ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Aston Martin mendedahkan bahawa pihaknya menangguhkan rancangan untuk melancarkan model kenderaan elektriknya pada tahun depan.

Sebaliknya, rancangan untuk melancarkan empat model EV miliknya akan dibuat selewat-lewatnya pada tahun 2027 nanti.

Sebelum ini, Aston Martin ada mengatakan bahawa pihaknya melancarkan model EV pada tahun depan namun atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, rancangan itu terpaksa ditangguhkan.

Bercakap kepada laman berita automotif, Autocar UK, Pengerusi Eksekutif Aston Martin, Lawrence Stroll mengakui bahawa pihaknya sudah bersedia untuk melancarkan model EV pada akhir tahun 2025 namun semuanya berubah di saat-saat akhir.

image.png

Ini kerana pihaknya kini membuat keputusan untuk memberi lebih tumpuan pada teknologi hibrid untuk barisan model generasi seterusnya, terutamanya kepada pembangunan kereta hibrid plug-in (PHEV).

Bagaimanapun, ini bukanlah satu berita besar kerana kebanyakan pengeluar kereta Eropah turut menangguhkan pengeluaran EV sebaliknya memilih untuk memfokuskan kepada model-model seperti PHEV.

image.png

Apapun, rancangan Aston Martin itu dilihat seiring dengan misi bersama syarikat EV terkenal di Amerika Syarikat, Lucid dimana ia mempunyai kepakaran dalam BEV.

Selain daripada melancarkan model EV pertama Aston Martin menjelang 2025, hasil kerjasama ini  juga akan menyaksikan Aston Martin akan melancarkan kereta super PHEV pertamanya, Aston Martin Valhalla, menjelang akhir tahun ini.

Ini bermakna, hasil kedua-dua pihak ini  juga akan menentukan Aston Martin melancarkan barisan model baharu yang menampilkan pilihan rangkaian kuasa elektrik separa menjelang 2026.

Ujar Stroll, model Aston Martin versi elektrik pada masa hadapan akan menggunakan persediaan rangkaian kuasa PHEV berasaskan V8 yang dibangunkan oleh Mercedes-Benz.

image.png

Rangkaian kuasa itu sebenarnya adalah sama yang terdapat pada kebanyakan  model Mercedes-AMG PHEV pada masa kini.

Selain daripada enjin V8, Stroll juga membayangkan bahawa mungkin terdapat rangkaian kuasa PHEV berasaskan enjin V12 yang akan ditawarkan pada model Aston Martin pada masa depan.

Walaupun pergerakan elektromobiliti dilihat semakin pesat namun Stroll menegaskan bahawa PHEV akan menjadi pilihan popular dalam kalangan pelanggannya selama 10 tahun lagi  dengan menyifatkan  teknologi itu sebenarnya berfungsi sebagai penghubung antara ICE dan BEV. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7153

SELANGOR

BSQ8569

JOHOR

JYY7995

PULAU PINANG

PSD1469

PERAK

APJ2665

PAHANG

CFG7945

KEDAH

KGG5324

NEGERI SEMBILAN

NEK6692

KOTA KINABALU

SJS4385

KUCHING

QAB152P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Tips

10-03-2026
Kereta Baru

29-01-2026
Global

05-01-2026
Berita Auto

25-11-2025
Kereta Baru

10-11-2025
Kereta Baru

03-09-2025
Global

04-06-2025
Global

29-05-2025

Berita Terkini

EV
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.