ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aston Martin Komited Meningkatkan Jualan EV Sehingga 50% Menjelang 2030

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Pernahkah anda tertanya-tanya sekiranya Aston Martin akan menggunakan sistem enjin selain daripada V8 dan V12?

 

Nampaknya kali ini jenama paling ikonik British sudah mula berani untuk mengikut arus semasa dengan merancang untuk menghasilkan model kereta elektrik di masa hadapan.

 

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Reuters, Aston Martin ingin menghasilkan sekurang-kurangnya 50 peratus model elektrik daripada keseluruhan keluaran menjelang tahun 2030. 



Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Tobias Moers berkata, "Boleh dikatakan sekurang-kurangnya 50 peratus, atau mungkin lebih lagi, daripada keseluruhan jualan kami pada masa akan datang ialah model elektrik. Ini berlaku agak lama selepas pengeluar kereta British lain seperti MG, Land Rover dan Jaguar secara berasingan menunjukkan komitmen mereka dalam penggunaan sumber bahan api boleh diperbaharui, perancangan dibuat selalunya lebih agresif berbanding Aston.

 

Jika dibandingkan dengan syarikat lain, komitmen jualan EV sebanyak 50 peratus yang ingin dicapai Aston Martin dilihat seperti tindakan suam-suam kuku, berbeza dengan pengeluar kereta global lain yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu ini.

 

Contoh paling menonjol ialah Jaguar yang telah menunjukkan dedikasi sepenuhnya terhadap penghasilan bahan api kenderaan yang mampan dengan pengeluaran kereta SUV crossover I-Pace.



I-Pace telah menerima banyak pujian kerana rekaannya yang inovatif dan juga kerana perancangan mereka untuk membangunkan lagi teknologi bagi keluaran-keluaran akan datang.

 

Strategi ke arah penghasilan model EV ini juga dilihat penting memandangkan banyak negara di Eropah dan beberapa di Amerika Syarikat akan mengharamkan penjualan kereta yang menggunakan enjin berkuasa petrokimia menjelang pertengahan tahun 2030.

 

Sekiranya undang-undang baharu ini diluluskan dalam masa yang terdekat, Aston Martin bakal mengharungi situasi yang mencabar.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans

Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.

04-08-2025
Global

Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.

10-07-2025
Global

Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

30-04-2025
Global

Aston Martin Vanquish Kini Dengan Enjin V12 824 HP!

Vanquish kini membuat kemunculan semula dengan pelbagai sentuhan baru.

03-09-2024
Global

Aston Martin Buruk Ditemui Dalam Bangsal Dijual Lebih RM1 Juta? Ini Sebabnya...

Aston Martin DB4 yang ditemukan dalam keadaan usang di dalam sebuah bangsal bakal dijual pada harga £227,000 (RM1.3 juta).

06-06-2024
Global

Super SUV Ini Dikemaskini

Aston Martin telah mengemaskini DBX 707 2025 dimana model super SUV itu kini menerima beberapa ciri-ciri yang baharu.

22-04-2024
EV

Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!

Aston Martin menangguhkan rancangannya untuk melancarkan EV mereka.

16-04-2024
Berita Auto

Apple Bakal Lancarkan CarPlay Eksklusif Mengikut Model, Pratonton Pada Porsche & Aston Martin

Syarikat teknologi Apple akhirnya mempertontonkan perkhidmatan CarPlay versi generasi seterusnya.

26-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.