Perodua Myvi Yang Dinantikan Ramai Telah Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM45,700
Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua), syarikat pengeluar kereta terbesar Malaysia, baru sahaja melancarkan Perodua Myvi terbaharu untuk tahun 2022 dengan harga yang bermula daripada RM45,700.
Sebanyak lima varian ditawarkan iaitu 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X , 1.3 liter G dan 1.3L G (Basic).

Perodua Myvi terbaharu ini menggunakan enjin 1.5L 2NR-VE, DOHC dengan DWI VVT-i yang memberikan kuasa output 102 hp dan tork 137 Nm, dan enjin 1.3L 1NR-VE, DOHC dengan DWI VVT-i memberikan kuasa output 94 hp dan tork 121 Nm.
Untuk keluaran kali ini, kesemua varian menggunakan transmisi automatik Dwi-mod CVT (DCVT) menggantikan transmisi automatik 4 kelajuan yang terdapat pada model sebelum ini. Perodua telah menghentikan pengeluaran 1.3L versi manual kerana prestasi jualan yang tidak begitu memberangsangkan.
Dengan menggunakan transmisi terbaharu, kadar penggunaan bahan api kali ini adalah lebih baik iaitu daripada 21.1km/liter kepada 22.2km/liter bagi varian 1.3.
“Dwi-mod CVT ini akan meningkatkan lagi kecekapan transmisi, ringan dan bersaiz kompak, memberikan lebih kuasa pecutan dan lancar pada kelajuan rendah serta menjadikan kenderaan lebih senyap selain meningkatkan kecekapan bahan api,” kata Dato’ Zainal.
Tambah beliau, Myvi baharu ini mampu mencatatkan peningkatan sebanyak 5% atau tambahan 1km bagi setiap liter bahan api serta 20% pecutan yang ditambahbaik.

Varian tertinggi, AV dilengkapi dengan gril hitam berkilat, skirting depan dan tepi, spoiler, bampar belakang dua warna, rim aloi bersaiz 15 inci, DRL LED, lampu depan LED yang boleh dibuka/ditutup secara automatik (serta fungsi follow-me-home dan leaving home), cermin sisi dengan lipatan automatik, pemegang pintu krom, kluster instrumen TFT digital, kerusi dalam balutan kulit dengan kemasan merah, fungsi kemasukan pintar dan butang hidupkan enjin, eranti pembaca tol terbina, sistem infotainmen bersaiz 6.9 inci dengan fungsi ‘Smart Link’ serta empat speaker.



Dari segi keselamatan, sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) didatangkan secara standard untuk kesemua varian AV, H dan X serta salah satu daripada varian G.
Sistem PSDA adalah merangkumi Bantuan Pemanduan Selamat (ASA); Bantuan Pemanduan; Bantuan Parkir dan Bantuan Lampu Utama.
Varian 1.5 AV hadir dengan enam buah beg udara (depan, sisi dan tingkap), sistem brek anti-kunci, agihan brek elektronik, kawalan kestabilan kenderaan, kawalan cengkaman, lampu berhenti kecemasan, bantuan mula daki, cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX termasuklah PSDA yang turut merangkumi ASA 3.0. Ciri keselamatan ini adalah termasuk amaran pra-pelanggaran, brek pra-pelanggaran, kawalan tersalah tekan pedal, amaran kenderaan hadapan bergerak ke depan, amaran keluar lorong, penghalang keluar lorong, kawalan jelajah adaptif, kawalan kekal lorong, sistem pemantau titik buta, lintasan trafik belakang, kamera undur dan lampu suluh tinggi auto.


Perodua Myvi terbaharu ini ditawarkan dalam enam warna iaitu Cranberry Red (eksklusif untuk varian AV), Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (kecuali AV), Granite Grey dan Electric Blue.
Harga bagi varian tertinggi Perodua Myvi, AV ialah RM58,800, varian H berharga RM53,900 dan varian X pula RM49,900. Manakala untuk versi 1.3L pula, varian yang dilengkapi sistem PDSA ialah RM 47,700 dan varian tanpa PDSA pula berharga RM 45,700. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans dan dengan pengecualian SST.
Pembelian Perodua Myvi ini turut didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km, yang mana tiba dahulu.

“Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia, syarikat kereta menawarkan kereta dengan teknologi Autonomi Tahap 2 di bawah harga RM60,000,” kata Dato’ Zainal.
Perodua Myvi telah menerima tempahan sebanyak 4,303 sejak tempahan dibuka sembilan hari lalu. Myvi ini menelan belanja sehingga RM50 juta untuk dihasilkan. Sehingga kini, lebih daripada 1.3 juta unit telah terjual, yang mana 277,329 unit adalah Myvi generasi ke-3.
“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutama para pelanggan kami atas sokongan yang diberikan kepada Perodua dan Myvi Baharu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
-full.jpg)
Ketika pelancaran, Perodua turut memperkenalkan perkhidmatan langganan kenderaan, Perodua EZ MOBi. Perkhidmatan ini membantu syarikat-syarikat menguruskan fleet kenderaan mereka dari perolehan, servis dan penggantian.
“Pada dasarnya, EZ MOBi ini mewakili sumbangan nilai Perodua terhadap keperluan mobiliti para pelanggannya yang semakin meningkat. Pakej keseluruhan termasuk pendaftaran kenderaan, pembaharuan insuran, kos servis, kos penggantian alat ganti, kereta ihsan, pelupusan kenderaan dan penggantian di bawah satu pelan langganan,” kata Dato’ Zainal.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari www.perodua.com.my. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran Perodua yang berdekatan.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7406
SELANGOR
BSP7344
JOHOR
JYW1732
PULAU PINANG
PSB9940
PERAK
APH2599
PAHANG
CFG4252
KEDAH
KGF7023
NEGERI SEMBILAN
NEK3295
KOTA KINABALU
SJR7506
KUCHING
QAB7205N
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi
Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi
14-03-2023
Berita Terkini
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

