- Berita
- Berita Auto
- Wow! Ferrari SF90 Stradale Assetto Fiorano Ialah Kereta Pengeluaran Terpantas Di Litar!
Wow! Ferrari SF90 Stradale Assetto Fiorano Ialah Kereta Pengeluaran Terpantas Di Litar!
Ferrari SF90 Stradale Assetto Fiorano mencatatkan rekod sebagai kereta pengeluaran terpantas di atas litar berkepanjangan 4 batu (6.4 km) Indianapolis Motor Speedway, Amerika Syarikat. Masa yang dicatatkan ialah 1:29.625 saat dengan kelajuan maksimum 281 km/j.

"Ia merupakan saat yang penting untuk disaksikan kerana kita dapat melihat prestasi Ferrari SF90 Stradale yang begitu mengagumkan sehingga dapat mencatatkan rekod ini pada 15 Julai lalu," kata Mark Raffauf, Pengarah Kanan Operasi Lumba di International Motor Sports Association (IMSA) yang telah melihat sendiri ujian kelajuan kereta ini.
"Indianapolis Motor Speedway telah dibina pada tahun 1909 sebagai proving ground untuk apa sahaja jenis kenderaan. Sepanjang sejarah selama 112 tahun kereta, kami sentiasa bersemangat untuk menjadi sebahagian daripada peristiwa penting sebegini," ujar Presiden IMS, J. Douglas Boles.


Presiden Ferrari North America, Matteo Torre berkata, "Nama SF90 Stradale diberikan bersempena dengan ulang tahun Scuderia Ferrari yang ke-90.
Tindakan menguji SF90 Stradale di Indianapolis Motor Speedway ialah satu pilihan yang tepat kerena ia diadakan pada hari Ferrari Racing Days, waktu yang sama program Ferrari Challenge, XX dan F1 Clienti diadakan di litar pada minggu ini." Kereta ini juga merupakan siri pengeluaran pertama PHEV (Plug-in Hybrid Electric Vehicle).

Untuk pengetahuan anda, Ferrari SF90 Stradale ini diangkat sebagai model terbaik dalam segmennya. Kenapa? Sebab ada banyak ciri penting yang menyumbang kepada prestasi mantap kereta ini, secara teknikalnya ciri seperti 1,000 cv, nisbah berat/kuasa 1.57 kg/cv dan 390 kg downforce (daya tekanan) pada 250 km/j.
Model SF90 Stradale ini turut ditawarkan dalam spesifikasi sporty. Selain itu, Assetto Fiorano turut menggunakan penyerap hentak Multimatic khas GT dan juga material berprestasi tinggi seperti gentian karbon (panel pintu, underbody) dan titanium (spring, keseluruhan saluran ekzos) yang menjadikan kereta lebih ringan. Penggunaan material ini membantu mengurangkan berat kereta sehingga 30kg!

Selain itu, versi ini turut memiliki spoiler belakang yang diperbuat daripada gentian karbon dengan daya tekanan tinggi yang dapat menyumbangkan sehingga 390 kg daya tekanan pada 250 km/j. Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan tayar Michelin Pilot Sport Cup2R bagi melengkapkan pembelian kereta Assetto Fiorano. Tayar jenis ini telah direka khas bagi meningkatkan prestasi di atas litar.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC5066
SELANGOR
BSQ8046
JOHOR
JYY6327
PULAU PINANG
PSD785
PERAK
APJ2197
PAHANG
CFG7810
KEDAH
KGG5083
NEGERI SEMBILAN
NEK6517
KOTA KINABALU
SJS4156
KUCHING
QAB9860N
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Pecah Rekod, inDrive Catat 1.2 Juta Perjalanan, Sah Lanjut Lesen Operasi Hingga 2028
Rekod Baharu 1.2 Juta Perjalanan, inDrive Sahkan Lesen Operasi Di Malaysia Hingga 2028.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi
Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.
17-06-2026
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

