Sempena Ulang Tahun ke-70, Empat Warna Unik Dihidupkan Kembali

Bagi meraikan ulang tahun ke-70, bahagian reka bentuk Bentley telah mengenal pasti sejumlah cat luaran yang kini digunakan untuk beberapa model Bentley. Namun percaya atau tidak, kesemua warna yang dipilih itu pernah digunakan oleh Bentley sekitar tahun 1930-an.
Dengan menyediakan sentuhan klasik untuk Bentley, pasukan berkenaan dikatakan telah menemui lebih 15 warna dalam koleksi mereka yang dipercayai sudah berusia 50 tahun.

Apa yang menarik, empat warna itu terdiri daripada: Dove Grey, Claret, Old English White dan Oxford Blue.
Ia sudah boleh ditempah mulai hari ini.
Begitupun, empat warna ini yang terdapat pada palet Mulliner dan Extended termasuk satu warna yang dipilih dari Bentley paling ikonik, R Type Continental.
Perincian seterusnya ialah warna Dove Grey yang merupakan warna paling lama bertahan dan sebahagian daripada palet Extended, sejak era-Derby Bentley tahun 1930.
Seterusnya ialah Claret yang merupakan warna dwi tona dimana ia direka khas untuk kegunaan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II.

Warna unik ini diilhamkan oleh Diraja Claret. Warna berkenaan digunakan untuk semua Bentley kerabat diraja sejak tahun 1940.
Ia kemudian diikuti dengan warna Old English White dari palet Mulliner yang mula digunakan sejak tahun 1950-an. Warna ini memancarkan kemasan warna putih yang padu.
Akhir sekali ialah Oxford Blue yang dihasilkan sekitar tahun 1960 dan ia kemudian dilancarkan semula sebahagian daripada siri Diamond pada tahun 1998. Ia merupakan warna padu dan biru paling gelap dalam palet.

Bagaimanapun, salah satu daripada warna-warna unik boleh didapati di Ibu Pejabat Bentley di Crewe terutama untuk jenama terbaharunya, Flying Spur V8.
Kereta baharu itu menggunakan cat luaran berwarna Saga Green sejak tahun 1950. Ia menonjolkan warna kontra yang agak berani dengan spesifikasi Blackline dimana ia memberikan penampilan luaran yang tersendiri.
Ia juga menampilkan gabungan warna Cumbrian Green dan Portland untuk bahagian dalaman yang bersalut kulit dimana ia telah diperincikan dengan kemasan teknikal gentian karbon.

Bagi spesifikasi Blackline, ia termasuk maskot Flying B yang ikonik, radiator, jeriji matrik, sekeliling tingkap sisi dan bampar pintu bawah dan belakang.
Malah, bezel lampu depan dan belakang, pemegang pintu, saluran keluar ekzos juga menerima ciri perbezaan yang sama.
Kesemua cat di Crewe adalah buatan tangan, dilengkapi dengan teknologi robotik terkini yang memberikan kemasan terbaik pada setiap kenderaan.

Pendek kata, Bentley menawarkan salah satu palet warna terbesar untuk menghasilkan kenderaan mewah bespoke.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley
Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.
09-02-2026
Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP
Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.
17-11-2025
Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley
Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.
12-09-2024
Flying Spur 2025, Guna Enjin V8
Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.
22-07-2024
Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta
Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.
04-04-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.
06-09-2022
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
