Toyota Yaris Cross Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia

Beberapa tahun selepas kemunculan sulung Toyota Yaris Cross platform DNGA khusus untuk pasaran ASEAN, SUV crossover segmen B ini akhirnya menjalani ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP. Model yang diuji adalah versi Indonesia, yang telah meraih penarafan lima bintang dengan skor keseluruhan 83.02, setanding dengan pesaingnya, Chery Omoda 5, Mitsubishi X-Force dan GAC GS3 Emzoom.
Ujian ini dijalankan mengikut protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025, menjadikan Yaris Cross salah satu kenderaan terakhir yang diuji di bawah peraturan ini sebelum protokol baharu 2026-2030 dilaksanakan.
Perincian Skor Ujian Keselamatan

Yaris Cross mencatat keputusan cemerlang dalam beberapa kategori utama, termasuk 29.28 daripada 32 mata untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), 44.17 daripada 51 untuk Perlindungan Kanak-Kanak (COP), 17.74 daripada 21 untuk Bantuan Keselamatan, dan 9.76 daripada 16 untuk Keselamatan Penunggang Motosikal.
Kejayaan Yaris Cross dalam ujian ini disokong oleh kelengkapan ciri keselamatan standard yang komprehensif, termasuk enam beg udara, kawalan cengkaman (TCS) dan kawalan kestabilan kenderaan (VSC) yang disediakan untuk semua varian.

-full_normal.jpg)
SUV ini juga dilengkapi ciri keselamatan aktif yang disediakan dalam pakej keselematan Toyota Safety Sense, yang merangkumi sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) penting seperti brek kecemasan automatik (AEB), bantuan kekal lorong (LKA), pemantauan titik buta (BSM) dan lampu suluh tinggi automatik (AHB). Namun, ciri ini hanya tersedia pada varian berspesifikasi tinggi, bergantung kepada pasaran.
Petanda Toyota Yaris Cross Bakal Tiba di Malaysia
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Info menarik lain yang didedahkan rekod ujian ASEAN NCAP ini ialah Yaris Cross disenaraikan sebagai model yang dihasilkan di Malaysia khusus untuk pasaran tempatan.
Walaupun UMW Toyota Motor (UMWT) belum membawa model ini secara rasmi, ia tidak mustahil akan dilancarkan memandangkan Yaris Cross DNGA sudah lama diperkatakan akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

-full.jpg)
Kemungkinan besar, Toyota Yaris Cross akan tiba terlebih dahulu sebelum versi Perodua, kod D66B, dilancarkan. Ini sejajar dengan kenyataan Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, yang mengesahkan tiada pelancaran model hibrid tahun ini, memandangkan tumpuan kini banyak diberikan kepada model EV pertama yang dijangka akan muncul secara rasmi hujung tahun ini.
Baca: Chery Omoda 5 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – SUV Segmen B Paling Selamat?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu
Rakyat Malaysia Serbu Toyota! Yaris Cross Catat Lebih 2,000 Tempahan Selepas 14 Hari Pelancaran.
21-05-2026
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Toyota Yaris Cross Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tahun Ini? Apa Yang Boleh Dijangka?
UMW Toyota Motor (UMWT) dijangka akan memperkenalkan Toyota Yaris Cross tahun ini.
06-08-2024
Toyota Yaris Cross Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
Toyota Yaris Cross terbaru telah rasmi dilancarkan di negara Thailand. Ini spesifikasinya...
07-10-2023
Toyota Yaris Cross 2023 Dilancarkan Di Indonesia, Guna Platform DNGA
Ini penerangan mengenai SUV yang baru dilancarkan di Indonesia, Yaris Cross 2023.
17-05-2023
Jetour T1 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal CKD Di Malaysia?
Selepas kejayaan model T2, kini giliran 'adiknya' iaitu Jetour T1 pula membuktikan kehebatan dalam aspek keselamatan.
27-01-2026
SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia
SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.
02-01-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

