitu banyak bezanya dengan model EV kerana versi hibrid turut menggunakan logo baharu yang sama, termasuklah ciri keselamatan yang sama.
Harga untuk Niro Hybrid bermula daripada $29,590 (RM123,982) untuk LXS, $33,390 (RM139,904) untuk EX dan $36,490 (RM152,893) untuk EX Premium. Namun begitu, buat masa ini kedua-dua model hanya ditawarkan di Amerika Syarikat.
Selain itu, Kia turut mengumumkan kehadiran Sorento 2022, salah satu model terlaris syarikat. Untuk model Sorento yang terbaharu ini, versi PHEV diperkenalkan bersama-sama dengan model Hybrid pacuan semua roda. Pakej X-Line datang dalam dua varian iaitu EX dan S disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk versi kereta yang nampak lebih rugged. Harga bermula daripada RM $29,490 (RM123,563) ke $38,290 (RM160,435) bergantung kepada varian, manakal harga untuk PHEV pula akan diumumkan tidak lama lagi.


Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
