ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Myvi Baharu Terima Perubahan Yang Ketara! Apakah Perubahannya?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sejak beberapa hari lalu, media sosial ‘digemparkan’ dengan penularan beberapa keping gambar Myvi model facelift 2022 yang dikatakan bakal menggunakan transmisi D-CVT iaitu sama seperti Ativa.


Namun, sejauh mana kenyataan itu berasas? 


Apa tidaknya, perincian menyeluruh model facelift terbabit masih kekal menjadi tanda tanya tetapi ada yang mengatakan model kegemaran rakyat Malaysia ini didatangkan dengan beberapa perubahan ketara.

Sudah pasti, ramai yang tertanya-tanya mengenai apakah perubahan baharu yang dilakukan Perodua ke atas King Myvi ini?

Merujuk beberapa portal automotif tempatan, model facelift ini bakal menggunakan sistem transmisi yang berbeza berbanding transmisi 4-kelajuan automatik yang digunakan sebelum ini .

Ia akan digantikan dengan transmisi D-CVT  yang mana ia  digunakan oleh model Ativa buat masa ini. 


Tetapi kenapa pilih D-CVT?

Ini mungkin kerana transmisi DCVT dilihat menawarkan  pecutan yang lebih baik, merendahkan RPM enjin pada halaju yang tinggi selain menjimatkan minyak.

Sebaliknya, ada yang mengatakan Perodua Myvi facelift ini akan hanya ditawarkan dengan ciri transmisi P R N D S L. 

Ia tidak akan menawarkan ciri Shiftronic yang ada pada model Ativa kerana berkemungkinan kos penghasilannya menjadi mahal selain ciri Shiftronic pula memerlukan lebih banyak cip komputer digunakan.

Seperti sedia maklum, seluruh dunia kini berdepan dengan masalah kekurangan bekalan cip. Jadi, bagi mengelakkan perkara-perkara ini, Perodua dilihat hanya menggunakan ciri PRNDSL dan bukannya Shiftronic.

Untuk model Perodua Ativa, ia ditawarkan dengan ciri Shiftronic di mana pemandu boleh mengawal penukaran gear seperti kereta manual.

Malah, desas-desus juga mengatakan bahawa Perodua tidak lagi akan menawarkan Myvi versi manual tetapi sejauh mana ia benar atau tidak, kita tunggu sahaja jawapan Perodua dalam tempoh terdekat ini!

Selain transmisi, model facelift tersebut juga bakal menggunakan sistem Advance Safety Assist (A.S.A.) 3.0. Sebelum ini, Myvi biasa cuma menggunakan A.S.A2.0.

Menyentuh mengenai reka bentuknya pula, bampar hadapannya dilengkapi dengan lampu DLR termasuk kemasan skid plate pada bahagian bawah bampar depan. 


Jika benar model facelift dilancarkan pada awal bulan ini,  terdapat 4 varian yang akan ditawarkan iaitu varian enjin 1.3L (1.3 G) serta 3 varian enjin 1.5 liter iaitu X, H dan AV. 

Ia juga akan hadir dengan warna baharu iaitu Cranberry Red. Tetapi warna tersebut hanya ditawarkan untuk varian tertinggi iaitu varian AV. Jentera ini juga akan hadir dengan warna -warna lain seperti Ivory White, Glittering Silver, Granite Grey dan Electric Blue .

Mengenai harganya, Caricarz tidak dapat memberi sebarang anggaran harga model facelift ini namun mungkin ia dijual sedikit mahal jika benar ia menggunakan transmisi D-CVT!

Ketika ini, harga Myvi berada di sekitar RM41,292 hingga lebih RM50,000.

Apapun, tunggu sahaja harga sebenar Myvi baharu ini ketika pelancarannya nanti. 

Sebelum itu, apakah pendapat anda  jika model facelift ini menggunakan transmisi D-CVT? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

25-11-2022
Berita Auto

09-12-2020
Berita Auto

17-09-2026
EV

19-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Global

03-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.