Land Rover Discovery Metropolitan Edition Diperkenalkan
Land Rover perkenalkan variasi terbaharu, Metropolitan Edition yang ditawarkan pada harga bermula daripada £$75,300 (RM 420,715.28).

Metropolitan Edition yang dibina berasaskan varian R-Dynamic HSE ini tampil dengan gril Bright Atlas bersama-sama logo Discovery serta bampar berwarna Hakuba Silver. Edisi terbaharu ini menggunakan rim bersaiz 22 inci dengan kemasan berbentuk belian dalam warna Gloss Grey.

Kabin dihadirkan standard dengan paparan head-up, ruang simpanan berpendingin dan kawalan iklim empat zon. Tempat duduk barisan ketiga hadir dengan sistem pelarasan automatik dan juga fungsi pemanasan.

Hanya satu pilihan enjin ditawarkan untuk edisi ini iaitu enjin 3.0L 6 sebaris berpengecas turbo dengan teknologi hibrid-ringan (mild-hybrid) 48V. Sistem ini membolehkan kereta mencapai kuasa output mencecah 355 hp (265kW) dan tork 500 Nm menggunakan sistem transmisi 8 kelajuan. Mampu tunda beban dengan berat sehingga 3,719 kilogram.

Barisan kereta Discovery 2023 yang lain turut menerima beberapa penambahbaikan baharu sebagai ciri standard seperti pengecas tanpa wayar, pemanas tempat duduk depan, kawalan jelajah adaptif, stereo Meridian, kawalan iklim tiga zon. Varian R-Dynamic pula hadir dengan bumbung berwarna hitam berkilat.

Dari segi prestasi, Discovery 2023 kini lebih mahal dengan harga yang bermula daripada $56,600 (RM 316,234.86). Sebelum ini, versi terendah bagi tahun 2022 ditawarkan pada harga $53,900 (RM 301,149.45).

Dari segi rekaan, tiada sebarang perubahan dibuat kepada versi terbaharu. Namun untuk bahagian enjin, enjin asas yang digunakan ialah enjin 2.0L empat silinder berpengecas turbo yang memberi output kuasa mencapai 296 hp.
Land Rover turut melengkapkan sistem infotainmen Pivi Pronya dengan skrin bersaiz 11.4 inci dan juga tambahan kluster intrumen digital 12.3 inci. Teknologi yang digunakan kali ini menyokong kemas kini tanpa wayar.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7153
SELANGOR
BSQ8569
JOHOR
JYY7995
PULAU PINANG
PSD1469
PERAK
APJ2665
PAHANG
CFG7945
KEDAH
KGG5324
NEGERI SEMBILAN
NEK6692
KOTA KINABALU
SJS4385
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat