ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Kia Carnival 2022 Didedahkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kia Carnival 2022 yang dipamerkan di Pusat Konvensyen Setia City pada tahun lalu masih belum dilancarkan secara rasmi namun bagi yang berminat dengan kereta ini, ada berita baik untuk anda!

Jentera ini yang menawarkan satu varian tunggal iaitu 2.2D akan dijual pada harga RM196,341 (harga atas jalan tanpa insuran).

Kia Carnival serba baharu ini menyajikan reka bentuk yang agak bergaya selain menawarkan sebuah MPV inovatif memandangkan ia dikatakan sesuai untuk golongan yang sudah berkeluarga.

Ia berikutan jentera ini menawarkan 11 tempat duduk. 


Untuk makluman anda, jentera ini dikuasakan oleh enjin 2.2 liter turbodiesel yang dipertingkatkan dengan padanan transmisi automatik 8-kelajuan konvensional. 

Oleh itu, ia mampu menghamburkan 196hp dan tork 440 Nm.

Jika diamati dengan lebih dekat di bahagian hadapan, rekaan muka harimau turut diberikan nafas baharu di mana gril hadapan berbentuk hidung harimau.

Malah, tersemat logo Kia yang baharu di bahagian bonet, pintu belakang dan stereng.


Malah, terdapat hiasan krom di bahagian papan pemuka bagi mewujudkan suasana yang lebih lapang.

Tidak sekadar itu sahaja, jarak antara roda juga turut bertambah sekali gus menyumbang kepada ruang kabin yang lebih luas.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pintu gelangsar berkuasa pintar, pintu belakang berkuasa pintar, kunci pintar dengan satu butang buka/tutup untuk pintu gelangsar belakang dan pintu belakang.

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dengan Amaran Pelanggaran titik Buta (BCW), Bantuan Mengelak Perlanggaran Lalu Lintas Rentas Belakang (RCCA).

Sistem RCCA membantu pemandu mengetahui kehadiran kenderaan atau objek lain yang melintasi belakang kereta.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web kia.com. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQX5654

SELANGOR

BSP9537

JOHOR

JYW5097

PULAU PINANG

PSC2252

PERAK

APH4054

PAHANG

CFG4797

KEDAH

KGF8441

NEGERI SEMBILAN

NEK3834

KOTA KINABALU

SJR8715

KUCHING

QAB7475N

Terakhir Kemas Kini 15 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

02-01-2026
Berita Auto

11-12-2025
Global

06-10-2025
Global

17-09-2025
Berita Auto
Global

18-07-2024
Berita Auto

24-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.