- Berita
- Kereta Baru
- Guna BMW 3 Series Dengan Dashboard Yang Lama? Masa Untuk Upgrade! Lebih Besar & Canggih!
Guna BMW 3 Series Dengan Dashboard Yang Lama? Masa Untuk Upgrade! Lebih Besar & Canggih!
BMW Group Malaysia, pengedar rasmi kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad di Malaysia, telah melancarkan BMW 320i Sport yang dikemaskini dengan sistem BMW Live Cockpit Professional terbaharu.
Sistem ini menggunakan BMW Operating System 7.0 yang merangkumi skrin sentuh tengah bersaiz 10.25 inci dan kluster instrumen digital sepenuhnya yang bersaiz 12.3 inci. Model sebelum ini menggunakan skrin tengah lebih kecil bersaiz 8.8 inci dan paparan pelbagai info 5.1 inci, ini semenangnya satu perubahan yang besar.
Walau bagaimanapun, 320i adalah RM4,000 lebih mahal dengan harga RM243,889 (harga sebelum ini ialah RM239,884), tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan.
"Hampir 2,000 unit BMW 320i Sport telah dihantar sejak pelancarannya pada bulan Januari 2020, kejayaan ini bukanlah satu kejutan bagi sebuah sedan sport premium yang terlaris di Malaysia. Tambahan ciri terbaharu ini membuktikan pelaburan konsisten kami dalam industri automotif tempatan, dengan harapan untuk terus memandu pemulihannya dalam tahun akan datang," ujar Pengarah Pengurusan Hans de Visser dalam satu kenyataan.
Selain itu, sistem ini turut didatangkan dengan fungsi BMW Intelligent Personal Assistant bersama ciri pengaktifan suara. Pemandu boleh mengaktifkan sistem dengan hanya mengatakan "Hey BMW" atau apa sahaja perkataan yang ingin digunakan bagi pengaktifan.
Sementara itu, peralatan lain kekal sama, antaranya adalah lampu depan LED adaptif, lampu kabus depan LED, luaran Sport Line dengan insert bampar belakang dan depan yang berbentuk T, rim aloi dua tona 780 gaya V-spoke 18 inci, upholsteri kulit Vernasca dengan riasan jaringan aluminium, sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, kawalan iklim tiga zon, kerusi depan boleh laras automatik dengan fungsi memori bagi pemandu, bantuan parkir, kamera undur, enam speaker dan but dengan bukaan handsfree. Namun, platform pengecas Qi tanpa wayar yang terdapat pada model sebelum ini telah dibuang.
Syarikat mengekalkan teknologi kuasa yang sama iaitu enjin petrol TwinPower Turbo 2.0L dan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan bagi BMW 320i Sport yang terkini. Model sedan sport premium dengan pemasangan tempatan ini boleh menghamburkan kuasa mencecah 184 hp pada 5,000 ke 6,500 rpm dan mencapai tork maksimum sebanyak 300 Nm pada 1,350 ke 4,000 rpm.
BMW Group memaklumkan bahawa BMW 320i Sport boleh memecut daripada pegun kepada 100 km/j dalam masa hanya 7.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 235 km/j. Ia memiliki kadar penggunaan minyak 6.3L/100km dan menjana 144g/km karbon dioksida.
BMW 320i Sport yang terbaharu ini didatangkan dalam lima warna berbeza iaitu Phytonic Blue, Black Sapphire, Alpine White, Mineral Grey dan Sunset Orange untuk digabungkan dengan upholsteri kulit premium Vernasca yang berwarna hitam.
Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, semua pusat pengedaran ditutup, oleh itu, pelanggan yang berminat boleh melihat dan mendapatkan lebih info mengenai BMW 320i Sport dengan melayari https://shop.bmw.com.my. Pelanggan juga boleh terus menghubungi pengedar yang dipilih.
BMW 320i Sport didatangkan dengan pakej BMW Group Malaysia Premium Ownership yang merangkumi waranti tanpa had jarak selama 5 tahun BMW berserta program servis berjadual percuma, bantuan tepi jalan BMW, hotline kemalangan, aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+, kad BMW Privileges dan Servis BMW dalam talian.
Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan BMW Group Financial Service Malaysia, BMW 320i Sport boleh dimiliki dengan bayaran ansuran bulanan bermula daripada RM 2,708 (berdasarkan anggaran 80 peratus bagi tempoh pinjaman selama 5 tahun).
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK3820
SELANGOR
BSG3182
JOHOR
JYD3211
PULAU PINANG
PRS4205
PERAK
ANX7392
PAHANG
CFC6075
KEDAH
KGB3937
NEGERI SEMBILAN
NEG4661
KOTA KINABALU
SJL7093
KUCHING
QAB6841L
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.
17-05-2022
BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas
BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.
28-03-2022
BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...
Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.
25-03-2022
Berita Terkini
Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP
Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario.
15-07-2025
Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia
BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
14-07-2025
Chery Tiggo Cross Dilancar, Ada 2 Varian, Harga TAK Sampai RM100,000
Chery Tiggo Cross akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
09-07-2025
Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900
MG Motor Malaysia melancarkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD baru-baru ini.
09-07-2025
Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah – Rebat RM1,000, Kad TnG Percuma
Proton secara rasmi membuka tempahan untuk model baharu X50 selepas acara pratonton penuh tenaga bertemakan “Ready to Roar” yang diadakan di Setia City Mall.
06-07-2025
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
04-07-2025
Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan varian terbaru yang lebih ‘mengancam’ untuk EV e.Mas 7.
02-07-2025
Dilancar: Hyundai Tucson Facelift 2025 Masuk Pasaran, Harga Marhaen
Hyundai Motor Malaysia turut melancarkan secara rasminya Hyundai Tucson Facelift 2025 ke pasaran tempatan, pagi tadi.
02-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat