ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Corolla Cross Lancarkan Varian Hibrid – Ini Yang Patut Anda Tahu!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan barisan kereta berteknologi hibrid yang pertama mereka, Toyota Corolla Cross Hybrid yang dipasangkan di dalam negara atau secara CKD di Selangor.

 

Sebanyak tiga varian Corolla Cross telah diperkenalkan termasuklah Corolla Cross 1.8V yang berharga RM137,000  dan Corolla Cross 1.8G yang berharga RM123,000. Kesemua harga yang dinyatakan ialah harga atas jalan tanpa insurans.



Untuk pengetahuan pembaca, UMWT telah berjaya mencapai sasaran jualan pada bulan Oktober dengan jualan sebanyak 8,500 unit Toyota dan Lexus.  Ini telah memberi semangat kepada syarikat untuk berkembang lebih besar dan memperkenalkan model terbaharu bagi membolehkan orang ramai memandu kereta elektrik pada harga yang berpatutan.  Jualan kumulatif juga meningkat sehingga penghujung bulan Oktober dengan jualan sebanyak 54,618 unit secara keseluruhannya. 

 

Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 bagi individu yang mengeluarkan belanja untuk kemudahan EV dapat menggalakkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk beralih kepada kenderaan EV. Ini secara tidak langsung dapat membantu menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan karbon dioksida.



Dari segi enjin, output bagi enjin petrol untuk varian Hibrid ialah 97 hp pada 5,200 rpm dengan tork 142 Nm pada 3,600 rpm, manakala output motor elektriknya pula memberikan sebanyak 53 kW yang bersamaan dengan 71 hp dan tork 163 Nm.  Jumlah output secara keseluruhannya untuk model hibrid ini ialah 122 hp.  Pemandu boleh menukar mod pemanduan dengan mudah kerana ia lengkap dengan sistem penghantaran kuasa E-CVT. Mod yang ada ialah Sport, ECO, Normal dan EV.

 

Kedua-dua varian, Corolla Cross 1.8V dan 1.8G menggunakan trenkuasa yang sama seperti yang telah dilancarkan sebelum ini.  Kedua-duanya menggunakan enjin petrol 16 injap DOHC 1.8L dengan Dual VVT-i yang memberikan kuasa sehingga 137 hp pada 6,400 rpm dan  tork 172 Nm pada 4,000 rpm.  Transmisi yang digunakan ialah Sequential Shiftmatic 7 Kelajuan (CVT) dan juga pilihan varian manual.



Toyota Corolla telah direka semula dari segi rekaan luarannya dengan mengaplikasikan konsep "Urban Toughness." Konsep ini menjadikan kereta kelihatan seperti sebuah SUV.  Kedua-dua versi baharu 1.8V dan 1.8G ini lengkap dengan lampu depan bi-LED serta lampu DRL LED yang menggunaakan rekaan Light Curtain Design. Bergerak ke bahagian dalam kabin, Corolla Cross kini tampil lebih luas dengan ruang kepala yang lebih tinggi.

 

Corolla Cross 1.8V kini lengkap dengan iluminasi LED pada pintu depan, di tempat pemegang cawan dan tempat letak barang (tray) untuk menaikkan aura premium kereta.  Kerusi pemandu boleh dilaraskan kepada 8 arah, dan tempat duduk belakang boleh dilipat untuk meluaskan lagi ruang but yang berkapasiti asal 440 liter.



Selain itu, bukaan but kereta juga adalah automatik yang mana pengguna boleh menggunakan kick sensor di bawah bampar.  Toyota Corolla Cross menggunakan sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz 9 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

 

Terdapat dua port pengecas USB Type-C dan juga sebuah pad pengecas tanpa wayar.  Untuk keselesaan maksimum, penumpang belakang turut dapat menikmati udara sejuk kerana terdapat corong pendingin udara di bahagian belakang.

 

Kesemua tiga varian Toyota Corolla Cross - 1.8 Hybrid, 1.8V dan 1.8G dilengkapi Toyota Safety Sense (TSS) 2.0.

 

Sistem keselamatan TSS 2.0 kereta ini adalah merangkumi sistem pra-pelanggaran (PCS), amaran keluar lorong (LDA) dengan bantuan stereng, bantuan jejak lorong (LTA), kawalan jelajah radar dinamik (DRCC) dan lampu suluh tinggi automatik (AHB).

 

Ciri keselamatan lain adalah termasuk sistem pemantauan titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), pemantauan pandangan panoramik 3D, Driver Start Control dan juga sistem amaran tekanan tayar (TPWS). Perakam video pemanduan hadapan (DVR) turut didatangkan secara standard. Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah DVR atau kamera belakang.



Harga bagi Toyota Corolla Cross 1.8 Hybrid ialah RM137,000.  Sementara itu, Toyota Corolla Cross 1.8V pula RM129,000 dan akhir sekali Toyota Corolla Cross 1.8G ialah serendah RM123,000.

 

Semua harga yang dinyatakan adalah termasuk pengecualian SST.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1869

SELANGOR

BSS7356

JOHOR

JC4347J

PULAU PINANG

PSE6972

PERAK

APK6650

PAHANG

CFH4526

KEDAH

KGH5491

NEGERI SEMBILAN

NEL4381

KOTA KINABALU

SJT5404

KUCHING

QAB4036P

Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-04-2025
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

23-03-2024
EV

22-02-2024
Global

09-02-2024
Berita Auto

30-01-2024
EV

18-01-2024
Berita Auto

22-12-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.