Jaguar I-Pace: Lebih Baik Dari Pesaing Baharu?
Hasil review ini adalah penterjemahan daripada artikel bahasa Inggeris berdasarkan pengalaman pandu uji rakan sekerja yang berpeluang menikmati pemanduan Jaguar I-Pace baru-baru ini.
Untuk makluman anda, Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) telah melancarkan model SUV EV pertama itu, Jaguar I-Pace pada Mac lepas.
Untuk pasaran tempatan, Jaguar I-PACE hadir dalam dua varian: LE atau Black Edition yang ditawarkan pada harga RM460,800 manakala varian tertingginya, HSE pula berharga RM498,800.
Bagi sesi pandu uji ini, team CariCarz.com berpeluang menikmati pemanduan varian tertingginya, HSE.
Terima kasih JLRM kerana sudi menjemput kami untuk merasai pemanduan sebenar.
Biarpun pandu uji media ini agak singkat memandangkan ramai media yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan namun ia sudah membuktikan ia merupakan sebuah SUV sporty yang cukup terbaik.
PENAMPILAN RADIKAL
Pertama sekali, rakan sekerja saya, Mukhlis Azman cukup tertarik dengan garis bumbung Jaguar I-Pace ini yang agak “langsing” sekali gus menyerlahkan lagi penampilan dari sisinya yang menyebabkan ia kelihatan sporty.
Ia tidak seperti SUV elektrik yang lain sebaliknya Jaguar I-Pace benar-benar istimewa secara keseluruhan.
Ini kerana biarpun ia masih menunjukkan beberapa isyarat reka bentuk EV yang tipikal, namun bahagian hadapan dan belakangnya agak pendek .
Apa tidaknya, nama pun Jaguar sudah pastinya ia tidak pernah mengecewakan peminatnya terutama dari segi bentuknya.
Dikhabarkan, garis bumbung yang mencuram ke belakang bukan hanya untuk penggayaan semata-mata sebaliknya mengoptimumkan laluan angin pada bahagian bawah kenderaan untuk mencapai kadar seretan hanya 0.29.
Selain itu, I-Pace turut menampilkan sentuhan reka bentuk seperti yang dilihat dalam model Jaguar generasi yang lain.
Ini termasuk fasia hadapan yang agak garang selain menampilkan lampu depan LED berkembar J dan gril hadapan yang dihiasi dengan lambang Jaguar yang ikonik.
Secara keseluruhannya, Jaguar I-Pace benar-benar menyerlah berbanding SUV EV yang sedia ada ketika.
Ini semuanya kerana reka bentuk yang menyebabkan ia lebih dan menjadi lebih cekap dari segi aerodinamik
Tetapi bagaimanakah pula dengan kabin EV coupe ini?
KABIN MEWAH, SPORTY, CUKUP PRAKTIKAL
Secara hakikatnya, kabinnya cukup mewah, agak sporty dan ini terbukti melalui pakej yang ditawarkan oleh JLRM.
Khas untuk varian HSE ini, bahagian tempat duduk hadapannya adalah jenis bucket. Sebab itulah ia nampak cukup sporty.
Satu lagi, tempat duduk hadapan dibaluti dengan Windsor Leather and Performance dengan larasan elektronik 14-hala bersama fungsi pemanas dan penyejuk, serta fungsi memori posisi.
Di sebalik ciri sporty itu, I-Pace mengekalkan ciri-ciri kenderaan mewah yang turut dilengkapi dengan peralatan canggih dan kemudahan mewah.
Antaranya seperti sistem infotainment Pivi Pro yang menampilkan skrin sesentuh 10-inci dan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay serta dan kawalan suhu, bumbung panaromik, pencahayaan ambien dalam kabin serta pad pengecasan peranti tanpa wayar.
Malah, varian ini juga dilengkapi dengan sistem bunyi sekeliling Meridian 3D.
Membelek bahagian hadapannya seketika, penulis mendapati butang gearnya disusun secara menegak di bahagian kanan bawah skrin kedua yang membolehkan ia diakses dengan mudah semasa memandu.
Varian ini juga didatangkanbutang mod pemanduan dan tetapan ketinggian bagi suspensi udara di bahagian kiri bawah skrin kedua.
Tunggu, jangan sesekali terpedaya dengan gambar-gambar di atas.
Biarpun ia digelar sebagai SUV kompak namun ia sebenarnya memiliki ruang kabin yang cukup besar.
Ini semuanya kerana jarak rodanya yang panjang dari bahagian hadapan sehingga ke belakang.
Malah, orang dewasa seperti penulis sendiri yang berketinggian enam kaki mampu duduk dengan begitu selesa.
Pendek kata, JLR berjaya menyeimbangkan ciri-ciri sporty, kemewahan dan praktikal dengan begitu baik ketika menghasilkan bahagian kabinnya.
Namun mungkin ada yang tertanya-tanya dengan adanya tempat kerusi bucket sejauh mana SUV EV ini mampu memecut?
MACAM MANA RUPANYA, PRESTASINYA PUN PADU
Apa yang pasti, ia berupaya untuk mengalahkan kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman hanya dalam sekelip mata jika berada di atas jalan raya yang lurus.
