Ini Caranya Mazda Realisasikan Masa Depan Neutral Karbon Melalui Perlumbaan
Bulan lepas, Mazda Motor Corporation telah menyertai Super Taikyu Race yang diadakan di Okayama International Circuit, Okayama, Jepun.

Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha Mazda untuk merealisasikan neutral karbon. Mazda tampil dengan kereta lumba berenjin diesel konvensional (Skyactiv-D 1.5) yang dikuasakan dengan bahan api bio sepenuhnya diperbuat daripada minyak masak dan lemak mikro alga.
Selain itu, Mazda bakal membuat pelaburan untuk membangunkan model hibrid plug-in dan dalam masa yang sama menggalakkan penggunaan bahan api boleh dibaharui seperti bahan api biodiesel generasi hadapan.
Bahan api biodiesel ini dijangka akan memainkan peranan penting sebagai sumber bahan api cecair yang sangat baik untuk membantu proses neutral karbon. Ia dihasilkan daripada bahan mentah mampan seperti lemak mikro alga dan juga minyak masak yang dikitar semula. Bahan api ini digunakan sebagai alternatif kepada diesel tanpa perlu melakukan sebarang perubahan atau modifikasi kepada kereta.

Mazda merupakan ahli dalam projek "Bahan Api Hijau Anda" atau "Your Green Fuel" Hiroshima, sebuah projek demonstrasi berpangkalan di Hiroshima yang ditubuhkan dengan tujuan untuk mempopularkan dan menyebarkan penggunaan bahan api inovasi terbaharu. Projek ini digerakkan dengan kerjasama Hiroshima Council.

Mazda telah mula menggunakan bahan api biodiesel pada kereta diesel mereka selepas mendapat pengesahan mengenai kesesuaian minyak baharu ini pada enjin yang menggunakan bahan api diesel berasaskan petroleum sejak bulan Ogos 2020 yang lalu.
Kereta Mazda yang menyertai Super Taikyu Race kali ini dipasangkan dengan enjin Skyactive-D 1.5 yang mampu mencapai prestasi tinggi walaupun dikuasakan oleh minyak biodiesel tanpa sebarang modifikasi lain.
"Mazda Spirit Racing Bio concept Demio" akan menyertai perlumbaan kelas ST-Q dengan menggunakan bahan api bio yang dinamakan "Susteo" yang dibekalkan oleh Euglena dengan kerjasama pasukan perlumbaan NOPRO3.

Pasukan merancang untuk mendapatkan bekalan bahan api ini daripada Euglena bagi musim akan datang. Super Taiyu Race telah diadakan sejak tahun 1991 sebagai perlumbaan ketahanan untuk menguji kereta keluaran besar-besaran. Kelas ST-Q pula ialah perlumbaan jenis terbuka untuk semua kereta yang dibangunkan oleh pengeluar dan disahkan oleh jawatankuasa penganjur Super Taikyu. Selain Mazda, Toyota Motor Corporation juga menyertai perlumbaan ini dengan kereta yang dikuasakan oleh hidrogen.
Mazda merancang untuk menjadi sebuah jenama yang terus berkongsi ikatan istimewa dengan pelanggan dengan menawarkan kereta yang seronok dipandu dan dalam masa yang sama berusaha ke arah merealisasikan neutral karbon menjelang tahun 2050.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?
Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.
27-02-2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat