- Berita
- Berita Auto
- Jom Bayar Saman Dengan Aplikasi MyBayar Saman! Diskaun Sehingga 50% Dalam Masa Terhad!
Jom Bayar Saman Dengan Aplikasi MyBayar Saman! Diskaun Sehingga 50% Dalam Masa Terhad!
Polis DiRaja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melancarkan portal dan aplikasi mobil MyBayar Saman bersempena dengan Hari Polis Ke-214 yang bakal dilangsungkan pada jam 2.30 petang hari ini. Majlis ini akan disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

PDRM mengatakan, aplikasi serta portal pembayaran saman ini diwujudkan untuk memudahkan orang ramai membayar saman dengan cara yang lebih pantas di samping mendokong dasar kerajaan melalui Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam dan Pelan Pelaksanaan Peningkatan Dalam Talian Kerajaan Secara End-To-End (E2E).
Aplikasi dan portal ini juga dilancarkan selari dengan misi MyDIGITAL yang merupakan inisiatif yang diambil kerajaan untuk menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.
Bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi dan portal MyBayar Saman?

Ada tiga langkah penting yang perlu dilakukan untuk menggunakan portal dan aplikasi ini: Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran.
Untuk Pendaftaran baharu, anda perlu memasukkan maklumat diri dan melakukan pengesahan OTP sebelum masuk/login.
Setelah itu, anda boleh membuat Semakan untuk melihat saman yang perlu diselesaikan. Sekiranya terdapat saman baharu, notifikasi akan dipaparkan.
Untuk membuat Pembayaran, anda boleh memilih mod transaksi yang diinginkan melalui laman Pembayaran.
Berita baik untuk sesiapa yang ada saman yang belum dibayar!

JSPT telah mengumumkan bahawa bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-214 serta pelancaran MyBayar Saman, pengguna boleh menikmati potongan saman sehingga 50% (tertakluk pada terma dan syarat) bermula daripada hari ini, 25 Mac, sehinggalah pada 11 April 2021 nanti.
Diskaun ini hanyalah untuk pengguna yang membayar saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman sahaja.
Tunggu apa lagi? Layari portal https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman ini menerusi Google playstore sekiranya anda pengguna Android ataupun melalui Apple store bagi pengguna iOS.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE4429
SELANGOR
BSL631
JOHOR
JYN2659
PULAU PINANG
PRW7261
PERAK
APD4857
PAHANG
CFE4991
KEDAH
KGD4945
NEGERI SEMBILAN
NEH9621
KOTA KINABALU
SJP3695
KUCHING
QAB7802M
Terakhir Kemas Kini 20 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Viral: Penunggang Motosikal Rempuh Kenderaan Polis
Seorang remaja maut selepas 22 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan dengan kenderaan polis.
11-04-2024
Ajaib! Pemandu Terselamat, Kereta Tertusuk Divider
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya tertusuk divider jalan.
15-11-2022
Berkempen Sehingga Langgar Undang-Undang Jalan Raya, PDRM Tak "Lepas"
Suasana berhampiran Parlimen Batu, Taman Koperasi Fasa 2 Kuala Lumpur kelihatan agak "meriah" apabila sekumpulan penyokong parti politik menunggang skuter elektrik dan ada yang menggunakan kereta buggy.
14-11-2022
Tahun Ini Sahaja, Ada Dua Kes Pemandu Rempuh Tiang MRT
Seorang lelaki warga India maut selepas kereta dipandunya merempuh tiang MRT.
09-11-2022
Berani Tahan Kenderaan Awam, Pengiring Marshal Kini Diburu Polis
Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam.
09-11-2022
PRU15: Sempena Musim PRU15, Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang musim PRU-15.
05-11-2022
Apa Fungsi Garisan Chevron?
JSPT kongsi beberapa tips untuk elak daripada melintasi garisan Chevron.
02-11-2022
Pemandu Rentung, Kereta Terbakar 100 Peratus
Satu mayat rentung ditemui di tempat duduk pemandu dalam sebuah kenderaan yang terbakar 100 peratus di kilometer 2.0 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
01-11-2022
Berita Terkini
Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat
MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.
20-12-2025
Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP
Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.
19-12-2025
Video tular Pemandu Vellfire Rempuh Penunggang Motosikal, Akhirnya Sudah Ditahan Polis
Video tular, pemandu Vellfire sudah ditahan polis.
19-12-2025
Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual
Perodua telah menambahkan daripada 9 cawangan kepada 34 cawangan bagi memudahkan proses tempahan QV-E yang kini sudah dibuka secara manual.
19-12-2025
Kes Curi Kabel Melonjak Hampir 70%, Prasarana Rayu Orang Ramai Turut Bantu
Hanya dalam tempoh tiga tahun, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) perlu menanggung kerugian mencecah RM20.6 juta gara-gara aktiviti curi kabel yang semakin ‘rancak’ sejak kebelakangan ini.
19-12-2025
Perhatian! JPJ Selangor Sudah Mula Guna Kamera Badan
Pemakaian kamera badan bertujuan untu melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan semasa menjalankan tugas
19-12-2025
Tiada Cadangan Tukar Subsidi BUDI95 Kepada Rebat Tunai EV, Hibrid
Kerajaan menegaskan bahawa skim bantuan subsidi bahan api, BUDI95, tidak akan ditukar menjadi rebat tunai bagi menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) atau hibrid.
19-12-2025
Krismas: Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Bermula 23, 24 Dis Ini!
Kerajaan memberikan diskaun 50% ke atas bayaran tol bagi kenderaan persendirian bermula dari 23 dan 24 Disember ini.
19-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
