ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Porsche Malaysia Perkenalkan 911 GT3 Terbaharu!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP), Porsche Malaysia perkenal 911 GT3 generasi ke-7 yang terkini di Litar Antarabangsa Sepang.

 

Teknologi yang digunapakai oleh model generasi terbaharu ini kini lebih sistematik dan canggih untuk menjadikannya sebuah jentera yang seronok dipandu dengan prestasi yang padu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata, "Sukan permotoran telah lama menjadi teras utama identiti jenama Porsche, dan buat sekian lamanya  911 GT3 telah menjadi contoh kepada semangatnya dalam perlumbaan dengan menyalurkan kesemua kelebihan yang ada di dalam litar ke atas jalan raya.  Dengan pelancaran 911 GT3 yang serba baharu ini, kami memberikan pelanggan keseronokan pemanduan sebenar di sebalik kereta Porsche 911."


Model baharu ini bukan sahaja memiliki prestasi yang hebat untuk kegunaan litar tapi juga sesuai bagi kegunaan harian. Prestasi hebatnya terbukti apabila dapat melakukan pusingan Nürburgring dalam masa hanya 6:59.927, kira-kira 17 saat lebih pantas daripada generasi sebelum ini.

 

Kekuatannya disumbangkan oleh enjin yang digunakan iaitu enjin 4.0L 6 silinder aspirasi natural yang boleh menghamburkan kuasa maksimum 375 kW (510 PS/503 hp) dan tork maksimum 470 Nm.

 

Dengan gabungan transmisi PDK 7 kelajuan, 911 GT3 mampu mencapai kelajuan maksimum 320 km/j, lebih pantas daripada 911 GT3 RS.


Apa yang menjadikan kereta ini lebih menarik adalah kerana ia boleh dikonfigurasikan dengan transmisi sports GT manual 6 kelajuan atau dengan pakej GT3 Touring tanpa sebarang caj tambahan.

 

"911 GT3 ialah versi yang ideal bagi komuniti pemilik Porsche Malaysia yang aktif ke litar, namun bagi mereka yang ingin menikmati kualiti dinamik GT3 yang lebih rendah di sepanjang perjalanan, mereka boleh memilih Touring Package yang dapat mentransformasikan GT3 kepada sebuah grand tourer (GT) yang lebih sesuai untuk kegunaan di jalan raya," tambah Hunter. 

 

Ini menjadikan 911 GT3 tampil dengan karakter sebuah kereta lumba namun dengan prestasi yang sesuai untuk penggunaan jalan raya.


Model ini menggunakan suspensi depan double-wishbone yang diambil daripada kereta yang pernah memenangi perlumbaan mencabar, Le Mans. Kereta yang dimaksudkan ialah 911 RSR.

 

Dengan model ini sebagai inspirasi, terhasillah sebuah sistem suspensi dengan geometri dan kalibrasi spesifik yang dapat menjanjikan ketangkasan dan kemantapan prestasi kereta semasa di litar.

 

Ciri aerodinamik kereta yang dapat dilihat daripada sayap belakang serta peresap kereta turut diambil daripada kereta 911 RSR. 


Elemen-elemen ini meningkatkan daya kestabilan kereta sehingga 50 peratus berbanding model sebelum ini tanpa memberi sebarang kesan kepada koefisien geseran.

 

Sayap belakang kereta (boleh laras secara manual) dan juga peresap kereta boleh ditetapkan untuk meningkatkan daya kestabilan aerodinamik kereta sehingga 150 peratus untuk membolehkan pemandu melakukan belokan pada kelajuan tinggi.

 

Elemen kereta lumba turut dapat dilihat pada enjin yang digunakan. Model ini dilengkapi enjin boxer enam silinder bersesaran 4.0 liter diambil daripada trenpandu 911 GT3 R yang mampu mencapai 9,000 rpm.


Model ini dilengkapi transmisi manual 6 kelajuan secara standard. Bagi versi dengan transmisi ini, berat GT3 ialah 1,418 kg. Manakala, dengan transmisi PDK 7 kelajuan, berat kereta adalah sedikit tinggi iaitu 1,435 kg.


Namun begitu, kedua-duanya menunjukkan berat keseluruhan yang cukup rendah disebabkan oleh penggunaan bahan-bahan yang ringan.

 

Sebagai contoh, bonet depan dan juga sayap belakang diperbuat daripada plastik bertetulang gentian karbon (CFRP), tingkap daripada kaca ringan dan juga bateri penghidup unit LiFePO4  kecil.

 

Bahagian badan lain yang ringan pada kereta ini ialah rim dan juga sistem ekzos sport yang secara keseluruhannya mengurangkan sehingga lebih daripada 10 kg.

 

Seperti yang dikatakan sebelum ini, 911 GT3 didatangkan dengan pilihan Touring Package. 

 

Bagi pakej ini, transmisi sports GT manual 6 kelajuan ditawarkan sebagai ciri standard.

 

Dengan Touring Package, perbezaan yang paling ketara boleh dilihat pada 911 GT3 ialah ketiadaan sayap belakang tetap kereta.


Sudut ini sebaliknya digantikan dengan spoiler belakang yang boleh dilebarkan secara automatik bagi membantu meningkatkan kestabilan kereta semasa dipandu dengan kelajuan tinggi. 

 

Pada sudut belakang ini juga terdapat logo 'GT3 Touring' yang diletakkan di atas logo jenama Porsche.

 

Selain itu, hampir semua peralatan pilihan yang tersedia untuk 911 GT3 boleh ditetapkan dalam kombinasi dengan Package Touring.

 

Ini termasuklah warna luaran dan rim kereta, lampu depan LED dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS), Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS) dan Porsche Ceramic Composite Brakes (PCCB).

 

Termasuk dalam senarai ialah sistem angkat yang terdapat pada gandar depan, variasi kerusi, sistem bantuan, sistem audio dan pakej Sport Chrono.

 

Bergerak ke bahagian dalam, dapat dilihat bahawa DNA perlumbaan Porsche 911 GT3 turut terserlah pada kabin kereta. 

 

Model ini hadir dengan kluster instrumen yang eksklusif bagi GT3 iaitu rev counter yang diapit oleh dua paparan beresolusi tinggi bersaiz 7.0 inci yang kini hadir dengan skrin trek baharu.

 

Ciri ini membenarkan pemandu untuk mengubah paparan digital semudah sentuhan jari supaya hanya memaparkan informasi trek seperti tekanan tayar, tekanan minyak, haba minyak dan aras tangki bahan api.

 

Sistem baharu ini turut hadir dengan bantuan penukar gear visual melalui bar berwarna di kiri dan kanan rev counter di samping sebuah cahaya penukaran gear untuk menunjukkan perubahan gear yang lebih tepat secara langsung.

 

Sepertimana model 911 generasi 992, infotainmen yang digunakan pada 911 GT3 ialah paparan skrin sentuh bersaiz 10.9 inci yang beresolusi tinggi. 

 

Sistem intotainmen ini cukup canggih kerana ia didatangkan dengan sistem Porsche Communication Management (PCM) terbaharu yang lengkap dengan navigasi dalam talian dan juga Porsche Connect Plus.

 

Ia turut menyokong Porsche Track Precision App, sejenis aplikasi yang dapat memberikan bantuan yang lebih baik kepada pemandu semasa di litar dan sekali gus meningkatkan masa pusingan dengan berpandukan data pemanduan, paparan langsung dan video analisis yang terperinci.

 

Untuk memenuhi keinginan ramai peminat Porsche,  Porsche Exclusive Manufaktur telah dikemaskini supaya memasukkan pilihan personalisasi khas bagi GT3.

 

Contohnya, bumbung ringan diperbuat daripada gentian karbon terdedah, lampu depan matriks LED yang digelapkan dan juga lampu belakang dalam rekaan Exclusive Manufaktur.

 

Bukan itu sahaja, pelanggan boleh memilih warna tambahan lain sama ada Guards Red atau Shark blue untuk rim kereta bagi meningkatkan impak visual kepada rim aloi yang berwarna hitam. 

 

Ciri lain yang boleh ditempah khas ialah bahagian-bahagian di dalam kabin seperti muka rev counter dan juga jam Sport Chrono. Pembeli juga boleh memilih warna yang disukai untuk tali pinggang kereta dan kemasan.


Untuk menjadikan kereta lebih eksklusif, Porsche menyediakan program istimewa, 'Paint to Sample' sebagai pilihan personalisasi. 


Melalui program ini, pelanggan boleh memilih daripada 105 warna yang pernah ditawarkan kepada model Porsche sebelum ini.

 

Porsche 911 GT3 dan 911 GT3 bersama-sama Touring Package kini sudah dibuka untuk pra tempahan di semua cawangan Porsche di Malaysia dengan harga yang bermula daripada RM 1,766,244.00 dengan pengecualian SST.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQQ9412

SELANGOR

BSN4462

JOHOR

JYT4110

PULAU PINANG

PSA6240

PERAK

APG946

PAHANG

CFF8325

KEDAH

KGE8152

NEGERI SEMBILAN

NEJ8027

KOTA KINABALU

SJQ8453

KUCHING

QAB4198N

Terakhir Kemas Kini 18 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global
Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.

21-11-2025
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Kereta Baru

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026
Kereta Baru

Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026

Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.

03-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.