XC40 Recharge T5 R-Design Dilancarkan
Suhana Veru
25-2-2021
Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasminya melancarkan model hibrid plug-in (PHEV) pemasangan tempatan (CKD) terbaharunya, Volvo XC40 Recharge T5 R-Design ke pasaran Malaysia hari ini.
Pengarah Urusan VCM, Nalin Jain berkata, pengenalan model itu menjadikan syarikat VCM hampir mencapai cita-citanya bagi mengurangkan pelepasan karbon bagi setiap kereta sebanyak 40 peratus.
“Kami teruja kerana kami dapat menawarkan salah satu kenderaan utiliti sukan terbaik sebagai kenderaan elektrik hibrid sekali gus melengkapkan barisan kenderaan PHEV.
“Ia juga membuktikan kami telah bersedia untuk menempuh cara hidup yang lebih hijau dan lestari pada masa depan,” katanya ketika melancarkan model berkenaan secara maya.
Lebih menarik ia dibangunkan dengan menggunakan Compact Modular Architecture (CMA) Volvo selain buat pertama kalinya Volvo XC40 Recharge T5 dilengkapi enjin tiga silinder turbocharged 1.5 liter dan rangkaian kuasa Drive-E.
Malah, sebuah motor elektrik dipasang pada kotak gear automatik dual clutch 7 – kelajuan semata-mata untuk menggerakkan roda hadapan.
Menyentuh mengenai model itu, ia merupakan hasil gabungan kuasa sebanyak 262 kuasa kuda (hp) dan 425 nm, manakala tork 160Nm dan kuasa setinggi 82 hp dihasilkan dari motor elektrik bagi memberikan pecutan dengan serta-merta.
Ia yang menggunakan enjin petrol menyebabkan Volvo XC40 ini mampu memecut 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 7.3 saat namun kelajuannya terpaksa dihadkan pada 180 km/j selepas syarikat membuat pengumuman pada Mac tahun lalu.
Jentera yang diperbuat dari Sweden tetapi dipasang di Malaysia turut dilengkapi dengan sistem teknologi keselamatan, saling hubung dan infotainmen yang merupakan sistem pemenang anugerah.
Antara teknologi lain yang turut terdapat dalam SUV itu adalah ciri keselamatan dan bantuan kepada pemandu seperti sistem Pilot Assist, City Safety, Run-off Road protection and mitigation dan Cross Traffic alert dengan sokongan brek.
Kehadiran ciri-ciri ini dilihat dapat meningkatkan keyakinan dan keselesaan pemandu untuk pemanduan yang lebih selamat. XC40 Recharge T5 turut menawarkan lima mod pemanduan berbeza untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik: Hibrid (tersedia), Tulen, Off-road, Berkuasa dan Individu.
Bagi mengetengahkan penampilan bergaya, XC 40 masih mengekalkan reka bentuknya yang mengancam dengan hiasan khas trim R-Design yang menampakkan pemandunya lebih menyerlah.
Ia turut dilengkapi dengan soket pengecas di bahagian kiri selain tempat penyimpanan yang direka khas untuk menyediakan ruang penyimpanan lebih praktikal selain terdapat cangkuk untuk menggantung barang.
Model baharu ini yang didatangkan dengan lima warna Blackstone, Crystal White Pearl, Bursting Blue Metallic, Glacier Silver Metallic dan Coral Red Metallic.
Jentera berkenaan ditawarkan pada harga RM255,888 namun harganya dikurangkan kepada RM241, 997 (atas jalan tanpa insurans) selepas kerajaan memberikan pengecualian cukai.
Sehubungan itu, ia juga boleh ditempah secara dalam talian melalui laman web Volvo Car Malaysia dan sudah mula dipamerkan di semua pengedar Volvo yang sah di seluruh negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC9844
SELANGOR
BSE6519
JOHOR
JXX2168
PULAU PINANG
PRQ5670
PERAK
ANV6175
PAHANG
CFB7403
KEDAH
KGA5389
NEGERI SEMBILAN
NEF8401
KOTA KINABALU
SJK8748
KUCHING
QAB3491L
Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.77
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.97
-0.03
Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025
Berita Berkaitan
Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya
Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.
22-04-2025
Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti
Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.
21-02-2025
Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road
Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?
11-02-2025
Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan
Volvo dedah pelan hala tuju produk Volvo bagi tahun 2025, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima model baharu bakal diperkenalkan.
10-02-2025
Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...
Jenama automotif Sweden, Volvo Cars, mengumumkan bahawa ia telah membatalkan sasaran asalnya untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.
05-09-2024
Volvo Dedah Teaser Sedan Elektrik ES90 – Kemunculan Rasmi Mac 2025
Volvo baru-baru ini telah mendedahkan teaser untuk model elektrik baharunya, ES90. Ini yang kita ketahui setakat ini...
05-09-2024
Volvo EX90 Bakal Tiba Di Tangan Pengguna Tanpa Beberapa Teknologi Penting
SUV elektrik terbaru Volvo, EX90, dilaporkan akan tiba tanpa beberapa teknologi penting.
23-07-2024
Setelah 2 Tahun Diperkenalkan, Volvo EX90 Akhirnya Masuki Fasa Pengeluaran
Volvo EX90 telah memasuki fasa pengeluaran di kilang Volvo di Charleston, South Carolina, AS.
07-06-2024
Berita Terkini
MAS 2025: Tempahan GAC M8 PHEV Dibuka – Anggaran Dari RM333K
GAC M8 PHEV dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). Ini yang menarik...
12-05-2025
MAS 2025: Jetour T2, SUV "Rugged", Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
Selain SUV VT9, Jetour Malaysia turut mempamerkan salah satu SUV lasak mereka di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) y iaitu Jetour T2.
10-05-2025
MAS 2025: Zeekr 7X Dipertontonkan – Daftar Minat, Dari RM182K Untuk 500 Terawal
Zeekr 7X, akhirnya diperkenalkan kepada rakyat Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).
09-05-2025
MAS 2025: Harga GWM Tank 500 HEV Diumumkan – Dari RM328,800
GWM Malaysia secara rasmi melancarkan GWM Tank 500 HEV di MAS 2025.
09-05-2025
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23
Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.
09-05-2025
MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800
Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan.
09-05-2025
MAS 2025: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
Chery Malaysia turut mempamerkan barisan model Chery Super Hybrid (CSH), Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV).
09-05-2025
MAS 2025: Omoda C7 Dipertonton-Kini Bawah "Bumbung" Omoda | Jaecoo Malaysia
Omoda C7 ditayangkan kepada media semalam.
09-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat