Ini Dia Spesifikasi Terperinci Honda Civic RS 2022
Honda Civic Generasi Ke-11 yang dikhabarkan akan dilancarkan esok telah tiba di bilik pameran Honda. Dalam artikel kali ini kami dedahkan ciri-ciri yang terdapat pada Civic RS yang terbaharu.



Honda Malaysia Sdn Bhd bakal melancarkan Honda Civic Generasi Ke-11 esok di Mitec dengan menampilkan tiga varian – E, V dan RS.
Kesemua varian dikuasakan oleh enjin Turbo VTEC 1.5L yang menghamburkan kuasa 180 hp dan tork 240 Nm. Kuasa enjin disalurkan melalui transmisi boleh ubah berterusan (CVT).
-full.jpg)
Honda Civix baharu memiliki kadar ketegaran kilasan dan juga ketegaran lenturan yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Hasilnya? Pemanduannya menjadi jauh lebih selesa dengan kualiti pengendalian yang lebih baik. Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan ruang simpanan yang cukup luas pada bahagian but. Berkapasiti 497L, ini merupakan yang terbesar berbanding pesaing kereta keluaran Jepun yang lain.
Civic RS terbaharu menggunakan upholsteri kulit dan suede dengan jahitan berwarna merah pada bahagian stereng dan gear kereta. Elemen menarik lain dapat dilihat pada papan pemuka kereta yang dipasangkan dengan kemasan besi hitam bercorak seperti sarang lebah.



Selain itu, ia turut dilengkapkan dengan pedal sport, tempat duduk boleh laras 8 arah, pencahayaan pada garis pintu, sistem infotainmen bersaiz 9 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, port pengecas USB belakang, pengelap cermin pintar, rim 18 inci, sistem audio lapan speaker, pedal penukar gear, kluster instrumen berwarna penuh 7 inci, mod pemanduan, cermin pandang belakang boleh malap automatik serta lampu depan dan lampu belakang LED.
Dari segi keselamatan, Honda Civic RS generasi terbaharu ini hadir dengan ciri seperti enam beg udara, penahan brek auto, pengunci automatik apabila menjauh, penghidup enjin dari jarak jauh, kamera Honda Lane Watch, pakej keselamatan Honda Sensing, sistem telematik kenderaan Honda Connect dan banyak lagi.


Honda Civic ini ditawarkan dalam lima warna yang mana tiga daripadanya pernah ditawarkan pada model sebelum ini iaitu Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic dan Crystal Black Pearl. Warna yang terbaharu pula ialah Ignite Red dan Meteoroid Grey.
Walau bagaimanapun, harga untuk Honda Civic yang terbaharu ini masih tidak didedahkan semasa sidang media. Nantikan berita terkini daripada CariCarz untuk maklumat lebih lanjut.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3510
SELANGOR
BSV684
JOHOR
JH3625J
PULAU PINANG
PSH3848
PERAK
APM9172
PAHANG
CFJ4001
KEDAH
KGJ8021
NEGERI SEMBILAN
NEM5771
KOTA KINABALU
SJV1671
KUCHING
QAB136Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
9 KenderaanTerbakar Di Parkir Kondominum, Ini Kata Bomba!
Sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di parkir Kondominium Tunas Residensi di Bayan Lepas, awal pagi semalam.
28-01-2026
Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan
Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan.
09-06-2025
Honda Civic Facelift 2025 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM144K Sahaja
Honda Civic facelift ini hadir dalam 4 varian.
09-01-2025
Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian
Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan Honda Civic 2025 namun akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.
12-12-2024
Honda Civic Type R Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini
Honda Malaysia telah melancarkan kempen potongan harga luar biasa "Unwrap Big Savings" untuk pelbagai model menjelang akhir tahun.
01-10-2024
Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
Honda Civic generasi ke-11 versi facelift akhirnya membuat kemunculan di rantau ASEAN, dengan Thailand menjadi pasaran pertama. Ini spesifikasinya...
02-08-2024
Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan
Honda menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan baru-baru ini.
26-07-2024
Tragis! Kemalangan Maut Di JB
Tiga terbunuh termasuk seorang wanita warga emas dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya, Johor, malam tadi.
06-03-2024
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

