Hyundai Motor Bina Teksi Terbang – Bakal Dikomersialkan Pada Tahun 2028!
Hyundai Motor Group telah melancarkan Supernal, cabang perniagaan baharu yang ingin menjadikan servis teksi terbang bebas emisi pada harga berpatutan satu realiti.

Ibu pejabat Supernal kini terletak di Washington, D.C., dengan beberapa buah lokasi pejabat di sekitar California. Syarikat ini diketuai oleh Jaiwon Shin, jurutera aeronautik yang pernah bekerja dengan NASA dalam kajian dan pembangunan penerbangan selama 30 tahun.
Supernal kini sedang membangunkan beberapa barisan pesawat elektrik yang bakal digunakan secara komersial pada tahun 2028 nanti.
Pesawat yang akan disiapkan ini dapat memuatkan empat ke lima orang pada satu-satu masa. Selain itu, turut dalam perancangan adalah usaha untuk menghasilkan teknologi penerbangan autonomi. Namun ini hanya akan dimulakan sebaik kebenaran pesawat autonomi diberikan.

Menurut Supernal, pesawat elektrik ini dapat memendekkan banyak masa perjalanan. Sebagai contoh, perjalanan daripada Los Angeles ke Anaheim, Amerika Syarikat selalunya mengambil masa kira-kira 70 minit di atas jalan, namun dengan menggunakan pesawat, masa yang diambil hanyalah 24 minit sahaja.
Pesawat ini dikuasakan oleh bateri, walau bagaimanapun, untuk perjalanan yang lebih jauh, Supernal bercadang untuk menggunakan sel bahan api hidrogen. HMG kini sedang bekerjasama dengan Urban AirPort, sebuah syarikat yang berpangkalan di UK untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan untuk teksi terbang.

Supernal juga akan menaiktaraf kepakaran pengeluaran HMG supaya pesawat dapat dihasilkan pada skala yang membolehkan perkhidmatannya ditawarkan pada harga yang berpatutan. Syarikat yang inovatif ini ingin menjadikan harga tiket pesawat lebih murah berbanding penerbangan dengan helikopter.
Agak-agaknya, bilalah ya teknologi ini akan sampai ke negara Malaysia? Atau persoalan sebenarnya, adakah ia akan dikomersialkan di Malaysia juga?
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW8209
SELANGOR
BSU7592
JOHOR
JG7442J
PULAU PINANG
PSH1410
PERAK
APM6459
PAHANG
CFJ3141
KEDAH
KGJ6691
NEGERI SEMBILAN
NEM4712
KOTA KINABALU
SJU9013
KUCHING
QAB9140P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

