ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Audi R8 V10 Performance RWD: Syok Dipandu Dengan Prestasi Yang Mantap!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Audi baru-baru ini telah memperkenalkan model prestasi berpacuan roda belakang (RWD) Audi R8 V10.

 

Ditawarkan dalam dua versi, Coupé dan Spyder, R8 V10 Performance RWD ialah siri keluaran  sporty dengan pacuan roda belakang yang canggih daripada Audi.



Pengarah pengurusan Audi Sport GmbH, Sebastian Grams berkata, "Audi R8 V10 RWD betul-betul menarik perhatian pelanggan sejak awal lagi dengan kereta berpacuan roda belakangnya yang diambil daripada kereta lumba R8 LMS. Kini hadir dengan tambahan kuasa sebanyak 29 hp dan tork 10 Nm, membawakan pengalaman pemanduan ke tahap baharu."

 

Versi asas kedua-dua model, R8 V10 Quattro dan  R8 V10 RWD sebagai Coupé dan Spyder akan digantikan dengan model prestasi baharu.



Dari segi prestasi, R8 dikuasakan oleh enjin V10 5.2 liter aspirasi natural motor FSI yang menghasilkan bunyi yang hebat dengan tindak balas sepantas kilat.

 

Dalam R8 V10 Performance RWD, output kereta mencapai 419 kW (570 PS/562 hp) dengan tork 550 Nm yang disalurkan kepada roda belakang menggunakan transmisi S-Tronic 7 kelajuan.



Bagi versi Coupé, sistem ini membolehkan kereta memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 3.7 saat dan mencecah kelajuan tertinggi pada 329 km/j.

 

Sementara itu, Spyder pula boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat dan mencapai kelajuan tertinggi pada 327 km/j.



Badan bagi kesemua R8 dibina dengan aluminium dalam bingkai Audi Space Frame (ASF), bahagian-bahagian yang bersaiz besar diperbuat daripada plastik yang diperkukuh dengan gentian karbon (CFRP).



Material yang digunakan ini menjadikan kereta lebih ringan, dengan berat hanya 1,590 kg untuk R8 V10 performance RWD Coupé dan 1,695 kg untuk Spyder.

 

Selain itu, suspensi dan dinamik pemanduan bagi kereta ini juga diseimbangkan untuk meningkatkan keseronokan memandu.



Stereng kuasa elektro mekanikal kereta ini mampu memberikan reaksi yang baik sehingga memberikan pengalaman pengendalian yang sempurna.

 



Kualiti pengendalian hebat ini dapat dirasakan semasa melalui jalan yang berbengkang-bengkok atau di selekoh.



Suspensi sport RWD telah diadaptasi supaya sesuai dengan ciri kereta yang menggunakan sistem pacuan roda belakang dengan setup double-wishbone dan kunci diferensial pasif.

 

Setup pemanduan disempurnakan dengan roda bersaiz 19 inci yang ekstra ringan dan juga roda acuan aluminium bersaiz 20 inci yang dapat membantu memberikan kualiti pengendalian yang sempurna dan tepat semasa melakukan pusingan dengan laju.



Untuk kuasa cengkaman dan dinamik yang lebih tinggi, pelanggan boleh memilih roda 245/30 R20 untuk bahagian depan dan 305/30 R20 di belakang.

 

Sebagai sebuah kereta sport yang berkuasa tinggi, sudah semestinya kepentingan turut diletakkan pada kuasa brek.  Kereta ini dihadirkan dengan sistem brek keluli berprestasi tinggi 18 inci berbentuk ombak dan juga sistem brek seramik berprestasi tinggi 19 inci.



Dari segi estetikanya, kereta ini tampil dengan gaya sporty diinspirasikan daripada model GT4.

 

Elemen rekaan sporty yang boleh dilihat pada kereta ialah penggunaan gril radiator satu bingkai berwarna hitam pusam, lambang R8 yang diapit oleh liang kemasukan udara besar, grid udara belakang dan ekzos berbentuk bujur.



Rekaan bahagian depan kereta sebenarnya dapat mengingatkan kita kepada kereta Audi Sport Quattro.

 

Untuk warnanya, R8 ditawarkan dalam 10 pilihan warna.  Salah satunya ialah warna Ascari Blue Metallic yang sebelum ini hanya digunakan pada R8 V10 Performance Quattro.



Bergerak ke bahagian dalam kereta, R8 Performance tampil dengan balutan kulit Alcantara berwarna hitam dengan jahitan berwarna kontra, Mercato Blue.

 



Elemen 'Monoposto' dapat dirasakan di bahagian tempat duduk pemandu yang mana reka letak sudut kokpitnya tidak ubah seperti sebuah kereta lumba. Di ruangan ini, tersedia sebuah skrin bersiaz 12.3 inci.

 



Stereng kereta ini dilengkapi dengan dua atau empat (bagi versi prestasi) satelit kawalan.

 

Fungsi yang boleh dikawal ialah untuk Audi drive select, menghidupkan enjin, mengaktifkan mod prestasi dan bunyi enjin, serta mengawal kokpit maya Audi.


Selain itu, pemandu dan penumpang boleh menikmati perjalanan yang selesa dalam kerusi bucket atau sport R8 yang berbalut kulit dan Alcantara.

 

R8 V10 Performancce RWD kini sudah boleh mula ditempah.  Dihasilkan dengan menggunakan tangan sepenuhnya di negara Jerman, harga untuk sebuah Coupé ialah EUR 149,000 (RM 715,524), manakala, Spyder, bermula daripada EUR 162,000 (RM 777,871).

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9360

SELANGOR

BSU2574

JOHOR

JF3349J

PULAU PINANG

PSG1785

PERAK

APL9507

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3648

NEGERI SEMBILAN

NEM2016

KOTA KINABALU

SJU4390

KUCHING

QAB7165P

Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

04-09-2025
Global

25-06-2024
Global

09-04-2024
EV

19-03-2024
Berita Auto

16-03-2024
Pandu Uji

06-03-2024
Global

06-02-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.