Honda Lancarkan City V-Sensing – Ditawarkan Pada Harga RM90,212.36
Honda Malaysia mengumumkan tambahan varian baharu, City V-Sensing dalam barisan kereta sedan segmen B. Varian yang ditawarkan pada harga RM90,212.36 ini dapat menarik perhatian keluarga muda atau orang muda bekerja yang menginginkan prestasi yang cukup dan juga ciri keselamatan canggih untuk perjalanan harian. Varian terbaharu ini turut dilengkapi dengan meter TFT interaktif bersaiz 7 inci sebagai kluster instrumen yang memudahkan pengguna untuk mengakses informasi semasa memandu.

Varian terbaharu ini dibina dengan enjin DOHC i–VTEC 1.5L dan digabungkan dengan transmisi CVT. Sistem ini memberikan kereta kuasa sehingga 121 PS yang tertinggi dalam kelasnya dengan tork tertinggi 145 Nm.
Pengarah Pengurusan Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif, Madoka Chujo berkata, "Keselamatan merupakan sesuatu yang penting bagi Honda, dan City sejak dulu lagi telah menjadi peneraju dalam menawarkan ciri keselamatan untuk pemandu dan penumpang dengan penggunaan teknologi yang canggih. Kami gembira untuk memperkenalkan varian terbaharu ini dalam pasaran Malaysia, orang ramai mendapat lebih banyak pilihan bagi barisan model City yang kini hadir dengan 5 varian berbeza."
Sejak pelancarannya, City generasi ke-5 telah mencatatkan jumlah jualan lebih daripada 23,300 unit. Sehingga kini, Honda City telah menyumbang sebanyak 34 peratus daripada keseluruhan jualan Honda Malaysia mulai bulan Januari hingga Oktober 2021, menjadikannya model paling laris Honda Malaysia.

City V-SENSING ini padat dengan ciri keselamatan bantuan pemandu. Pakej yang terdapat dalam sistem bantuan pemandu Honda SENSING ialah kawalan jelajah adaptif (ACC), sistem brek mitigasi pelanggaran (CMBS), amaran pra-pelanggaran (FCW), sistem bantuan kekal lorong (LKAS), mitigasi keluar laluan (RDM), amaran keluar laluan (LDW) dan lampu suluh tinggi auto (AHB).
Dari segi luaran, City V-SENSING tampak bertenaga dan menawan dengan lampu depan dan lampu DRL LED, lampu kabus LED, dan lampu belakang LED serta rim aloi bersaiz 16 inci yang tampak bergaya dan moden.
Bergerak ke bahagian dalam, varian ini tampil dengan tekstur premium yang berkualiti tinggi. Kesemua varian City didatangkan dengan penyejuk udara belakang. Selain itu, varian terbaharu ini turut hadir dengan paparan bersaiz 8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri menarik lain varian ini ialah Remote Engine Start yang membolehkan enjin dihidupkan dari jarak jauh untuk kemudahan pemandu.
Untuk lebih banyak informasi berkenaan City V-SENSING dan sekiranya anda ingin memandu uji kereta ini, boleh kunjungi pengedar sah Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020. Anda juga boleh layari www.honda.com.my ataupun muat turun aplikasi HondaTouch.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge