- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line – SUV Mewah 7 Tempat Duduk Dengan Infotainmen Mantap!
Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line – SUV Mewah 7 Tempat Duduk Dengan Infotainmen Mantap!
Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini telah mendedahkan tentang kehadiran sebuah varian SUV premium baharu yang dipasangkan di Malaysia, GLE 450 4MATIC AMG Line. Kereta dengan tujuh tempat duduk ini ditawarkan dalam harga RM 475,501.23.

"Kami berbangga untuk memperkenalkan Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line serba baharu ini sebagai varian yang dipasang dalam negara di Malaysia. Ia (kereta ini) menggambarkan rekaan ikonik jenama dan dalam masa yang sama kekal dengan karakternya sebagai sebuah SUV 7 kerusi saiz penuh,"

Enjin yang digunakan SUV mewah ini ialah enjin enam silinder berpengecas turbo 3.0 liter yang dapat menjana kuasa setinggi 367 hp pada 5,500 ke 6,100 rpm dengan kuasa tork maksimum 500 Nm pada 1,600 ke 4,500 rpm. Enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik 9 kelajuan 9G-TRONIC. Hasil gabungan enjin dan transmisi ini membolehkan kereta memecut ke 100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat.

Bukan itu sahaja, kereta ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi udara AIRMATIC dengan sistem peredam dipertingkat ADS, sistem bantuan pemandu terbaharu dan juga MBUX baharu.
Ciri menarik di bahagian luar kereta dapat dilihat pada gril radiatornya yang berbentuk berlian dengan pin berwarna krom. Rekaan yang sporty dilihat menguasai badan kereta dengan liang kemasukan udara yang bersaiz besar, lampu depan LED MULTIBEAM dan juga rim aloi ringan multi-spoke AMG 12 inci.


Di bahagian dalamnya pula, GLE dilengkapi dengan sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX) NTG 6 yang merangkumi dua paparan sebesar 12.3 inci termasuklah paparan media skrin sentuh digital. Selain itu, pengguna dapat menikmati suasana kabin yang selesa dengan pencahayaan ambien 64 warna dan juga audio yang padu, Burmester Surround Sound System.






"Daripada tarikan gaya mewahnya sehinggalah kepada sistem bantuan pemandunya yang terbaik dalam kategori (kereta ini), SUV ini berada (pada kedudukan) paling depan dalam inovasi. Ruang dalamannya diserlahkan melalui kontras antara rekaan dan juga ciri teknologi yang mengagumkan, seperti sistem infotainmen MBUX NTG 6, paparan media skrin sentuh dan Burmester Surround Sound System."
GLE didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Jarak Aktif DISTRONIC, Bantuan Titik Buta, Bantuan Kekal Lorong Aktif dan kamera 360 darjah.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5204
SELANGOR
BSN7631
JOHOR
JYU1405
PULAU PINANG
PSB1295
PERAK
APG3874
PAHANG
CFG569
KEDAH
KGF514
NEGERI SEMBILAN
NEJ9258
KOTA KINABALU
SJR1924
KUCHING
QAB4971N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