Malah, penulis begitu layan ketika menelusuri beberapa selekoh tajam di sekitar Putrajaya.
Walaupun ia seberat dua tan, pengendalian dan olengan badannya cukup responsif dan minimum.
Ia semuanya gara-gara sistem suspensi udara adaptif yang tersedia secara eksklusif dalam varian HSE yang diuji ini.
Digandingkan dengan binaan badan aluminium, titik graviti yang rendah dan sistem suspensi udara, Jaguar i-PACE menawarkan prestasi yang mengujakan apabila mencapai kelajuan tinggi.
Ini bermakna daya hentakan juga berkurangan sekiranya ia terlanggar bonggol atau jalan berlubang.
Menyentuh mengenai trenkuasa, ia menampilkan trenkuasa elektrik yang terdiri daripada motor elektrik berkembar dimana I-Pace mampu menghasilkan kuasa setinggi 395hp dan daya kilas 696 Nm.
Malah, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.8 saat.
Daripada pandu uji singkat ini kami boleh mengatakan dengan selamat bahawa I-Pace mempunyai keberanian dan dipadankan dengan prestasi yang cukup mengagungkan.
BAGAIMANA PULA DENGAN JARAK, CIRI KESELAMATAN?
Untuk makluman anda, sesi pandu uji kami terlalu singkat, sehingga kami tidak berkesempatan untuk mencatatkan prestasi bateri I-Pace.
Sebaliknya, JLRM memaklumkan dengan adanya pek bateri lithium-ion berkapasiti 90 kWh, I-Pace boleh bergerak sejauh 470 km dengan sekali cas penuh.
Catatan ini dibuat berdasarkan data daripada Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Terselaras Dunia (WLTP).
Mengenai pengecasan pula, Jaguar I-PACE menyokong pengecasan soket dinding 11 kW di mana jarak 53 km boleh dicapai dalam tempoh sejam, atau pengecasan penuh sekitar 8.6 jam.
Sementara pengecasan DC berkapasiti 100 kW pula membolehkan bateri dicas dari 0-80 peratus dalam tempoh masa 40 minit sahaja.
Dari segi keselamatan, jentera ini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu ADAS termausk Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Kekal Lorong, Pemantau Titik Buta dan banyak lagi.
AKHIR KATA
Penggayaan, prestasi sport sebenar serta ciri-ciri kemewahan sudah menjadikan Jaguar I-Pace HSE menjadi EV pilihan ramai.
Namun dengan tawaran harganya membuatkan ramai terpaksa berfikir dua kali.
Biarpun varian ini berharga RM498, 800, namun JLRM Malaysia menawarkan jaminan pengeluar menyeluruh selama tempoh lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km yang mana tiba dahulu, diikuti dengan bantuan tepi jalan 3 tahun, pakej servis percuma 5 tahun (atau 102,000 km yang mana tiba dahulu).
Jadi, pilihan berada di dalam tangan anda!
Buat masa ini, harganya agak hampir dengan pesaingnya terdekatnya, Mercedes-Benz EQE. Selain itu, terdapat juga beberapa EV yang menembusi pasaran tempatan seperti Volvo C40, XC 40 Recharge dan BMW iX.
Namun apa yang pasti, ia lebih baik berbanding pesaingnya.
Seperti diketahui umum, Jaguar sudah ada peminatnya tersendiri. Lagipun, I-Pace mempunyai ciri tersendiri sekali gus membuatkannya ia menjadi menjadi sebuah EV yang agak berkeupayaan tinggi dan sporty.
Apa pula pandangan anda mengenai Jaguar I-Pace?
Kongsikan di bawah ruangan komen ini!
Gallery




















Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM4921
SELANGOR
BSG7503
JOHOR
JYE4625
PULAU PINANG
PRT785
PERAK
ANY6891
PAHANG
CFD485
KEDAH
KGB6356
NEGERI SEMBILAN
NEG6323
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8364L
Terakhir Kemas Kini 04 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025
Berita Berkaitan
JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5
Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.
26-11-2024
Pakej Stealth Buat I-Pace Lebih Menonjol
Para pemilik Jaguar I-PACE yang berhasrat untuk meningkatkan nilai estetik kereta mereka kini boleh mendapatkan Pek I- PACE Stealth.
30-11-2023
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Lantik Presiden Baharu
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melantik Mohd Shamsor Mohd Zain sebagai Presiden baharu bagi penggal 2023/2024,
10-04-2023
Range Rover L460, Enjin V8, Harga Masih Belum Didedahkan
Jaguar Land Rover Malaysia mengesahkan pihaknya akan melancarkan kenderaan utiliti sukan mewahnya, Range Rover L460 pada pertengahan Februari ini.
20-01-2023
Jaguar XF Harga Bermula RM498K
Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) memperkenalkan Jaguar XF baru-baru ini.
14-06-2022
Land Rover Discovery Metropolitan Edition Diperkenalkan
Land Rover perkenalkan variasi terbaharu, Metropolitan Edition.
16-11-2021
Land Rover Defender Bakal Gegarkan Pasaran Malaysia!
All New Land Rover Defender akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
19-08-2021
Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!
Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.
11-06-2021
Berita Terkini
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!
Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.
27-06-2025
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal
Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.
27-05-2025
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat