Berkhemah Atas Bumbung MINI Cooper? Perkenalkan Cooper SE Countryman & Cooper SE!
Sofea Najmi
21-6-2021
Jom makan angin dengan MINI Cooper! Tiada kereta yang lebih sempurna untuk digunakan bagi aktiviti perkhemahan yang akan datang. Kenapa? Dalam artikel ini, penulis dedahkan.
Usaha jenama premium British dalam menyokong keseimbangan eko dijadikan realiti melalui dua model ini, Cooper SE Countryman dan Cooper SE yang bebas emisi. Model yang sama turut didatangkan dengan kompartmen bagasi dan sistem pembawa (carrier system) untuk tujuan pemasangan khemah pada bumbung kereta.
Seperti yang dikatakan tadi, model ini juga merupakan versi yang mesra alam kerana kedua-duanya dikuasakan oleh motor elektrik. MINI Cooper SE Countryman ALL4 menggunakan trenkuasa hibrid plug-in yang memiliki sistem pacuan semua roda dengan kuasa output mencapai 162 kW (220 kuasa kuda).
Kadar penggunaan minyaknya adalah antara 1.9 - 1.7 l/100 km berdasarkan WLTP dan 2.1 - 1.9 l/100 km berdasarkan NEDC. Manakala penggunaan elektriknya pula yang berdasarkan WLTP adalah 15.5 - 14.8 kWj/100 km dan 14.8 - 14.1 kWj/100 km berdasarkan NEDC.
Jarak perjalanan bagi MINI Cooper SE Countryman ALL4 hanyalah sehingga 59 km sahaja. Namun begitu, interaksi pintar antara enjin pembakaran dan motor elektrik kereta ini membolehkan ia mengembalikan tenaga dengan kuasa yang tersimpan dalam bateri berkuasa tingginya semasa dalam perjalanan.
Untuk model kedua pula, MINI Copper SE dipasangkan dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya. Motor elektrik ini boleh menyalurkan kuasa mencecah 135 kW atau 184 kuasa kuda dan boleh melakukan pecutan daripada pegun mencapai 100 km/j dalam masa hanya 7.3 saat.
Dari segi penggunaan tenaga, penjanaan antara 17.6 - 15.2 kWj/100 km berdasarkan WLTP dan 16.1 - 14.9 kWj/100 km berdasarkan NEDC. Jarak perjalanan yang boleh ditempuhi dengan kuasa yang dibekalkan adalah antara 203 km ke 234 km.
Untuk peralatan tambahan, kedua-dua memiliki sistem pembawa yang khusus untuk model masing-masing.
Selain itu, dalam pakej trim ALL4 atau Classic Plus, peralatan atau aksesori tambahan telah ditambah dengan rel bumbung. Rel bumbung ini membolehkan khemah bumbung dipasang dengan mudah.
Khemah di atas bumbung ini boleh didirikan sepenuhnya dalam masa hanya beberapa saat. Caranya adalah dengan melepaskan penangkap keselamatan pada bahagian perumah yang secara automatiknya akan menaikkan struktur khemah dengan bantuan spring gas.
Untuk naik ke khemah ini, turut disediakan dalam pakej ialah tangga aluminium yang boleh dipanjangkan dengan pantas.
Bagaimana pula dengan bahagian dalam khemah ini? Di dalamnya terdapat dua ruang tempat tidur dan tingkap yang boleh ditutup dengan kelambu untuk mengelakkan gangguan nyamuk.
Dari segi simpanan, untuk MINI Cooper SE, bagasi dan pelbagai keperluan lain bagi aktiviti perkhemahan untuk dua orang boleh diletakkan di dalam kompartmen bagasi yang boleh dikembangkan antara 211L ke 731L sekiranya kerusi belakang dilipat.
Sementara itu, MINI Cooper SE Countryman ALL4 pula, yang memiliki lima pintu dan lima tempat duduk selesa lengkap dengan kompartmen berkapasiti 405L ke 1,275 liter.
Menarik bukan? Model kereta yang mesra alam ini dilengkapi dengan kemudahan untuk berkhemah. Anda bukan sahaja dapat berkhemah untuk menikmati keindahan alam semulajadi dari atas sebuah MINI Cooper, tapi dalam masa yang sama secara tidak langsung anda turut terlibat sama dalam memelihara alam sekitar disebabkan oleh motor elektrik yang digunakan kereta.
Gallery


















Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPB6823
SELANGOR
BSE3819
JOHOR
JXW3362
PULAU PINANG
PRQ2639
PERAK
ANV2504
PAHANG
CFB6374
KEDAH
KGA3928
NEGERI SEMBILAN
NEF6675
KOTA KINABALU
SJK6701
KUCHING
QAB2775L
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025
Berita Terkini
Nak Ke Thailand? Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Thailand Dalam Talian
Anda perlu melengkapkan TDAC secara dalam talian sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tiba di negara terbabit.
30-04-2025
Hati-Hati Beli Minyak Enjin Murah Di TikTok
PDRM berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan perniagaan pembuatan minyak enjin palsu.
30-04-2025
Sebab Banyak Kemalangan, Had Laju Maksimum Di Sekolah Bakal Diwarta Kepada 30KM/J
Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah kepada 30 km/j, tidak lama lagi.
30-04-2025
Malaysia Duduk Tangga Ke-2 Miliki Kenderaan Paling Tinggi Di Asia
Rakyat Malaysia kedua tertinggi di Asia miliki kereta.
30-04-2025
OPS HRA 2025: JPJ Keluarkan 58,596 Saman, Nampaknya Ramai Tak Takut Kena Saman
JPJ telah mengeluarkan 58,596 notis saman Ops HRA 2025, baru-baru ini.
30-04-2025
Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya
Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
30-04-2025
KTMB Dedah Kes Gangguan Seksual Terhadap Penumpang Wanita Turun, Cuma 3 Kes Tahun Lepas
Akta dalam koc wanita, bakal diwujudkan.
29-04-2025
Adik Maut, Abang Parah Volkswagen Langgar Pokok Doa
Seorang pemandu Volkswagen maut, manakala abangnya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar sebatang pokok doa.
29-04-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat