ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemilik Subaru XV, Forester Kini Boleh Memilih Subaru Connex Untuk Menambah Keselamatan Dan Ketenangan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Selepas berjaya dalam ujian percubaannya selama dua tahun, pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd akhirnya memperkenalkan Subaru Connex bagi menjamin keselamatan dan ketenangan untuk pemilik Subaru XV dan Forester.

Subaru sentiasa menekankan kriteria keselamatan. Maka, syarikat amat komited untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang ketika berada di jalan raya.

Ujian percubaan Subaru Connex itu yang mula dijalankan sekitar tahun 2019 itu menawarkan sistem keselamatan yang canggih dengan sokongan pusat panggilan 24 jam dalam masa 7 hari.

“Subaru Connex merupakan masa yang tepat apabila aspek keselamatan menjadi lebih penting. Peranti ini juga meningkatkan komitmen kami yang berterusan dalam aspek keselamatan, memberikan pemandu Subaru sesuatu yang boleh mereka harapkan jika memerlukan bantuan kecemasan,” kata Pengurus Negara, Eugene Tay dalam satu kenyataan. 

Subaru Connex hadir dengan pelbagai ciri yang dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan buat pemilik kenderaan Subaru.




Subaru Connex hadir dengan Respons&Amaran Kemalangan Automatik. Ia merupakan satu ciri yang akan menghantar maklumat penting seperti lokasi kemalangan, tahap impak kemalangan dan  kelajuan kemalangan secara automatik kepada pusat kawalan.

Peranti ini akan mendaftar kes kemalangan itu dan menghantar kesemua maklumat kepada pusat panggilan. Sistem ini kemudian akan terus menghubungi pusat kawalan untuk berkomunikasi dengan pemandu atau penumpang untuk mengetahui sama ada mereka memerlukan bantuan perubatan atau bantuan tepi jalan.

Jika memerlukan sebarang bantuan maka, pusat panggilan akan menghubungi MERS 999 dan menghantar lokasi tepat kedudukan kenderaan berkenaan supaya bantuan ambulans boleh dihantar di tempat kejadian.

Malah sistem itu juga dilengkapi dengan fungsi Bantuan Tepi Jalan dan Bantuan Kecemasan. Pemilik Subaru dikatakan hanya perlu menekan butang bCall (panggilan kereta rosak) atau butang servis SOS bagi mendapatkan bantuan tepi jalan.

Untuk makluman anda, sistem ini juga dilengkapi dengan Bantuan VIP yang ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan Subaru Connex melalui butang bCall.



Bantuan VIP ini merangkumi khidmat tunda tanpa had ke mana-mana bengkel Subaru yang sah (sekiranya berlaku kerosakan, terperangkap dalam banjir atau kemalangan), khidmat pembaikan segera di tempat kejadian yang bernilai lebih RM300 untuk setiap insiden, kos ganti rugi sekiranya kenderaan sedang diperbaiki (bernilai lebih RM2,000 dengan terma dan syarikat kereta dibaiki di bengkel Subaru yang sah sahaja).

Kini beralih kepada aspek keselamatan. Subaru Connex bercirikan Penggera Pintar, paparan Status Kereta dan Pengurusan Status Bateri Pro-Aktif. 

Menerusi Penggera Pintar, pemilik kenderaan akan menerima notifikasi (menerusi aplikasi Subaru Connex dan emel)  jika kenderaan mereka dihidupkan atau ditunda.

Pemilik kenderaan juga boleh memeriksa voltan bateri, voltan bateri peranti, status On atau Off sistem pencucuhan, sejarah pemanduan atau lokasi parkir terakhir menerusi papran Status Kereta.

Lebih menarik, Pengurusan Status Bateri Pro-aktif akan memaklumkan pemiliknya apabila kehabisan bateri. 

Bagi aspek keselesaan pula, ia memiliki ciri seperti  Peringatan Penyelenggaraan Perkhidmatan, Skor Memandu, Reviu Perjalanan, Lokasi Kenderaan Automatik, Amaran Kelajuan dan bantuan pengesan kecurian. 

Peringatan Penyelenggaraan Perkhidmatan memberikan pemiliknya peringatan bahawa kenderaannya perlu diservis, menggalakkan amalan pemanduan yang selamat dan efisien, merekodkan perjalanan sebelum ini selain anda juga boleh menyemak  perjalanan yang lepas.

Sebaliknya, bagi pemilik yang kerap lupa, ia juga memiliki ciri yang boleh memaklumkan lokasi sebenar dimana mereka meletakkan kenderaan.

Malah, jika pemilik menetapkan amaran had kelajuan, satu notifikasi akan dihantar apabila mereka memandu melebihi had. Terdapat juga fungsi untuk mengesan kereta yang dicuri dan ia akan terus berhubung dengan polis.

Sungguh hebat sistem Connex ini! 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga sistem ini?

Ia ditawarkan pada harga RM1,900 bermula 10 September ini untuk mana-mana pelanggan yang memiliki SUV XV dan Forester.

Sehubungan itu, pemilik XV dan Forester yang sedia ada boleh membeli dan memasang sistem ini di Pusat Servis Subaru yang sah di seluruh negara.

Para pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi Subaru Connex di Google Play Store dan Apple App Store.

Untuk keterangan lanjut, layari subaru.Asia. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM4953

SELANGOR

BSG7526

JOHOR

JYE4650

PULAU PINANG

PRT798

PERAK

ANY6913

PAHANG

CFD492

KEDAH

KGB6367

NEGERI SEMBILAN

NEG6324

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8407L

Terakhir Kemas Kini 04 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

EURO 5 B7

RM 3.11

Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025

Berita Terkini

Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

04-08-2025
Berita Auto

2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

04-08-2025
Berita Auto

Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.

04-08-2025
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia

Beberapa tahun selepas kemunculan sulung Toyota Yaris Cross platform DNGA khusus untuk pasaran ASEAN, SUV crossover segmen B ini akhirnya menjalani ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP.

04-08-2025
Berita Auto

Nombor Pendaftaran Khas Laku Keras, Kerajaan Kutip RM110 Juta Hasil Jualan NPI

Sejak nombor pendaftaran istimewa (NPI) diperkenalkan pada tahun 2023, pihak kerajaan telah mengutip sebanyak RM110,069,150.

04-08-2025
Berita Auto

ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi

ETS dari Segamat ke JB Sentral tidak dapat disiapkan lagi memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap.

04-08-2025
Berita Auto

Operasi LRT3 Shah Alam Ditangguhkan Hingga Hujung Oktober

Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam berkemungkinan tidak dapat memulakan perkhidmatan seperti dijadualkan pada 30 September 2025.

04-08-2025
Berita Auto

Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans

Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.

04-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.