- Berita
- Berita Auto
- Kereta Ada Penapis Udara Luar, Rumah Pokok: Ini Antara Pemenang Rekaan Progresif Polestar
Kereta Ada Penapis Udara Luar, Rumah Pokok: Ini Antara Pemenang Rekaan Progresif Polestar
![]()
Polestar telah mengumumkan pemenang bagi pertandingan rekaan peringkat global yang diadakan secara tahunan untuk tahun 2021.
Pertandingan yang diketuai oleh pereka Polestar sendiri, Thomas Ingenlath ini menerima ratusan penyertaan daripada seluruh dunia. Tema rekaan untuk tahun 2021 ialah 'Progresif.'

Peserta akan menerima bimbingan daripada pasukan rekaan syarikat dan perlu menghantar lakaran sebelum idea diperkembang pada peringkat akhir.
Berpandukan kepada tema yang ditetapkan, rekaan yang dihasilkan mestilah menunjukkan konsep 'pergerakan masyarakat yang maju' dan gaya pemikiran baharu berkaitan isu seperti krisis iklim.

"Ia tidak semestinya sebuah kereta, namun mestilah memiliki semangat Polestar dan menunjukkan rekaan yang dapat menjadi daya penggerak ke arah perubahan yang positif," ujar Ingenlath.
Ini termasuklah bangunan, basikal elektrik, kapal terbang, kenderaan penghantaran dan sebagainya. Kategori untuk pertandingan ini dibahagikan kepada dua iaitu pelajar dan profesional.
Ketua rekaan Polestar, Maximilian Missoni berkata, "(Peluang untuk) berkomunikasi dengan ramai bakat baru dan yang berpengalaman adalah (satu pengalaman) yang memberi inspirasi dan merendahkan diri. Kami dapat melihat rekaan berkembang daripada lakaran kreatif kepada model 3D, dan menunjukkan bahawa dunia rekaan adalah wadah tumpuan individu yang luar biasa."

Kategori profesional dimenangi oleh David Vultaggio dari Perancis. Rekaan yang dinamakan 'H_UB' ini merupakan sebuah konsep untuk garaj.
Dalam rekaan ini ditampilkan tempat untuk mengecas kereta dan juga basikal elektrik. Vultaggio turut memasukkan hangar pesawat laut yang dikuasakan oleh tenaga hidrogen untuk 'quick outing.'
Seterusnya, dalam kategori pelajar, ialah rekaan yang dinamakan 'Glad to be Dirty' dihasilkan oleh Mingwei Liu. Kereta konsep ini hadir dengan penapis udara luaran yang boleh membersihkan udara sepanjang pemanduan.

Penapis ini dapat dilihat kotor selepas digunakan menunjukkan betapa banyaknya udara yang telah dibersihkan.
Rekaan penapis udara ini yang lebar membolehkan lebih banyak udara dibersihkan semasa proses penapisan.
Rekaan terakhir yang menerima sebutan khas ialah konsep yang dihasilkan oleh pereka dari Finland, Kristian Talvitie. Model yang dihasilkan ini diberi nama 'KOJA,' yang merupakan sebuah kediaman yang dibina untuk diletakkan pada pokok.

'KOJA' dihasilkan dengan teliti untuk meminimumkan kesan kepada alam semulajadi, namun dalam masa yang sama ia masih menawarkan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan.
Polestar akan membina rekaan yang telah terpilih ini dalam model kecil berskala 1:5 untuk dihantar ke seluruh dunia di Polestar Spaces sebagai pameran seni.
Selain itu, pemenang juga dapat melawat ibu pejabat Polestar di Sweden untuk melihat sendiri Polestar 1 dan 2 dan mendapat peluang memandu di atas trek disediakan syarikat.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3510
SELANGOR
BSV684
JOHOR
JH3625J
PULAU PINANG
PSH3848
PERAK
APM9172
PAHANG
CFJ4001
KEDAH
KGJ8021
NEGERI SEMBILAN
NEM5771
KOTA KINABALU
SJV1671
KUCHING
QAB136Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volvo Henti Bantu Polestar Bangunkan Kereta Sports Elektrik – Tindakan Bijak?
Volvo Cars mengumumkan keputusannya untuk menghentikan sokongan kewangan kepada Polestar Automotive Holding.
02-02-2024
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
