Nissan Bakal Dirikan Kilang Berteknologi Canggih

Nissan Motor Co telah mengadakan perancangan untuk membina sebuah kilang bernilai 130 bilion yen (kira-kira RM 4.2 bilion) yang akan digunakan untuk mengeluarkan kenderaan elektrik.
Kilang ini bakal dilengkapi pelbagai teknologi canggih yang mengaplikasikan teknik "hijau" atau bebas emisi.

Misi Nissan adalah untuk menubuhkan sebuah kilang yang akan beroperasi sepenuhnya dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI), internet benda (IoT) dan robot supaya dapat menghasilkan kenderaan dengan sistem pengeluaran bebas emisi.

Dalam situasi global yang semakin membimbangkan ini, sistem pengeluaran yang tidak mengeluarkan karbon ini dapat membantu melawan perubahan iklim dunia demi mencapai neutral karbon menjelang 2050. Kesemua aspek pengeluaran akan menggunakan sistem elektrik di samping penggunaan sumber tenaga alternatif atau yang boleh diperbaharui.

Bukan itu sahaja, perancangan untuk menggunakan robot ini juga dilihat dapat membantu meningkatkan ketepatan hasil kerja dan sekaligus meningkatkan mutu produk.
Pengeluar kereta Jepun ini telah pun melaburkan sebanyak 33 bilion yen (kira-kira RM1.2 bilion) untuk kilang Tochigi di Tokyo dan kini merancang untuk membawa "Intelligent Factory" atau kilang pintar ini ke seluruh Jepun dan Amerika Syarikat.

Alat pemantau manusia telah dipasangkan di bilik kawalan Tochigi bagi memastikan proses pemantauan dapat berjalan dengan lancar. Pekerja akan dipakaikan dengan kamera di kepala dan juga dilengkapkan dengan tablet supaya dapat menerima maklumat sekiranya terdapat ralat yang perlu dibetulkan.
Semasa pemeriksaan terakhir, sistem digital ini akan menilai kualiti kenderaan dan memadamkan ralat yang telah dilaporkan berdasarkan informasi yang terpapar pada tablet.

Buat masa ini, robot yang berfungsi secara automatik sepenuhnya akan digunakan untuk menghasilkan bampar badan kenderaan daripada pengeluaran komponen hinggalah kepada proses cat.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8342
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2084J
PULAU PINANG
PSH3240
PERAK
APM8236
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7613
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026
Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.
22-12-2025
Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah
Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.
19-12-2025
Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026
Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.
18-12-2025
Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800
Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.
28-11-2025
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang
Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.
20-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"
Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.
14-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini
Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.
16-10-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge