Aston Martin Vantage Hunter Edition Diperkenalkan - Harga RM880K
Aston Martin Kuala Lumpur perkenalkan kepada umum unit kustom Aston Martin Vantage Hunter Edition yang ditawarkan pada harga RM880K.

Pengeluaran unit kustom Vantage ini merupakan tanda pencapaian penting Aston Martin selepas pengeluaran edisi-edisi kustom lain seperti the DBS Superleggera Pentland Green, DBX Arden Green dan Vantage Dark Knight.

Edisi kustom kali ini menggunakan warna kelabu China atau China Grey yang diinspirasikan daripada semangat 'hunter' atau pemburu. Pengeluar kereta mewah, Aston Martin menjelaskan, tona kelabu melambangkan kepintaran manakala tona yang lebih gelap pada bahagian luar kereta melambangkan karakter agresif dan tegas seorang pemburu.
Antara sudut yang diwarnakan dengan warna gelap ialah bahagian gril depan, corong pada bonet, panel bumbung, kemasan di sekitar tingkap, perumah cermin sisi serta peresap udara belakang. Sementara itu, rim kereta yang bersaiz 21 inci pula berwarna Satin Black.

Bergerak ke bahagian dalam, ciri mewah kereta terserlah melalui bahan kemasan yang digunakan dan rekaan keseluruhan kabin kereta. Susun atur kokpitnya juga berorientasikan kepada pemandu untuk pengalaman pemanduan yang lebih imersif.
Ciri penting yang terdapat pada ruangan kabin kereta ini ialah pedal gear yang bergaya sporty, upholsteri berwarna Onyx Black dan Chancellor Red, sistem audio khas Aston Martin serta skrin LCD 8 inci dengan teknologi navigasi satelit. Selain itu, turut terdapat pakej 'jewellery' yang merangkumi kemasan berwarna Dark Satin Chrome.

Aston Martin Vantage ditawarkan pada harga serendah RM 678,000.00 untuk model asas, manakala Aston Martin Vantage The Hunter Edition pula berharga RM 880,000.00 (harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk duti dan cukai) dengan jaminan dan servis selama lima tahun. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi +60 3 2163 1196 atau hantarkan emel kepada [email protected]
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!
Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan versi kustom, Aston Martin Vantage Bohemian Edition. Ini perinciannya.
24-05-2022
Aston Martin Rasmikan DBX Arden Green Terbaharu!
Aston Martin Kuala Lumpur telah merasmikan kedatangan Aston Martin DBX.
27-09-2021
Aston Martin Vantage Baharu Diperkenalkan Dalam Warna Liquid Crimson!
Aston Martin Kuala Lumpur membawakan gaya baharu untuk Aston Martin Vantage.
02-09-2021
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


