Prototaip Acura Integra Didedahkan - Harga Bermula RM125K
Berita baik kepada peminat kereta Acura. Ini berikutan Acura Integra telah membuat kemunculan semulanya dengan melancarkan model prototaip Acura Integra baru-baru ini.
Nampaknya, jentera yang dijual sekitar RM125,000 bakal menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi. Apa tidaknya, Acura yang cukup terkenal ini sebenarnya dihasilkan di AS, maka tidak hairanlah ia akan memasuki pasaran AS terlebih dahulu.

Ia yang dijana oleh enjin 1.5 liter VTEC turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan menyebabkan ia mampu menghamburkan kuasa pada takat 200 hp dan tork 260 Nm.
Berdasarkan bentuk prototaipnya, ia menerima warna badan Indy Yellow Pearl. Warna itu melambangkan penghormatan kepada warna Phoenix Yellow yang ditawarkan pada Honda Integra Type R pertama iaitu Integra DC2 Type R.

Barisan Acura ini juga menampilkan sedan sport ILX dan TLX, kenderaan utiliti sukan RDX , MDX, varian Type S yang berprestasi tinggi termasuk supercar NSX elektrik.

Melihat bahagian sisinya, tertera perkataan “Integra” yang sekali gus menonjolkan lagi warna latar belakangnya.
Perkataan ‘INTEGRA’ turut diukir pada bampar – di bawah lampu kiri hadapan dan kanan belakang – sama seperti model-model Integra generasi sebelum ini.



Dilengkapi dengan rim aloi 19 inci, kaliper brek besar berwarna kuning selain tip ekzos yang dikatakan mampu mengimbangkan seluruh bahagian bamparnya.
Turut kelihatan, lengkungan roda belakang yang kelihatan agresif dengan kemasan dua ekzos. Bagi menyerlahkan lagi kerangka jentera ini, bahagian bumbung spoiler, diffuser belakang dan gril hadapan dihiasi dengan warna hitam.

Ciri-ciri ini dilihat meningkatkan lagi citarasa gaya moden kereta itu sendiri selain tampil lebih gah!
Ia turut bercirikan gril Diamond Pentagon yang hadir tanpa kerangka selain dipadankan dengan lampu hadapan LED Jewel Eye sekali gus menonjolkan wajah gaya signatur terkini Acura.

Rekaan bahagian belakang Acura juga berjaya mencuri perhatian dengan adanya logo besar di tengah-tengah jentera berkenaan.
Untuk makluman anda, generasi kelima Acura ini hadir dengan lima pintu di mana ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku untuk supercar memandangkan ia didatangkan dengan bonet panjang.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8547
SELANGOR
BSU5395
JOHOR
JG1962J
PULAU PINANG
PSG6418
PERAK
APM4186
PAHANG
CFJ1878
KEDAH
KGJ5426
NEGERI SEMBILAN
NEM3594
KOTA KINABALU
SJU6434
KUCHING
QAB7974P
Terakhir Kemas Kini 21 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Antara TLX Type S Dan IS 500 F Performance, Yang Mana Lebih Ummph!
Untuk makluman anda, Acura dan Lexus merupakan kereta sedan sporty yang dihasilkan dengan prestasi tinggi sekali gus sering menarik perhatian peminat kereta ini.
16-08-2021
Berita Terkini
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang
Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.
20-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


